Hatinya di sana...


Nak kongsi kisah...

Tiapkali ke pasar, lepas dah siap beli lauk semua, saya tak lupa singgah ke gerai jual bawang lada etc di lot paling tepi. Yang selalu berurusan dengan saya berjual-beli bawang, kentang, cili kering dll tu ialah seorang 'bro bangla' yang dah agak separuh umur.

Entah kenapa tiap kali bercakap sepatah dua masa beli bawang tu, dapat rasa keikhlasan orang tu berbicara. Orangnya nampak baik hati dan lurus. Ingat lagi, mungkin sebab karektor beliau macam tu maka sesetengah dari orang kita cam ambik kesempatan pula eksyen lebih-lebih.

Di suatu pagi, ada la sorang akak tu tengah pilih2 kentang. Punya lama pilih... masa bro tu nak timbang,nak jadi citer secara tak sengaja terjatuh la sebiji kentang, terus terpelanting ke bawah. Bro bangla cepat2 membongkok untuk ambil kentang yang jatuh tu.

"Tukar..tukar! Ambik yang lain..." Ish kasor bebenor la pulak bunyi suara akak tu. Lain-lain customer yang melihat gelagat tersebut sume pakat-pakat pandang akak tu kemudian pandang bro bangla. Mendengar arahan tersebut, bro bangla pun cepat2 terus capai tukar kentang yang lain. Saya yang berada paling hampir dengan akak tu, cuba sebolehnya untuk buat tak tau. Tapi dalam hati, rasa macam akak tu over la pulak. Kalau nak tukar sekali pun, apa salah nya biar leklok sikit... kalau orang tu bukan bangla mungkin lain sikit kot tone suara cik akak... ish ish..

Selepas akak tu pergi, bro bangla tu bersungut sendirian..."itu macam orang.. ada ka.." Kemudian bro bangla terus kembali senyum dan sambung layan customer yang lain. "Err... tu ustazah adik tu mama...", bisik anak saya pelan-pelan. "Ooo...", takat tu je lah saya jawab sambil mengangguk-ngangguk, taknak sambung lebih2, kang tak pepasal...

Bro bangla tu nampak begitu komited dengan kerja. Rajin dan wajahnya selalu senyum. Semasa singgah lagi nak beli bawang dua tiga hari lepas, saya ambik peluang tanya...

"Ayaa... anak-anak ada sini ke semua kat sana?
(maksud saya sana tu Bangladesh)

"Ohh semua sana jugak, bangla sana... saya sini kerja... tapi hati saya ingat sana.. anak satu orang ada sakit..."

"Sakit apa Ayaa?", saya terus bertanya nak tau.

"Itu kanser otak... saya hati susah..."

Ya Allah... terkedu dengar berita ini. Kesiannya rasa dekat bro bangla. Moga beliau tabah bekerja di rantau orang sementalah dalam masa yang sama hatinya terhimpit dengan masalah keluarganya yang jauh di Bangladesh. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat anaknya dan permudahkan urusannya di sini... aminnn

Moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. aminn

Bersih


Balik dari masjid dua malam lalu, saya melayan perasaan sendiri sepanjang perjalanan. Hati terasa berdebar-debar bila ingatkan kata-kata penutup ustaz yang berbunyi...
'Taatlah kita pada Allah kalau kita yakin kita akan kembali kepada-Nya.'

Lama bermuhasabah diri. Mencongak-congak di mana keberadaan diri di kala ini. Bila sesekali diperingat begini, terasa banyaknya perkara yang tak di-taati. Fitrah sebagai manusia biasa yang lemah, rasanya sering tewas takkala di-uji.


Kata ustaz, cuba elakkan dari mengganggu orang termasuk melalui membuat bunyi-bunyian, memperlihatkan pemandangan yang tak baik dan pamerkan akhlak yang tak elok. Apalagi mengganggu ketenteraman orang lain melalui perbuatan maksiat..nauzubillah.


Ingat.. jangan riak jangan sombong kerana nikmat kesenangan, nikmat makanan yang di makan, nikmat pakaian yang di pakai, nikmat harta benda, isteri/suami dan anak-anak semua datang dari Allah.

Sesungguhnya zaman tak pernah berubah, nikmat Allah tetap tak berubah. Air tetap untuk diminum, udara disedut untuk bernafas, cahaya tersedia untuk dilihat. Hasil bumi datang dari Allah. Dari mana sumber kekayaan? Dari tanah, dari air yang disediakan Allah. Bila lihat pesawat yang terbang di udara, ingat udara datang dari Allah.
Zaman tak berubah sebaliknya orangnya yang berubah.

