Telah disampaikan ilmu sebentar tadi tentang...
Empat perkara yang kita kena tambah buat iaitu:
Sama-sama kita membaik-pulih diri... moga Allah kurniakan kekuatan.. ameen
*Empat perkara yang mesti dikurangkan buat
*Empat perkara yang dilarang buat
Empat perkara yang kita kena tambah buat iaitu:
- banyakkan dakwah - sampaikan dakwah tak kira melalui apa jua saluran... contoh macam kita di alam maya, boleh sampai-sampaikan mesej dakwah melalui blog, forum dsb.
- banyakkan taklim - bermaksud usahakan agar sering belajar, mendengar dan perdengarkan hadis-hadis Nabi SAW khususnya di rumah masing-masing. InsyAllah para malaikat akan sentiasa menaugi rumah2 yang sering diperdengarkan hadis Rasululllah SAW.
- banyak kan ibadah - perbanyakkan melakukan ibadah, bersegera berbuat yang fardhu kemudian usaha tambahi dengan yang sunat. Penuhi hak al-quran yang menjadi menuntut kita agar sering2 membacanya, Biar dapat khatam sekurang2nya dua kali setahun. Formula untuk dapat khatam setiap enam bulan ialah dengan cara kita istiqamah membaca 2 helai atau bersamaan dengan 4 m/surat setiap hari. Jika istiqamah baca, InsyaAllah pasti dapat khatam 2 kali setahun... amenn
- banyakkan khidmat - ringan tulang untuk membantu melakukan kerja2 amal... bermaksud sentiasa bersedia memberi khidmat/pertolongan pada sesama manusia. Contoh: tolong ibu angkat kain di jemuran, tolong ajar adik-adik buat kerja sekolah, ikut serta dalam aktiviti gotong-royong dan sebagainya. Begitu juga dengan tugasan seorang siak yang contohnya termasuk dalam kategori memberi khidmat.
Sama-sama kita membaik-pulih diri... moga Allah kurniakan kekuatan.. ameen
*Empat perkara yang mesti dikurangkan buat
*Empat perkara yang dilarang buat
D T I K - tambah buat..
ReplyDeleteD - Dakwah
T - Taklim
I - Ibadah
K - Khidmat