Bismillahirrahmanirrahim
Bila berbuat sesuatu, hanya Allah sahaja yang tahu samada kita ada ikhlas atau sebaliknya. Ikhlas tidak perlu dilafazkan, tidak perlu disebut pada orang..."saya ikhlas membantu..." atau "saya ikhlas bagi..." dsb.. Ikhlas ada dalam hati kita. Ia adalah rahsia. Jika diberitahu pada orang, maka ia bukan lagi suatu rahsia, sudah tidak menjadi ikhlas. Ikhlas itu rahsia.
Ikhlas itu meg'esakan Allah pada segala taat. Melakukan amal kebaikan hanya kerana Allah semata-mata. Bukan untuk dipuji makhluk, bukan untuk mulia di sisi manusia. Ikhlas itu kosong hati kita pada perkara2 yang lain selain Allah. Hati hanya pada Allah, lillah, lillah.. hanya kerana-Mu ya Allah...
Melakukan ibadah hanya kerana Allah semata-mata. Di masjid kita hambaAllah, di rumah pun kita hambaAllah. Untuk dapat jadi hambaAllah kena bersih hati. Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW, paling kurang 1000 kali setiap hari. Malam ini mari kita mula bersihkan hati dengan berselawat 100 kali.. InsyaAllah
Memada-lah kita dengan segala pemberian Allah. Bersyukur dengan nikmat yang tak terhitung. Contoh: Tengok pada ibu jari kita saja pun dah nampak begitu luarbiasa kurnia Allah. Cop jari kita tak sama antara satu sama lain walhal tengoklah berapa ramai manusia yang Allah cipta berada di mukabumi ini. Ciptaan Allah sangat luarbiasa. Jadi memada, syukur dengan fitrah kejadian kita sebagai hambaAllah yang menjadi kurnia.
Perbuatan kita yang membolehkan kita bersujud pada Allah, semuanya dari Allah. Ianya tidak terjadi sendiri, semuanya dengan izin Allah. Kecantikan kita, kepandaian kita semua datang dari Allah. Bukan sebab usaha kita sendiri. Nikmat dunia hanya sekejap. Kekalkan 'nikmat sedap' dengan lafaz 'Alhamdulillah.' Kalau tak diberi Allah nikmat rasa maka tak adalah nikmat makan bagi kita. Ikan tak rasa ikan, kicap tak rasa kicap. Kalau dah tak ada nikmat rasa, bermakna nikmat itu telah ditarik-balik. Kita sekarang yang masih punya nikmat tersebut, kalau makanan rasa tak sedap sikit janganlah mudah nak merungut... bersyukurlah kerana masih ada nikmat makan dan minum. Kalau tak sedap sikit, jangan berkira, jangan terus komplen kata tak sedap.
Diterima amal di sisi Allah hanya dengan sebab niat kerana Allah, sebab niat Lillahi Ta'ala. Yang nak terima amal kita ialah Allah. Jadi cari kasih Allah. Orang yang istiqamah beramal, tidak berubah... Di depan orang sama di belakang orang pun sama. Jangan lah kita bila di depan orang, lain tapi bila di belakang orang, lain. Kita ini mudah berubah... di depan orang, lain.... sempurna pakaian, sempurna sujud, sempurna iktidal tapi bila duduk seorang diri atau tiada orang nampak, dah tak ada tamaninah dalam solat contohnya. Bila di rumah pula, hanya pakai singlet/baju-T saja semasa solat(lelaki) dan bangun dirikan solat pun, macam hendak tak hendak... nauzubillah.
Jangan sampai tersirat niat lain dalam hati kita selain daripada Allah. Manusia, nalurinya memang suka dipuji. Seseorang yang mengharap redha Allah, InsyaAllah dunia dapat akhirat pun dapat. Namun kalau hanya mengharap dunia, maka hanya akan mendapat habuan dunia, akhirat tak dapat. Jangan risau, jika mulia kita di sisi Allah, maka akan ikut mendapat redha makhluk. Allah redha, manusia pun redha. Jadi, tak usah kita harap pada makhluk, harap kita hanya pada Allah. Cukuplah jika kita berusaha untuk mencapai mulia di sisi Allah.. amenn.
Tingkatkan kualiti ibadah dengan ilmu. Lakukan amal berlandaskan ilmu. Solat itu wajib tapi ada yang lebih wajib sebelum wajib yang itu iaitu... kena belajar solat. Jangan berhenti belajar. Jangan kita mengaku diri lemah tapi kemahuan untuk memperbaiki kelemahan langsung tak ada. Belajarlah terus untuk lebih tahu InsyaAllah. Jangan kita mahu terus kekal jadi orang yang tak tahu. Wallahu'alam.
Firman Allah dalam Surah al-Baiyyinah ayat 5
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
.....................................................
**bersambung di SINI ~Tiga Maqam Ikhlas~
No comments:
Post a Comment