Patutkah manusia jadi orang yang tak tahu bersyukur? Patutkah manusia menjadi orang yang samseng bila tidak mengingati Allah setelah mendapat kesemua nikmat itu? Kita tak mungkin hidup jika Allah tutup bekalan udara. Jadi jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dan sering memohon ampun terhadap dosa-dosa yang dilakukan.

Solat kita tak akan Allah terima jika dalam keadaan yang tak bersih dan sedekah kita tak akan diterima Allah jika kita bersedekah dengan duit yang haram.
Kita bersih bukan takat mesti bersih pakaian, bersih makanan, bersih akhlak namun aqidah kita mesti ikut bersih. Berpegang pada tali Allah... LailahaillallahMuhammadarrasullallah, InsyaAllah berbuat semua perkara lahir dan batin menjurus kepada semata2 kerana Allah.

Jauhi perasaan riak, egois, angkuh dan sombong. Jangan memandang sinis pada sesiapapun. Orang yang paling mulia antara kita ialah orang yang menghormati dan memuliakan orang lain. Orang yang kita pandang rendah, yang kita bentak-bentak mungkin saja dia telah ditetapkan Syurga oleh Allah. Siapa tahu? Semua dalam pengetahuan Allah. Mungkin saja dia yang kita pandang rendah sesungguhnya lebih bertakwa di sisi Allah berbanding kita.


Pupuk sikap menghargai antara satu sama lain. Makanya InsyaAllah, Allah akan limpahkan rahmat dan kasih-sayang buat kita, malaikat akan memayungi kita dan sahabat di dunia akan menyayangi.


Orang yang merasa dirinya hebat tidak akan segan2 duduk sambil melunjurkan kaki dalam suatu majlis ilmu. Sebab dia merasakan tidak apa dan tidak jadi salah berlunjur di kalangan pendengar2 yang biasa-biasa dalam majlis ilmu. Fikirkan jika dia berada di kalangan orang-orang ternama, VVIP dan sebagainya, adakah sanggup dia duduk dalam keadaan yang sedemikian dalam majlis tersebut. Sudah tentu tidak, bukan?


Bila azan berkumandang, jangan kita guriskan hati orang di sekitar rumah kita dengan bunyi muzik yang kuat datang dari rumah kita apalagi jika kita sama naik berkaraoke bersaing dengan suara azan. Bila kita ke surau/masjid pula, jangan kita biarkan bunyi handfon mengganggu di saat2 semua orang sedang kusyuk berjamaah.


Rebut cari pahala contohnya dengan mandi sunat di hari Jumaat bilamana hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mandi di pagi jumaat sebelum berangkat ke ofis tidak di kira mandi sunat Jumaat kerana itu mandi yang kita hendak ke ofis. Jadi jika mampu, elok ikhtiarkan untuk dapat mandi sunat Jumaat sejurus sebelum ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat.


Dosa jangan dipandang ringan bila kita cuba2 bertindak menolak mentah-mentah hukum Allah. Jangan kita perlekehkan sunnah Rasulullah SAW. Terang lagi bersuluh, semua itu boleh menggugat akidah kita...nauzubillah. Contoh, jika kita tak mahu bersugi jangan kita banding2kan kegunaan kayu ara sebagai sugi dengan lebih efektifnya ubat gigi di zaman ini. Jangan kata penggunaan kayu sugi dah tak relevan dengan zaman ini atau sebagainya.

Begitu juga dengan isu memakai Sarban. Jangan kita perlekehkan sunnah Rasululullah SAW. Lebih baik diam
dari berkata2 atau mengulas perkara yang kita bukan ilmuan tentangnya... jika buat pandai2 hanya mengundang mudarat yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.

Taatlah kita pada Allah kalau kita yakin kita akan kembali kepada Allah.
Jangan tolak hukum Allah. Ikut perintah Allah semampunya. Kalau tak boleh buat semuanya, kita buat apa adanya. Umpamanya, ambil contoh dalam hal-ehwal solat... jika tak boleh solat berdiri, kita solat duduk, tak boleh duduk kita baring dan seterusnya...

