Cari Pahala Hindari Dosa


Di peringatkan di satu majlis ilmu...

Bila berdoa mohon Syurga dari Allah, nyatakan dengan tepat Syurga mana yang kita pohon... Ada tujuh tingkatan Syurga semuanya, jadi sebutlah syurga yang kita benar2 inginkan. Memang kalau tanya, kita tak kisah dapat Syurga yang mana sekali pun, janji dapat masuk Syurga, jauh dari Neraka. Tapi telah dinyatakan Syurga yang paling teratas ialah Syurga Firdaus... makanya mari kita selitkan dalam doa kita dengan menyebut mohon agar Allah masukkan kita ke dalam Syurga Firdaus... aminnn


Untuk menuju matlamat itu, memerlukan berbagai usaha bukan sekadar berdoa semata-mata... banyak ibadah perlu ditambah, banyak amalan perlu diperbaiki..
Contoh yang simple dalam mencari pahala dan menghindari dosa:
  • Tutuplah kipas bila dah tak pakai, jangan biarkan dia berpusing sedangkan orang nya takde di ruangan itu.
  • Bukak paip air kecik je semasa berwudhuk, jangan membazir..
  • Pilih waktu yang sesuai nak ke pasar malam. Jangan dah nak dekat2 Maghrib baru pergi, tak pasal2 solat Maghrib nanti di hujung waktu.
  • Beli makanan dari gerai yang bersih dan tuannya menutup aurat.
  • Datang kerja ikut time, amanah dalam pekerjaan Insya-Allah baru ada barokah.
  • Jangan curi tulang.. elakkan ambil masa kerja dengan buat perkara yang takde sangkut-paut dengan kerja.
  • Jangan ambil barang ofis untuk kegunaan sendiri.
  • Jangan kerja sikit harapkan upah banyak.
  • Jangan bagi upah yang sikit untuk kerja yang banyak.
  • Rajin2 bersedekah.
  • Bantu orang yang perlukan bantuan.. bersyukurlah kerana Allah hantar orang itu kepada kita bukan pada orang lain untuk diberi pertolongan. Allah bagi jalan untuk kita mencari pahala.
  • Bila memberi, tak payah harap balasan. Jangan terbuku hati bila orang tak ucap terimakasih.
Dek tak nampak ganjaran nikmat Syurga yang Allah nyatakan, makanya amalan kita hanya biasa-biasa je, takde bersungguh sangat. Berbuat sekadarnya sahaja.. sebab kita tak kenal dan tak nampak Syurga Allah yang menanti.

Dek tak nampak balasan azab seksa api neraka, kita terus-terusan berbuat derhaka. Tak rasa takut maupun gerun bila Allah nyatakan tentang berbagai siksaan yang menunggu bagi orang yang membuat dosa. Kita tak rasa takut sebab tak nampak 'the real' Neraka depan kita.

Berbeza dengan ganjaran
RM, bonus, kenaikan pangkat, kereta, rumah dll yang di-offer semasa di dunia. Makanya kita jadi bersungguh-sungguh buat apa yang diminta buat sebab imbuhannya, nikmatnya nampak di depan mata. Kekadang tak peduli tentang dosa pahala, pikir janji aku dapat RM...

Begitu juga dengan peringatan tentang hukuman denda, rotan, penjara dsb yang dikenakan jika berbuat salah di dunia.. makanya kita beriaya-iya ikut peraturan, jangan sampai tersilap langgar contohnya undang-undang jalanraya... tu sebab bila masuk keta je terus tarik tali pinggang keledar, bila naik motor tak lupa pakai topi keledar, nak membelok terus bagi signal, bila lampu merah terus berenti, nak memecut pun berani takat 110/km je...


Wallahu'alam.

8 comments:

  1. trima kasih.
    entry nie menambah ilmu saye.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..moga kita sentiasa membuat penambahbaikan dari masa kesemasa..ameen

    ReplyDelete
  3. cik aletheea..
    ..sama2 kita menambah ilmu..alhamdulillah.
    Tq sudi singgah baca, jemput datang lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. sal...
    Istiqamah kita! Moga ada keberkatan usia buat kita untuk belajar dan terus belajar..

    ReplyDelete
  5. Syurga Firdaus itu sangat mahal harganya. Sekiranya berharap mendapatkannya, maka kena usaha luarbiasa, bukan biasa2. 24 jam ibadah kepada Allah dan mengharap redha-Nya.

    ReplyDelete
  6. Anon..
    Bermula hari ini mesti tanamkan tekad untuk mencapai ibadah yang 24 jam itu.. kita niatkan segala amalan bermula dari bangkit di pagi hari dengan niat kerana Allah InsyaAllah semuanya akan terisi menjadi ibadah. Membersihkan diri kerana Allah, makan, minum, keluar bekerja, bersilaturrahim, beriadah.. niatkan semua semata2 kerana Allah..

    ReplyDelete
  7. Salam kak,bila baca n3 akak nie, teringat pulak kata prof saye masa kat U,dia kata kalau kita nak jaga keberkatan kita dalam menjamu makanan di luar,kita kena tengok orang yang jual,tengok cara berpakaian, tengok akhlak dalam melayan pelanggan,pernah nak makan chicken chop kat central market KL,yang jual tu orang Islam,tapi pakai subang,terus tak jadi makan saye,sebab teringat pesan Prof hehe :)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam ina..
    Alhamdulillah.. ina praktikkan ilmu yang dapat dari prof.. :) Memang patut macam tu kan ina. tak payah beli kalu dalam hati rasa semacam, tak yakin, was-was dsb... InsyaAllah banyak choice, kita boleh cari kat tempat lain yang lebih terjamin elok..
    Ishk.. orang laki pakai subang, gelang, rantai..harap2 jangan terus jadi budaya.. nauzubillah
    ~ thx ina.. :)

    ReplyDelete