Tiga tahap AKAL


Sambungan pengisian dari
SINI...

Seorang hamba Allah yang mulia adalah seorang mukmin yang beriman, mukmin yang alim. Berusaha lah kita untuk capai tahap menjadi mukmin alim yang faham agama agar terselamat malah terhindar dari kehinaan... hina di dunia dan hina di akhirat...nauzubillah


Ulamak yang pandang hakikat telah berkata:

Dikatakan manusia ini terbahagi kepada 3 akal.... Akal sejengkal, akal dua jengkal dan akal tiga jengkal. Panjang sebenarnya akal manusia hanyalah sepanjang 3 jengkal sahaja. Bermula dari akal sejengkal, kemudian 2 jengkal dan sebanyak-banyaknya ialah 3 jengkal.

Kita di mana? Adakah kita berada dalam lingkungan 1? atau 2? atau 3 jengkal? atau pun tak ada akal? Jika pada zahirnya kita nampak berakal, namun jangan lah hendaknya bila di sisi Allah kita jelas-jelas nampak macam tidak berakal... nauzubillah.


Tiga tahap akal:
  • Akal sejengkal ialah mereka yang melebihkan dunia daripada akhirat. Kalau ustaz sekalipun.. jika lebihkan dunia maka akal sejengkal je lah. Mereka yang akalnya sejengkal adalah mereka yang melebihkan harta daripada akhirat.
  • Akal 2 jengkal ialah melebihkan akhirat daripada dunia. Mereka tidak suka pada pekerjaan yang tak beri manafaat. Selalu merasa dirinya hamba maka sentiasa bersifat merendah diri sesama manusia. Bnayak berbuat amal kebaikan dengan berzikrullah, Istighfar, solat sunat, banyak berdiam diri dari berkata2 kecuali hanya pada perkara2 yang datangkan manafaat.
  • Akal 3 jengkal ialah orang yang memandang akan makrifat Tuhannya. Pandang Allah tinggi sedangkan sedar diri sendiri lemah. Tidak melihat segala perbuatan/amalan itu datang dari dirinya sebaliknya Allah yang menyampaikan, nampak segala usahanya datang dari tindakan Allah. Contoh: Bila bangun malam dapat solat tahajjud ingat bahawa itu kurnia Allah. Bukan rasa sebab aku ini hebat dapat bangun bertahajjud, 12 tahun tak pernah tinggal tahajjud sebaliknya masih tetap nampak diri yang hina. Maka tidak timbul rasa sombong. Hati sering berkata-kata..."Ya Allah, amat sedikit amalanku pada mu ya Allah, ampunkanla daku ya Allah"

Maka mari kita semak diri kita, di mana tahap akal kita...
Moga dengan bertambahnya usia dari hari ke hari, akan bertambah panjang dan sempurna akal. Pada hakikatnya kita ini bila semakin bertambah usia, makin bertambah pendek umur. Makin pendek, makin kurang. Contoh kalau sekarang umur kita 44 atau pun 54... cuba congak tinggal berapa selepas ianya ditolak umur 60. Tinggal tak berapa banyak lagi kan. Jangan sebab dek kita takut bila sebut pasal mati, kita hanya tolak umur kita dari angka 100. Tak nak akui umur makin pendek. Kata ustaz, bila makin jelas bertambah hampir kita pada penghujung umur maka sepatutnya makin teguh iman, makin sempurna akal, makin bersiap-sedia kita untuk hadapi hari kematian.
Wallah'alam.

***bersambung lagi di SINI

No comments:

Post a Comment