Berazamlah kita untuk perbaiki amalan. Di sana nanti hanya ada dua pilihan iaitu samada kita akan ke Syurga atau ke Neraka. Usaha perbaiki selagi masih diberi peluang. Contohi jadual ulamak terdahulu yang memperuntukkan 24 jam setiap hari kepada 3 bahagian iaitu sepertiga untuk ibadah, sepertiga rehat dan sepertiga lagi untuk menuntut ilmu... Wallahu'alam.

Jom kita istiqamah Solat Dhuha

Alhamdulillah... pagi ni, bukak2 gmail dapat reminder dari en suami perihal Solat Dhuha. Terus jadi teringat, "Oh lom solat lagi pagi ni...."

"Amalkanlah Solat Dhuha, tuan-tuan... InsyaAllah keberkatan Allah akan selalu bersama kita.. Istiqamahlah berSolat Dhuha...", terngiang-ngiang pesanan ustaz dalam tazkirah on-line yang di-klik dengar dua malam lepas.

Dua tiga menjak ini cuba cari masa untuk duduk mendengar tazkirah on-line. Jauh di sudut hati rasa macam ada satu kehilangan.. sedar, sejak berakhirnya Ramadhan saya masih belum berpeluang untuk ke mana-mana majlis ilmu. Bersambung-sambung diri disibukkan dengan urusan dunia... ouhh


Forwarded email papa terselit kata2:

AsSalam,

Sama2 amalkan InsyaAllah.. dan panjang2kan ilmu Allah ini pada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara2 kita dan sesama manusia..

Sesungguhnya sendi2 di tubuh manusia juga ada haknya. Oleh itu untuk menunaikan hak anggota2 tersebut hendaklah kita sedekahkan zikir bagi pihak sendi2 tersebut dengan cara berzikir pada Allah di setiap pagi atau melalui cara menunaikan solat sunat dhuha.. sebagaimana hadis Nabi SAW yang menyebut:

Dari Abu Zar r.a dari Nabi SAW sabdanya:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(HR Muslim)


Sedarlah bahawa sendi2 tersebut kelak akan menjadi saksi di hadapan Allah ketika kita bertemuNya di hari akhirat nanti di mana saat itu tiada sebarang perlindungan selain dari perlindungan dan rahmat Allah yang Maha Agung..


Dan disertakan sekali alunan Doa selepas solat Dhuha yang dialunkan oleh kumpulan nasyid UNIC.
Indahnya doa tersebut. Jom kita kuatkan azam untuk istiqamah Dhuha. Selepas solat kita baca doa selepas solat Dhuha. Pegang mana2 amalan yang tetap, biar konsisten walau sesibuk mana pun kita, tetap tak lupa buat... Ya Allah bantulah hamba-Mu, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu...aminn


Tazkirah 17 Ramadhan (2)


.. sambungan yang lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata ustaz....


Jika di bulan2 lain makanan boleh dimakan oleh kita di siang hari, namun di bulan Ramadhan ianya telah menjadi makanan yang tidak boleh dimakan sebab kita berpuasa. Perkara yang halal menjadi haram kerana ia akan membatalkan puasa kita. Jadi jika air kosong ibaratnya haram diminum, apalagi arak yang memang termaktub haram. Jika ada yang sanggup minum arak tu dah kira haram jaddah iaitu haram yang sungguh-sungguh.

Ustaz sambil berjenaka bagitau yang perkataan jaddah jangan disalah-ertikan dengan memaki-hamun sebab jaddah dalam bahasa Arab adalah bermaksud sungguh-sungguh. Jadi ustaz sebut jaddah tu bukan memaki-hamun ya.. :)


Perihal hadis yang menuntut kita untuk sentiasa berada di majlis ilmu, ustaz menegaskan betapa beruntungnya kita yang diberi hidayah untuk ikut berada dalam majlis ilmu. Duduk sekejap atau singgah sekejap pun InsyaAllah dah beroleh pahala apalagi duduk dalam majlis ilmu di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, melakukan ibadah fardhu digandakan pahala oleh Allah manakala melakukan ibadah sunat umpama berbuat ibadah fardhu.


Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan. Maka seringlah dampingkan diri dengan al-quran, dekatkan diri dengan al-quran. Jangan bagi alasan..."saya tak reti..."
Jika tak reti kenalah belajar. Bila belajar InsyaAllah akan reti nanti.

"Kubur sunyi... tuan-tuan. Gelap. Sapa baca quran, InsyaAllah terang kubur. Kita bukan duduk sehari dalam kubur tapi bertahun-tahun. Carilah teman untuk temankan kita dalam kubur agar kubur kita nanti dilapangkan, dicerahkan. Bertemanlah kita dengan al-quran..."


