Bismillahirrahmanirrahim
Semasa balik dari pasar pagi tadi, en suami mengajak untuk singgah di pejabat satu badan NGO yang terletak di kawasan bersebelahan dengan kawasan perumahan kami. Saya okeh je, terus mengangguk tanda setuju. Dah lama berhajat nak mendaftar nama sebagai ahli NGO tersebut. Kata en suami... "hidup ini tidak lama, jadi biarlah bermakna..." Jadi tunggu apa lagi... kena segera mendaftar supaya dapat berbuat sesuatu yang boleh menjadi khidmat pada masyarakat, agar nanti ada manafaatnya...InsyaAllah.
Sampai2 depan pintu pejabat, alahai berkunci lah pulak. En suami sempat membaca petikan kata2 yang terdapat di beberapa poster yang ditampal di sana. Oh rupa2nya ia adalah point yang dipetik dari 10 Wasiat Imam Hassan al-Banna. "Balik nanti, mama google eh 10 wasiat Hassan al-Banna!", pinta en suami, "Okeh!", sahut saya sambil tersenyum.
"Jom balik.. Allah dah atur kita tak dapat daftar nama hari ini... pasti ada hikmah-Nya.. nanti datang lenkali...", saya mengajak balik setelah pasti tidak orang dalam pejabat.
Ini dia hasil yang di-google cari sebentar tadi...
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
(Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah) -
Terimakasih
Hidup tidak lama. Biarlah bermakna. Fikir masa depan bukan sekadar di dunia tetapi menjangkau kehidupan akhirat yang pasti itu.
ReplyDelete