Tawaf Wida'

... bersambung dari SINI

Bismillahirrahmanirrahim

Tawaf Wida'
*pengertian:
'Tawaf Selamat Tinggal' sebagai memuliakan, menghormati Kaabah.
Ia wajib dilakukan bagi sesiapa yang hendak meninggalkan Mekah mengikut syarat-syaratnya.

DALIL Wajib Tawaf Wida':
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Janganlah ada seseorang pun dari kamu yang meninggalkan negeri Mekah sehingga  adalah di akhir masa mereka berada di Mekah mengerjakan tawaf di Baitullah (Tawaf Wida')

Pendapat Imam Syafie berdasarkan hadis tersebut:
Wajib mengerjakan Tawaf Wida' bagi setiap orang yang hendak meninggalkan negeri Mekah kerana musafir,  sekalipun mereka itu dari penduduk  negeri Mekah, samada musafir mereka itu jauh atau dekat.

Hukum Tawaf Wida'
Wajib mengikut syarat-syaratnya
Jika ditinggalkan dengan sengaja tanpa uzur syarie berdosa dan wajib dam.

Tawaf Wida' - ibadah terasing dan tiada kaitan dengan ibadah haji, umrah atau ibadah-ibadah lain.

Syarat Wajib Tawaf Wida'
(1) meninggalkan Mekah sejauh 2 marhalah atau lebih, walau seketika
(2) balik ke tempat asal walaupun kurang dari 2 marhalah

Syarat Sah Tawaf Wida'

  1. Berniat tawaf sebelum tawaf
  2. Suci dari hadas kecil dan besar
  3. Suci badan, pakaian dam tempat tawaf dari najis
  4. Menutup aurat
  5. Bermula dan berakhir di penjuru Hajar Aswad
  6. Sentiasa mengirikan kaabah
  7. Pada setiap saat mengelilingi kaabah bertujuan tawaf
  8. Cukup 7 keliling dengan yakin
  9. Dilakukan di dalam masjid dan di luar kaabah

Yang Membatalkan Tawaf Wida'
  1. Tidak segera meninggalkan Masjid al Haram setelah sempurna tawaf wida'
  2. Tidak segera meninggalkan Mekah setelah tawaf wida'
  3. Melakukan perkara yang tidak diharuskan melakukannya selepas tawaf wida'


Perbuatan yang diharuskan selepas tawaf wida':
Selepas tawaf (dalam masjid) solat sunat tawaf, berdoa dan minum air zam-zam
Menunggu kenderaan
Membeli bekalan makanan bagi keperluan dalam perjalanan

Tawaf Wida' - 
  • pekerjaan terakhir sekali sebelum meninggalkan Mekah
  • Tiada saie selepasnya


Wallahu'alam. 

ALHAMDULILLAH..rezeki menjadi tetamu Allah (di SINI)

No comments:

Post a Comment