Alhamdulillah baru2 ini berpeluang ikut misi Kembara Amal Ustad Fadzli ke Kemboja dan Vietnam. Belum pernah melalui pengalaman sedemikian sebelum ini, maka rezeki dapat turut serta bersama rombongan kembara ini sesungguhnya amat berharga bagi kami suami isteri.. Alhamdulillah syukur ya Allah.
Bermusafir selama 4 hari dari hari terbang jam 6 pagi dengan Air Asia dari Klia2 ke lapangan terbang Phnom Pehn, Cambodia. Ustad Ramly dengan tiga buah van alhamdulillah dah bersiap-siaga menunggu ketibaan rombongan kami yang seramai 25 orang ini.
Kembara Amal langsung bermula bilamana van yang kami naiki bergerak meninggalkan airport menuju ke satu persinggahan masjid. Cantik masjidnya, Subhanallah. Tersentuh hati bila melihatkan ramai yang sedang menanti kami di sana. Terpancar gembira di wajah mereka merai'kan rombongan kami dengan jamuan makan tengahari dengan menu yang simple tetapi sedap. Alhamdulillah jazakallah buat qariah di sana.
Khabarnya hanya ada beberapa keluarga Islam sahaja yang tinggal di kawasan sekitar masjid.. Allahu. Maksudnya tak ramai orang Islam di penempatan tersebut.
Sebelum meninggalkan masjid, ustad dan rakan2 mengagih-agihkan barang2 sedekah yang dibawa dari Malaysia termasuk lah alQuran dan sejadah.
Kembara diteruskan dengan menuju ke kampung yang agak jauh di pendalaman yang jarak jauhnya lebihkurang 4jam perjalanan. Setelah melalui perjalanan jalan berbatu dan lorong2 sempit, akhir nya alhamdulillah kami sampai di rumah anak-anak tahfiz yang dikelola oleh Ustad Kossim.
Wajah lesu kami bertukar ceria dek terharu di sambut oleh ramai penduduk sekitar di rumah ustad. Teruja bilamana dirai'kan lagi dengan jamuan makan. Menu yang dihidangkan kali ini ialah Lembu Naik Bukit. Allahu, terkedu juga pada mulanya bila dengar nama menu tersebut. Namun bila mula menjamu selera dengan hidangan tersebut.. Allahu Robbi, kenapa sedap sangat niiii🤔😍❤️👍
Sangat sedap menu tersebut, seriyes cakap. Terus saya berhajat nak cuba buat sendiri nanti balik Malaysia.
Semua kami berselera sungguh makan, kemudian dihidangkan pula dengan air kelapa dengan buah2 nya sekali. Kira dijamu sungguh. Terimakasih tidak terhingga ya ustad Kossim dan seluruh ahli keluarga ya.
Selesai makan, kami berjalan kaki ke masjid yang tak jauh dari rumah ustad untuk solat jamak qosar zohor dan Asar. Dapat melihat begitu ramai anak2 tahfiz di ruang kelas tingkat bawah masjid dan di ruang balkoni masjid.
..... Bersambung
Merentas bumi Cambodia ke Vietnam
melalui Sg Mekong sejauh 6jam perjalanan menaiki Cruise.

Menu Lembu Naik Bukit |

MasyaAllah
ReplyDeleteJazakillah atas perkongsian
Mengimau kenangan
Semoga Allah izinkan kita berkembara lagi
InsyaAllah
Aamiin
♥️
InshaaAllah..aaminn..
ReplyDeleteJazakillah sue
RESEPI MENU LEMBU NAIK BUKIT
ReplyDelete(Kopipes dari blog Kedamaian Jiwa ~ Jazakallah)
Bahan-bahan nya:
Daging lembu…potong nipis. Betul-betul nipis. Paling mudah batang pinang. Buang lemak ye.
Sayur –sayuran….biasanya cendawan tiram, lada benggala dan kobis panjang. Sayur disiang ikut sesuai nak mudah makan.
Marjerin dicampur dengan minyak masak.
Telur
Sos tiram
Garam.
Oh ye…PERIUK LEMBU NAIK BUKIT. Paling utama.
Cara-caranya:
Perap daging dengan telur, sos tiram dan garam selama 10 minit. Sekilo daging : 3 sudu sos tiram : 3 biji telur.
Letak periuk atas api. Bila periuk dah panas, tuankan marjerin+ minyak masak atas bukit periuk. Siramkan ke seluruh periuk..sesudu demi sesudu. Agak-agak minyak dah panas, tuangkan daging lembu ke atas bukit. Biarkan dia atas bukit selama 3 minit, lepas tu, terbalik-balikkan daging lembu atas bukit tu juga. Jangan biarkan kering. Sentiasa limpahkan minyak dan marjerin. Jaga-jaga..jangan bagi hangit. Hangit bukan pada daging, tapi hangit pada periuk.
Agak-agak dah masak daging tu, turunkan daging ke tepi periuk, dan letak sayur pula. Masa letak sayur ni, tak perlu tuangkan minyak. Gaul-gaul. Sampai layu. Lepas tu angkat dan boleh dimakan. Oh ye, daging tadi tu, diletak kat tepi periuk tu utk digaringkan dengan rendaman minyak yang dilimpahkan dari bukit.tak perlu lama. Sekejap sudah ok. Lepas tu boleh makan.