Sambung ustaz, "Quran boleh beri syafaat, masa melintas titian Siratulmustaqim, al-quran akan suluh kita. Di dunia kita tidak akan sesat selagi mana kita berpandukan al-quran."



Berdasarkan firman
Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah, 2:183)


Pengertian taqwa adalah

  • taat iaitu tidak derhaka
  • ingat Allah iaitu tidak lupa
  • bersyukur yakni tidak kufur nikmat
Ramadhan adalah kolej @ madrasah @ pusat latihan buat kita. Contoh orang yang tak hafal al-quran masuk tahfiz. Maka dapatlah belajar dan hafal al-quran. Maka pandailah dia. Begitu juga dengan Ramadhan yang menyediakan berbagai program buat kita untuk kita mampu menjadi orang yang bertakwa. Sepatutnya bila kita melangkah keluar dari madrasah Ramadhan, kita dah berubah. Berjayakah kita atau kecundangkah kita?Makanan boleh menjadi antara penyebab mengapa kita kecundang di bulan Ramadhan. Bila kita berpuasa:
  1. kena amati atas apa yang kita nak berbuka. Kena teliti apa yang kita nak makan. Pastikan makanan halal. Contoh: Telor yang tak dibasuh adalah najis. Telor yang kita beli tak dibasuh, jadi kita yang kena basuh sebelum digunakan untuk memasak lauk dsb.
  2. kena amati dengan siapa kita berbuka. Contoh:Jangan kita berbuka dengan En Tan atau Elizabeth Yong yang konon ikut raikan majlis berbuka puasa. Berbukanya pula di hotel. Makan buffet, jadi bila dah makan terlebih kenyang dah jadi berat nak tinggalkan kawan2 tadi untuk bangun solat Maghrib apalagi nak berterawih.
  3. Makanan siapa yang kita makan. Contoh: Di bazar Ramadhan, pastikan makanan yang kita beli mestilah dari orang-orang yang soleh.
Sebagai penutup, ustaz bagi tips yang berguna sebagai panduan dalam usaha kita ingin memburu Lailatul-qadar iaitu:
  • makanan halal
  • jangan makan banyak. Jangan matikan hati kita dengan banyak makan. Makan sekadarnya saja, agar takde lah sakit perut nanti sebab tak makan. Lagi sikit makan, lagi manis ibadah yang kita lakukan. "Jadi makan lebih-kurang sudah lah, kita nak puasa bukan nak makan", tambah ustaz lagi.
Alhamdulillah, puas rasa mendengar tazkirah ustaz yang agak dikenali ramai ini. Beliau antara ustaz yang sering diundang di merata majlis ilmu, sampaikan tazkirah dan juga khutbah Jumaat. Akhir kata beliau, "Jangan kita buru kelazatan dunia hingga kita membelakangkan kelazatan akhirat"... Wallahu'alam

Tazkirah 17 Ramadhan


Sebagai intro, ustaz membacakan beberapa potong hadis yang menggalakkan kita beribadat di bulan Ramadhan, di antaranya:
  • Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karana iman dan mengharap redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji. (Hadis Riwayat Muslim)”
  • Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka itu, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (Hadis Riwayat Tirmidzi)”

Dan diperingatkan tentang kelebihan berada di majlis ilmu sepertimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Termizi yang bermaksud:
  • “ Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredhaan keatas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah S.W.T. ) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama keatas gugusan bintang di langit .”

Kemudian diperjelaskan tentang al-quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan:

  • “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkahan” (Surah Al-Baqarah: 185). Yang dimaksud malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.”

dan diterangkan lagi melalui firman Allah dalam Surah Al-Qadr
yang bermaksud:

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


...bersambung di sini

Semua Allah Punya... Iwan Syahman


Semasa singgah di kedai top-up depan Mydin(metrojaya) dua hari lepas, en suami datang berbisik pada saya... "Cuba mama masuk dengar dalam kedai, lagu Iwan yang baru... rupanya dah nyanyi lagu nasyid dah sekarang.."

Teruja bila dengar nama Iwan disebut. Iwan yang lama menyepi rupanya telah kembali dengan lagu2 berirama nasyid. Alhamdulillah kali ini Iwan
menggunakan nama baru Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman), muncul dengan album baru bertajuk SEGALANYA ALLAH. Pelancaran album tersebut khabarnya diadakan di Restoran Andalusia, KL pada 29 Jun lalu.

