Tazkirah 17 Ramadhan 1446H



Bismillahirrahmanirrahim

Malam nuzul quran...pada malam yang penuh baraqah ini, sangat baraqah kerana malam ini malam Ramadhan yang diturunkan alquran.

Firman Allah dalam Surah Ad-Dukhān:3, yang bermaksud - Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; .......

Sesungguhnya antara kemuliaan bulan Ramadhan adalah atas berlakunya peristiwa penurunan mukjizat agung Rasulullah SAW pada bulan tersebut dan peristiwa ini dikenali sebagai nuzul al-Quran. 

Peristiwa ini telah dirakam oleh Allah SWT dalam firmannya:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah;185)

Penurunan pada hari nuzul al-Quran atau pada tanggal 17 Ramadhan adalah merupakan penurunan wahyu pertama yang diturunkan ke gua Hira’ yang mana ia melibatkan permulaan surah al-‘Alaq sekali gus bermulanya penurunan wahyu secara beransur-ansur dari Baitul ‘izzah kepada Rasulullah SAW. 

Al-quran..... berapa banyak dah kita baca? berapa ayat dah kita baca?berapa huruf dah kita baca? Siapa yang tak baca, rugi lah dia. Rebut lah..baca lah...kita tak tau jumpa ke tidak lagi kita dengan malam nuzul alquran selepas ini.

Nabi SAW bersabda; Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat al-Tirmizi)

Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Orang yang mahir membaca al-Quran, maka di akhirat dia akan ditemani oleh para malaikat para pencatat yang mulia. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan gagap dan menghadapi kepayahan ketika membacanya, maka dia mendapat dua pahala.” (Riwayat Muslim)


Moga dapat terus beramal. Moga Allah terima ibadah kita di bulan yang baraqah ini...aamiin





3 comments:

  1. Istiqamah baca al-Quran, memahami, dan mengamalkan al-Quran.

    ReplyDelete
  2. Moga Amalan baik mencintai dgn membaca,bertaddabur Al quran istiqamah hingga hujung Nyawa.
    Quran jadi peneman kita,nanti..

    ReplyDelete