Pakej Umrah Masuk Mekah Dahulu


...bersambung dari SINI

Alhamdulillah pakej yang kami ambil, masuk ke Mekah dahulu. Bermakna dari Kuala Lumpur(KUL) direct flight ke Jeddah dan kemudian meneruskan perjalanan menaiki bas menuju ke Mekah.

Perjalanan umrah dari Malaysia bermula dengan memakai ihram samada di rumah atau di KLIA pada hari berangkat. Jika  terus ke Mekah, berniat ihram Umrah di Qarnul  Manazil iaitu  kira² 1 jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. InshaAllah pilot atau anak kapal akan membuat pengumuman apabila hampir melintasi tempat tersebut. Tempat untuk berniat ihram umrah itu dipanggil miqat. Boleh mula berniat ihram umrah sebelum sampai di miqat. Jangan sampai melepasi miqat baru nak berniat. Jika telah melepasi miqat baru nak berniat, makanya kena dam.

Niat Ihram Umrah:  "Sahaja aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala"

Niat tambahan:
..jika aku terhalang dgn apa2 halangan, maka halal-lah aku.


Di dalam kapalterbang, biasanya masuk waktu solat akan diumumkan juga oleh pilot/anak kapal. Maka boleh saja solat hanya di kerusi tempat duduk masing2. Cara mengambil wudhuk (jika wudhuk dah terbatal) ialah dengan menggunakan air dari spray wudhuk atau air dari botol mineral (yang belum digunakan untuk minum).

Sebaik saja berniat umrah, kita secara automatik terus berada dalam ihram yang mana perlu menjaga batasan 13 larangan ihram.  Selepas berniat ihram kita perbanyakkan bertalbiah di sepanjang penerbangan. Juga berselawat ke atas Nabi SAW serta membaca lain-lain doa dan zikir selepas sekurang-kurangnya tiga kali bertalbiah.
Perbanyakkan beristighfar, membaca alQuran dan bertaubat kepada Allah dengan harapan agar semua dosa di-ampunkan Allah serta semoga mendapat berkat dan redho daripadaNya... Aamiinn






...bersambung di SINI

No comments:

Post a Comment