Khusus buat en suami yang sama2 minat dengan suara Iwan, jum dengarkan.. :)
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah pantai yang indah

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

lihatlah burung yang terbang

Subhanallah, itu Allah yang punya

lihatlah bunga yang mekar

Subhanallah, itu Allah yang punya

tiada yang engkau punya

semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

kau lihat bukan kau punya

itu semua Allah punya
kau dengar bukan kau punya
itu semua Allah punya

dari itu janganlah sombong

janganlah riak serta iri hati
dunia hanya pinjaman sementara
akhirnya kembali kepada-Nya

tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya
tiada yang engkau punya
semuanya Allah punya

Tazkirah 11 Ramadhan


Alhamdulillah.. walaupun Ramadhan dah berlalu pergi, di-entrikan juga posting yang tertunggak, Sama-sama ambil manafaat InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~

Ustaz bagi compliment bagi yang dapat luangkan masa hadir menunaikan solat terawih seterusnya ikut berada dalam majlis ilmu malam itu. Anak2 yang sedang berlari2 dan bermain sesama mereka di belakang memang agak nakal kata ustaz, tapi takpe sekurang-kurangnya mereka nak juga ikut datang ke masjid. Ucapan tahniah dari ustaz buat ibu-bapa yang berhasil membawa anak2 kecil itu ke masjid, itu lebih baik dari membawa mereka pergi ke fun-fair, main game di Mall, tengok wayang dsb.

Ramadhan perlukan penghayatan, kata ustaz. Nak hayatinya, kena lah tahu cara-caranya. Jangan kita berpuasa tapi langsung tak ada penghayatan. Perlu bermuhasabah contoh dalam hal melakukan dosa... kita tahu iblis dan syaitan dirantai di bulan Ramadhan tetapi cuba fikirkan kenapa maksiat masih terus berlaku.

Antara cara nak hayati Ramadhan ialah perlukan persediaan awal. Justru, jangan kita last minute baru nak beramal. Jangan bertangguh. Kita nak masuk Syurga tak dapat tidak, mesti melalui Rahmat Allah. Jadi penghayatan Ramadhan kena buat dari awal. Contoh kalah dalam perlawanan bola. Kalah sebab apa? Sebab bila tinggal 3 - 4 minit lagi masa tamat, baru nak atur strategi nak rembat gol. Macamana nak dapat? Jadi kena rancang strategi awal2 bukan dah di hujung2 perlawanan baru naik semangat nak muncul juara.

Hanya orang yang terpilih dapat menghayati Ramadhan. Berazamlah biar kita termasuk dalam golongan tersebut. Jika sebelum Ramadhan kita selalu berjinak2 dan ikut hasutan Syaitan maka di bulan Ramadhan Syaitan tak risau nak tinggalkan kita sendirian. Dia dah tahu orang yang selama ini berjinak2 dengannya akan terbiasa dengan sifat sedemikian. Jadi tinggallah orang itu bertuan-kan nafsu pula sepanjang sepeninggalan si penghasut... nauzubillah.

Sepanjang kita berpuasa, cuba kita kira berapa kali agaknya kita telah beristighfar. Amatlah rugi jika kita melalui Ramadhan tanpa banyak beristighfar, memohon ampun pada Allah. Selalulah beristighfar kerana kita belum tentu lagi hidup esok hari.

Ayuh, bersungguh-sungguh kita mencari keredhaan Allah. Jadi orang yang bertakwa dengan:
  • dengar dari al-quran dan dengar hadis yang soheh
  • patuh dan taat akan perintah Allah dan Rasulnya
  • tidak melakukan maksiat
Jangan kita jadi orang yang sembahyang tapi masih buat maksiat. Perhatikan amalan kita dari sekecil-kecil perkara. Makanlah makanan yang bersih zahir batin. Mungkin kita sembahyang tapi orang lain belum tentu. Jadi berhati2 dalam membeli juadah untuk berbuka... jangan sampai kita terbeli makanan dari tangan orang2 yang kurang sopan, dari mereka yang tidak menutup aurat dsb kerana setiapkali makanan tersebut masuk ke dalam mulut kita hanya akan meninggalkan titik2 hitam dalam hati... wallahu'alam.

