Empat perkara tersebut ialah...
- berhenti berharap pada makhluk - bermaksud janganlah kita terus-menerus berharap pada makhluk. Jika susah sikit, selalu fikir nanti nak minta tolong pada siapa. Jika nak lariskan jualan kat kedai, jumpa bomoh untuk dapatkan ubat pelaris. Jika demam, tak pk lain terus ingat nak telan panadol, lepas telan 2 bijik jadi konfiden, gerenti baik demam. Salah tu sebenarnya... mintalah kita hanya pada Allah. Ingat, bukan panadol yang menyembuhkan. Yang sembuhkan demam kita ialah Allah melalui ikhtiar kita menelan panadol. Ada satu kisah benar untuk renungan: Seorang anak yang dalam usia 12 tahun telah ikut ayahnya keluar berdakwah selama 3 hari. Seseorang yang secara tak sengaja telah memperhatikan kelakuan anak itu dek ada sesuatu yang menarik perhatian. Anak itu sedang solat sunat. Habis je solat beliau tunduk melihat jam tangannya yang diletakkan di tepi sejadah. Selepas itu beliau sambung solat lagi. Dan selepas itu tunduk lagi tengok jam. Bangun solat lagi untuk ketiga kalinya. Dan bila habis solat, beliau lalu tersenyum selepas tunduk melihat jam nya. Sebelum berlalu pergi, hamba Allah yang asyik melihat gelagat anak tadi sempat menghampiri. Beliau lalu menanya... "Kenapa pakcik tengok tadi lepas solat tengok jam lepas solat tengok jam... ngapa? "Ohh jam saya tadi mati.. itu yang saya solat sunat minta Allah jalankan balik jam saya. He.. he.. Alhamdulillah lepas tiga kali solat baru jam saya jalan balik... syukur alhamdulillah..." Terus terkedu pakcik yang menanya... ternyata anak itu tak terpikir langsung pasal bateri jam, dalam fikirannya asbab jam nya jalan dan berhenti jalan hanya kerana Allah... Subhanallah.
- jangan mengeluarkan kata2 yang tak elok pada makhluk - maknanya jangan kita senang2 nak kata benda2 tak elok pada orang lain. Tak kira pada haiwan sekali pun, apalagi pada manusia. Semua makhluk di atas muka bumi ini ciptaan Allah. Jangan kita mudah nak mengata... contoh: ..buruknya rupa kucing tu.. dah la hodoh, kotor pulak... Itu baru keluar kata-kata pada seekor kucing... Jadi awas, berhenti lah kita mengata yang tidak2 pada orang lain. Perkataan mencela dan seumpamanya tidak lain hanya akan kembali pada tuan yang mengata.. nauzubillah.
- jangan ambik hak orang lain tanpa kebenaran - bermaksud elakkan mengambil barang yang bukan hak kita. Apalagi mengambil yang bukan hak kita tanpa kebenaran pemiliknya. Tak kira apa jua barang, asal yang orang punya eloklah jangan di-ambil. Cari yang lain yang bukan jadi hakmilik orang. Kalau terambil, mesti cari orangnya dan pulangkan balik.
- jangan membazir - elakkan membazir walaupun hanya sebutir nasi. Harus diingat betapa proses kejadian sesuatu makanan itu mengambil masa yang begitu lama untuk dihasilkan. Jadi jangan pandang ringan walaupun hanya sebutir nasi yang tertinggal dalam pinggan makan kita. Habiskan agar ada keberkatan pada setiap apa yang menjadi darah-daging kita. Jika kita makan buffet yang disponsor syarikat contohnya, jangan kelabu mata bila lihat begitu banyak makanan yang terhidang percuma. Ambil hanya apa yang nak dimakan, yang diyakini habis memakannya. Jangan ambil banyak, melimpah-limpah tapi makannya sedikit.. selebihnya membazir. Membazir itu sahabat setia syaitan.
Sama-sama mencari redha Allah. Berbuat baik untuk dapat redha Allah. Tak buat apa yang dilarang untuk dapat redha Allah... ameen
8 comments:
Assalamu'alaikum
Salam kenal.. tertarik dgn tazkirah EMPAT PERKARA ni.. jadi saya salin dan tampal ke blog saya.. diharapkan NUR izinkan ya.. terima kasih..
MK HM - jangan...
M - berharap pada MAKHLUK
K - mengeluarkan KATA-KATA tak elok
H - ambil HAK orang lain tanpa kebenaran
M - MEMBAZIR
Assalamualaikum Nur..
sama-samalah kita beringat yee..
yg baik datang dariNya..
yg buruk tu kekurangana diri..moga dpt diperbaiki dari masa ke semasa..InsyaAllah..
Assalamu'alaikum Nur
Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga kita dapat memanfaatkannya.
Sayda...
Timakasih.. sila lah kopipes mana2 yang rasa baik. Kita sampai2kan mesej dakwah.. moga diberkati Allah...ameen
Anon..
TQ, senang ada keyword formula tuh.. kalu nak citer2 kat kawan jadi mudah dan lancar.. thx :)
wsalam sal..
Sama2 kita perbaiki amalan kan sal.. yang mana2 kita rasa baik kita perelokkan lagi. Bila dah tentu elok kita istiqamah buat..thx sal :)
Wsalam kak werdah..
Alhamdulillah sama2 kita gunakan kemudahan alam maya dengan sebaik2nya. Internet ibarat pisau. Jika digunakan untuk kebaikan InsyaAllah beroleh manafaat dan kelak dapat membantu diri di sana nanti, jika disalah-guna tidak lain hanya akan memudaratkan diri sendiri.. thx kak werdah :)
Post a Comment