Alhamdulillah baru nak update sedikit kefahaman ilmu dari siri Kursus Haji minggu ke 7 pada 17/12/23. Jazakallah Ustad Roslan.
............................
WAJIB HAJI KE 4
MELONTAR JAMRAH KUBRA
Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (hari Nahar @ Hari Raya Korban) di Mina
Kena ada 7 biji anak batu. Waktu afdal melontar ialah pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah. Waktu yang diharuskan ialah selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Syarat melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah
✔️masuk waktu melontar
✔️melontar dengan batu atau jenis²nya
✔️hendaklah melontar dengan tangan
✔️melontar dengan gaya lontar
✔️melontar satu persatu
✔️yakin batu lontaran masuk Jamrah
✔️tujuan tidak terpesong selain melontar
✔️cukup tujuh(7) biji dengan yakin
Sebaiknya jemaah kena ada di Mina 12 tengah malam. Kalau sampai awal di Mina, belum boleh melontar. Contoh sampai pukul 11 malam, belum boleh melontar.
Seluruh jemaah akan duduk di Mina Muassim. Yang paling dekat dengan Mina Muassim ialah Jamrah Kubra.
Kena faham definasi malam --》iaitu maghrib hingga sampai sebelum Subuh.
Pertukaran hari dalam Iskam bermula waktu maghrib. Kita berubah tarikh, bilamana masuk waktu maghrib. Cth: 9 Zuhijjah bila masuk Maghrib dah kira bermula 10 Zulhijjah.
Jadi bila detik tengah malam?
Kiranya pukul 12malam itu waktu tengah malam. Jadi selepas jam 12 tengah malam baru boleh melontar. Kalau ada peluang, kita dah boleh pegi melontar pada waktu itu. Kita duduk area Muassim, nak pergi ke Jamrah Kubra jarak jauhnya dalam 3.5km yang mengambil masa dalam 45minit.
Kata ustad, kalau dapat pergi awal pergi lah melontar.
Sewaktu kita melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, kita masih berihram sebelum Tahallul Awal.
TAHALLUL
Tahallul Haji terbahagi kepada dua(2):
- Tahallul Awal
- Tahallul Thani
Selepas bercukur/bergunting, maka terhasil-lah Tahallul Awal. Terhasilnya tahallul awal di Jamrah Kubra di Mina(selepas melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, dah boleh bercukur/bergunting). Maka, setelah tahallul awal, dah tak pakai ihram.
Harus di-fahami, tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua(2) dari tiga(3) perkara:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Bergunting/bercukur
3. Tawaf Rukun dan Saie
Jemaah haji yang telah tahallul Awal, boleh melakukan perkara² yang dilarang semasa ihram kecuali tiga (3) perkara: nikah dan perkara yang berkaitan, mukadimah persetubuhan, bersetubuh.
Nota:
Bila dah selesai semua perkara di Mina, masuk balik Makkah pada 13 Zulhijjah. Jangan pergi tawaf dulu. Rehat dulu. Pergi ulang alik masjid solat 5 waktu. Pakai baju biasa. Pada 14/15/16 Zulhijjah boleh la pergi buat Tawaf dan Saie. Jangan bertangguh lama². Setelah selesai Tawaf Rukun dan Saie, maka dah terhasil tahallul Thani. Pabila tahallul Thani terhasil, maka jemaah dah terlepas dari semua pantang larangan ihram.
Tahallul Thani terhasil di Makkah.
Jom kita tengok carta pelaksanaan dan waktu ibadah haji. Hadamkan biar betul² faham inshaaAllah.
........................................
WAJIB HAJI KE 5
MABIT DI MINA
Iaitu:
Berada di bumi Mina pada malam hari tasyrik dalam tempoh lebih separuh waktu malam. Bermalam-nya pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Bermalam (mabit) di Mina; ada 2 pilihan-
(1)Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah). Dinamakan Nafar Awal
(2)Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah) Dinamakan Nafar Thani.
Pengecualian mabit jika uzur:
- Takut terancam keselamatan diri atau harta
- Menjaga atau menemani orang sakit
- Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
- Berpenyakit dan sukar bermalam
- Terpaksa
KAIFIYAT NAFAR AWAL
Nafar Awal - meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa mabit dan melontar Jamrah bagi 13 Zulhijjah dengan syarat- syaratnya:
- Telah sempurna bermalam (mabit) di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah
- Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
- Berqasad untuk melakukan Nafar Awal(selepas melontar Kubro tetapi sebelum melintasi sempadan Mina)
- Meninggalkan Mina sebelum maghrib pada 12 Zulhijjah
- Tidak berazam untuk kembali lagi ke Mina
Alhamdulillah...Ilmu, yang sangat bermenafaat..
ReplyDeleteٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
DeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat jelas dan teratur. semoga kita semua berkesempatan untuk menunaikan haji dalam hidup kita ini. Aamiin ya Allah.
ReplyDeleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
DeletePerjalanan haji selama 6 hari penuh mujahadah sbagai menghayati secara praktikal suasana hari kebangkitan di mahsyar nanti. Justru hayati iibadah haji dgn sgsla kepayahannya dgn penuh yaqin, sabar, dan niat krana Allah bukan krana makhluk. Smoga mencspai haji yg mabrur. Wallahu'alam.
ReplyDeleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Deletetersangatlah bagus..satu panduan dan refresher untuk bakal2 tetamu Allah...semoga kami semua dijemput Allah ke rumahNya..aminnn...
ReplyDeleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Delete