Sebagai mukaddimah, ustaz mengingatkan agar sering2 kita mengucap syukur ke hadrat Allah yang memberi rezeki. Segala Puji Bagi Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam ini.
Terimakasih di atas nikmat iman, nikmat amal yang Allah kurniakan. Terimakasih di atas nikmat ibadah yang Allah anugerahkan buat hamba2 yang dikehendaki-Nya. Banyak-banyak kita berterimakasih pada Allah. Moga hidup beroleh redha Allah, moga mati beroleh redha Allah..aminn
Selalu ingat kita ini hamba Allah. Hebat macamana, tinggi macamana, kaya macamana sekalipun tetap ingat bahawa kita ini adalah hamba Allah. Usaha untuk jadi hamba Allah yang tawadduk. Orang yang tawadduk sentiasa tahu diri, sentiasa ada sifat merendah diri. Untuk dapat capai tahap hamba yang tawadduk, harus kenal sifat seorang hamba.
Antara sifat seorang hamba termasuklah:
- sentiasa bertaubat - di malam hari sentiasa bermunajat pada Allah.. boleh mengaku di hadapan Allah yang dirinya lemah... "ya Allah... aku ini banyak dosa, ampun kan lah aku ya Allah.. terima lah taubatku ya Allah"
- sentiasa berdoa pada Allah - maksudnya sentiasa berharap pada Allah. Maka di setiap geraknya, berdiri, duduk dan baringnya sentiasa ingat Allah. Tak kira apa keadaannya, di saat miskin mintak, di saat kaya pun mintak. Waktu sempit mintak, waktu senang mintak. Masa sakit..."Ya Allah afiatkanlah aku..." Masa sihat... "Ya Allah, kurniakanlah keberkatan pada sihatku.."
- sentiasa belajar - orang yang belajar bukan hanya semata-mata belajar tetapi mesti praktikkan apa yang dia belajar. Amalkan, baru dikatakan apa yang dipelajari telah mendidik diri. Umpama orang yang belajar teori menjala mesti cuba untuk tahu menjala. Jika hanya tahu teori tapi tidak tahu menggunakan pelajaran itu secara praktikal, bermakna ilmu tidak sampai. Maka jika belajar, amalkan InsyaAllah ilmu sampai.
Suluh diri... apa pencapaian kita hari ini. Contoh: hari ini ada tak kita baca quran. Jika baca, InsyaAllah pasti balasan. Bila mati InsyaAllah dapat lihat hasilnya. Mudah sebenarnya nak dapat kekayaan untuk akhirat, kata ustaz. Itu baru sebut pasal baca quran, belum lagi sebut pasal amalan lain... solat, zikrullah, berpuasa, kerja harian yang jadi ibadah dll... Subhanallah.
Maka suluh diri kita. Kenal sifat seorang hamba yang begitu istimewa. Bersyukurlah kita dengan kurnia Allah... Alhamdulillah.
**bersambung di SINI...
Sudah baca Qur'an hari ni? Kalau belum, bila last aku baca Qur'an? Tanya dan tanya untuk muhasabah dan koreksi diri.
ReplyDelete