Kisah di kedai buku


Dikhabarkan melalui pengalaman seseorang yang bekerja di sebuah kedai buku. Insiden berlaku dalam beberapa slot di bulan Ramadhan:


Dialog 1:
Ani: "Ohh... aku ingat sempena puasa ni, aku nak cari lah Surah Yasin dalam 20 bijik. Aku dah la tak semayang... jadi kalu dapat sedekah yasin kat surau umah aku tu dapat le jugak pahala kot.. kau ase caner, ton?"



Dialog 2:
Budak hensem: Errr....dik... jap... err nak tanya ni, ada tak buku yang ajar cara-cara nak Solat?, tanya budak hensem dalam nada suara yang antara dengar dengan tidak.

Eton: Emm...ada tapi yang perempuan punya je. Tapi takpe.. sama je, boleh pakai untuk laki pempuan....

Budak hensem: Lorr gitu ke? Yang khusus laki takde?

Eton: Dah habis, nanti oder pasni... err, yang ada ni rasa ley untuk laki pempuan (eton ulang cakap sekali lagi)

Kawan budak hensem: Eh engkau ni... ok le tu, sama jer...jangan kau ikut pakai telekong dahh...



Dialog 3:
Mun: "Ton, aku nak beli la buku cara-cara solat yang ada tulis rumi ni. Aku dah tak tau baca jawi. Jadi buku yang ni ada translit rumi bacaannya... ok ah, leh aku hapal slow2", kata Mun selepas diaorang ramai-ramai berbuka puasa dalam bilik rehat. Mun ikut berpuasa setiap hari tapi time orang lain solat Maghrib, Mun tak solat... hanya mundar mandir dalam bilik rehat sambil sesekali bercermin membetulkan tudungnya.



Dialog 4:
Abang Fan: Ton, kau tau tak, time tengahari ramai betul dak-dak laki duk makan kat restoren xxx tu... aku bengang betul time lalu sana... dak pompuan datang bulan sebulan sekali, diaorang datang bulan setahun sekali.. time bulan puasa... ishk



***************
Ramadhan telah berlalu. Namun di-entrikan kisah benar ini untuk sama2 kita renung2kan. Ramadhan telah menyingkap banyak jendela hati... alhamdulillah. Moga hidayah terus melimpah. Jaga Solat, utamakan ibadah fardhu, baru susuli dengan yang sunat. Wallahu'alam.

Semua dah di-atur...


Rasa lama la pulak tak berblogging. Rindu nak citer-citer. Biarpun pengunjung mungkin tak berapa ramai tapi takpe lah.. kurang-kurang apa yang nak diluahkan...sampai.... Kadang timbul rasa hiba lepas menulis, kadang timbul 'gembira abis' hinggakan dapat rasa senyum yang diukir mekar sampai ke telinga... he he

Apa kabar semua? Harap beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam kemanisan iman ..aminn..

Semalam masa singgah solat Maghrib di masjid, over-heard saudara setiausaha masjid memperingatkan...

"Berdoalah agar amal-ibadah kita diterima Allah dan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang Allah REDHA.... aminnn"

Terkesan hati bila tiba2 terdengar peringatan siaran langsung itu. Terasa kerdil diri bila teringat betapa banyak part yang masih belum sempurna. Hati sering berbolak-balik, perasaan sekejap ok sekejap tak ok. Ujian yang kecil pun kadang kurang dapat berlapang dada, terfikir pula apalagi kalau diuji Allah dengan cobaan yang lebih besar...

Moga penggalian ilmu dari semasa ke semasa sedikit sebanyak dapat membantu merubah diri, moga hati kebal terima dugaan. Harus kebal. Keep reminding.... Tidak ada apa sebenarnya tu, perkara kecik je tu... semua yang berlaku bukan kebetulan tapi Allah dah aturkan... semua dah di-atur... Allah nak duga... tinggal kita saja yang menghadapinya samada redha atau tak redha dengan ketentuan Illahi. Jika berjaya lepasi dengan berlapang dada, Alhamdulillah kira lulus ujian dengan jayanya namun jika tak berjaya mengawal diri, maka gagal lah kita...
fail...malang sekali... nauzubillah.

Sepatutnya terampil berbeza kita hari ini, biar berbeza dari kita yang 10 tahun yang lalu. Jangan amal bertambah tapi hakikatnya tahap iman masih di takuk lama, hati masih tak tenteram, jiwa masih kacau... nauzubillah.

Moga ada rahmat Allah, moga Allah redha...aminnn