Selesai mengaminkan doa oleh tuan imam, saya terlihat ustazah yang duduk di sebelah lekas-lekas menyapu air mata yang mengalir di pipi. Doa yang ramai2 kami aminkan tadi ternyata telah menyentuh hati ustazah. Suatu kelebihan buat beliau yang tahu dan faham bahasa Arab. Maka bila tahu, dapat menghayati maksud doa yang dipohon ke hadrat Allah Ta'ala.
Saya tadi hanya faham dua tiga ungkapan doa...
termasuklah maksud:
- beberapa doa al mathurat yang ustaz selitkan (petikan ayat-ayat awal dari surah al-Baqarah),
- Allahumma ajirna minannar
yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah 201)
- dan; selawat ke atas Nabi s.a.w
Alhamdulillah ingat sikit2 maksud yang mana hafal tuh. Rasanya nak kena belajar balik bahasa Arab lepas ni walaupun sebelum ini dah banyak kali fail... gagal untuk faham apa yang ustaz duk cerita. Last sekali hari tu sempat hadir di beberapa sesi kelas bahasa Arab di surau. Tapi bila dah tak berapa nak faham tu, terus tak pegi-pegi selepas tu... huhu..
Beruntunglah bagi yang tahu dan faham bahasa Arab... Subhanallah.. Bahasa Arab bahasa al-Quran, bahasa di Syurga....
InsyaAllah kalau dapat faham bahasa arab satu hari nanti. Cuma jangan jemu untuk terus cuba dan cuba..
ReplyDelete