Solat di Raudhah

...sambungan dari SINI


Ada satu kawasan istimewa dalam Masjid Nabawi yang dikenali sebagai Raudhah atau taman syurga.

Kawasan raudhah ditandai dengan karpet hijau sekitar 26 x 15 meter. Kawasannya adalah antara rumah Rasulullah SAW( yang kini menjadi makam baginda SAW) dan mimbar masjid Nabi yang disabdakan Nabi SAW bahawa terdapat taman syurga di situ.
Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman (raudhah) di antara taman syurga.”
(HR Bukhari).

Alhamdulillah berpeluang bersolat dan berdoa di kawasan Raudhah pada hari Rabu 13/11/19 malamnya. Bergetar hati saat berada di Raudhah yang bersebelahan dengan makam Nabi SAW di dalam Masjid Nabawi ini. Raudhah merupakan tempat yang mustajab untuk kita berdoa. Jadi banyak2 kita berdoa pada Allah apa saja yang terlintas di fikiran, yang kita hajati. Moga, Allah kabulkan semua doa kita... Aamiinn

SUBHANALLAH... Nikmat rezeki berada di Raudhah, suatu pengalaman dan kenangan yang tidak akan diterlupakan inshaaAllah... 


Alhamdulillah.. Alarm yg saya set untuk alert - kan saya untuk ke Raudhah di sana masih tetap berbunyi sehingga kini. Sengaja saya tak padamkan, makanya alarm itu repeat berbunyi tiap malam.. Hatiku di Raudhah MasyaAllah😭


...sambungan  di SINI




No comments:

Post a Comment