Pelihara Iman


Diperingatkan dari Bayan(tabligh) dalam satu slot Kuliah Maghrib...

Kena ada rasa risau dalam hati. Risau yang membawa kepada lebih bersungguhnya kita untuk memelihara iman. Jangan biarkan diri kita tidur tanpa ada sunnah Rasulullah SAW. Amalkan sunnah Nabi SAW bermula dari kita bangun tidur sampailah kita kembali tidur. Tak kira tidur kita lapan jam. tujuh jam, enam jam atau lima jam sekalipun... biarlah tidur kita tidur yang ada sunnah Nabi SAW. Tidur yang ada sunnah dapat pahala sedangkan tidur tanpa sunnah hanyalah tidur semata2... dapat rehat je lah kiranya...


Bersungguh2 lah memelihara iman dengan istiqamah ikut sunnah dengan mendirikan solat berjemaah di surau/masjid (khusus buat kaum lelaki). Setiap langkah ke masjid untuk berjemaah, InsyaAllah Allah Taala bagi pahala, hapuskan dosa dan tinggikan darjat.


Ditegaskan bahawa ada 2 perkara yang kita boleh buat di mana tiada seorang pun dapat menghalang iaitu:
  1. Berazam
  2. Berdoa
Kita boleh berazam apa saja.. tiada siapa pun boleh halang. Kita boleh je berazam untuk beri sedekah RM100 ke tabung masjid bila dapat gaji nanti ataupun kita boleh saja berazam untuk pegi menunaikan umrah sekeluarga pada suatu hari nanti. Tiada siapa yang tahu azam kita, hanya kita dan Allah sahaja. Begitu juga dengan doa... kita boleh berdoa apa saja ke hadrat Allah.. pohon apa saja, tiada siapa akan tahu selain Allah. Kedua2 azam dan doa tak payah pakai orang tengah pun, takde pakai duit/modal pun..

Mohon dan mengadulah hanya pada Allah, Allah Maha Mendengar segala isihati. Banyak2 kita mengingati Allah melalui zikir dan doa... banyak ingat Allah, ikut perintah Allah, jauhi larangan-Nya serta ikut sunnah Nabi SAW... InsyaAllah akan beroleh kejayaan, akan sentiasa terpelihara iman...
aminn


6 comments:

  1. Berazamlah untuk jadi orang baik. Berdoalah agar kita dapat jadi orang baik.

    ReplyDelete
  2. lepas berazam, bertawakkal kepada Allah

    ReplyDelete
  3. ya..walau sesusah mana cabaran mendatang..
    bertawakal kepadaNya..mengadu kepadaNya, berserah kpdNya..MOGA Allah memperkenankan doa kita Semua..

    ya RAHMAN,YA RAHIM...maha pemurah..tak putus rahmatnya kpd kira..

    ReplyDelete
  4. Anon,
    Kena selalu berazam untuk jadi lebih baik.. biar berbeza kita hari ini berbanding kita di tahun2 yang berlalu.

    ReplyDelete
  5. Cikli..
    Betul... Selangi setiap usaha kita dengan doa then bertawakkallah kita pada Allah Taala.. InsyaAllah setiap kesulitan pasti akan ada jalan keluar.. aminn

    ReplyDelete
  6. Sal,
    Sama2 kita kekalkan sifat seorang hamba yang mengharap hanya pada-Nya. Berdoa dan mengadu hanya pada Allah. Bila dekat dengan Allah, InsyaAllah Allah akan dekat dengan kita.
    Moga Allah mudahkan urusan..aminn

    ReplyDelete