Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Sudah begitu lama hujan tak turun... panas berpanjangan. Kebakaran hutan berlaku di sana sini. Semalam semasa memandu di jalan utama ke Kuala Kubu Baru, bush fire betul2 tengah semarak di tepi jalanraya. Kita yang sedang memandu ni rasa suspen takut tayar terpijak api yang sedang marak. Dalam suasana yang berasap itu, terus juga meredah jalan, begitu juga dengan kenderaan2 lain... masing2 meneruskan perjalanan, tentu dalam keadaan hati yang sangat berdebar2 sebagaimana yang saya rasa.
Dalam Kuliah Maghrib, ustaz mengingatkan bahawa apa yang sedang kita hadapi ini adalah kerana Allah nak suruh kita sedar. Namun ramai yang masih tidak sedar diri, hanya menganggap apa yang berlaku adalah perkara biasa. Walhal sebenarnya ini adalah perkara yang sangat luarbiasa. Ya lah, hutan terbakar sana sini, cuaca berjerebu, panas berpanjangan, hujan tak turun... semua ini sesungguhnya luarbiasa.
Kata ustaz,,,
Ada tiga perkara yang sering manusia terlupa akannya iaitu:
1) Kita ini hambaAllah tapi sifatnya tak macam hambaAllah
Contoh:Seorang remaja yang suka merempit, bila ditanya, ikut mengaku dirinya hambaAllah tapi kelakuannya tidak sepertimana yang dikata.. waktu azan sedang berkumandang, tetap terus merempit di jalanraya.
2) Rezeki datang dari Allah tapi manusia masih percaya bahawa kebahagiaan itu ada pada wang ringgit, ada pada pangkat dan harta.
3) Kita semua akan mati tapi ramai yang berkelakuan bagai tak ingat mati. Bertingkahlaku dan membuat kerja2 bagai orang yang tak ingat mati. Hanya setakat tau berangan-angan sahaja namun tidak melakukan aksi untuk berubah. Azan berkumandang tapi masih lagi sibuk dengan urusan kerja di pejabat, masih lagi sibuk di kebun sedangkan dalam masa yang sama sebahagian orang lain sedang berkejar untuk rebut saf pertama solat berjemaah di masjid. Dalam hati ada angan-angan untuk dapat hidayah, tapi ternyata dia hanya berangan-angan kosong saja kerana tiada membekalkan diri dengan apa-apa amalan pun yang boleh melayakkan dirinya mendapat hidayah.
Jangan kita menangguh-nangguhkan taubat. Kata ulamak; Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 18 - 19, yang bermaksud:
[18]Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepad Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
[19]Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.
Maka takutlah kita kepada Allah. Mesti sentiasa memikirkan apa bekalan yang hendak dibawa untuk hari esok.
Kata seorang Imam rm:
'Kena fikirkan bagaimana kita nak jawab soalan-soalan Allah.'
Boleh jawab kah kita kalau persiapan tak cukup? "Boleh ke.. ", tanya ustaz. Boleh jawab ke kalau kita nak mengaji quran pun malas, nak dengar kuliah agama pun malas, sebaliknya diri lebih rela duduk di depan tv, mengadap astro berjam-jam. Kita ada masa tapi tak guna masa untuk mentelaah al-quran. Ada masa tapi tak guna masa untuk baca al-quran. Allah bekalkan mata tapi tak gunakan mata untuk baca ayat-ayat Allah, tidak guna mata untuk memandang tok2 guru yang mengajar...
Allah bekalkan telinga tapi tak guna untuk dengar ayat-ayat Allah, hadis Nabi SAW, nasihat ulamak... Tak jadikan al-quran sebagai bahan panduan, maka boleh kita nak jawab soalan Allah? Pagi-pagi semua akhbar kita baca, dari hal politik sampai berita sukan, tahu semua. MU lawan Liverpool tahu semua, gol berapa2 siapa penjaring semua boleh cerita. Masa sambut Maulud pula, tau berselawat dan ber 'Yahanana' tapi bila balik rumah sambung berkaraoke. Rajin ke masjid pula hanya bila ada keperluan. Dah nak2 dekat dengan time buat kenduri kawin anak, baru muncul di masjid. Maksudnya, senang nanti bila sampai masa nak bagi2 kad jemputan pada jemaah masjid, orang kenal... Astaghfirullah...
Pesan ustaz,"Takwalah... takutlah kita kepada Allah. Duduk di mana sekalipun kita, takutlah pada Allah..."
Ambil iktibar terhadap apa yang berlaku, cari jalan yang terbaik untuk kembali kepada Allah Taala. Jangan kita dengan Allah, jauh. Solat, mintak doa pada Allah . Ingat bahawa, kalau kita lalai, penghujungnya kita adalah rugi. Kalau lalai, kita akan rugi. Quran ada di depan kita, maka ambik iktibar. Jangan kita terus menerus ikut jalan orang yang sesat. Antara sifat orang yang lalai itu ialah cenderung mengikut hawa nafsu. Oleh itu jangan tangguhkan taubat. Berbuat baiklah. Buat baik balasan baik. Jangan sombong. Jangan aniaya orang. Ustaz ingatkan bahawa kita ini banyak lalainya, banyak dosa, banyak kegelapan.. Moga jauh dari murka Allah. Moga diberi keluasan rahmat dan keampunan-Nya buat kita semua..ameen
Firman Allah dalam Surah al-Asr:
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Wallahu a'lam.

Dari Abu Ya'la iaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Nabi SAW., sabdanya:
"Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawanafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal soleh."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Jangan kita menangguh-nangguhkan taubat. Kata ulamak; Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 18 - 19, yang bermaksud:
[18]Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepad Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
[19]Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.
Maka takutlah kita kepada Allah. Mesti sentiasa memikirkan apa bekalan yang hendak dibawa untuk hari esok.
Kata seorang Imam rm:
'Kena fikirkan bagaimana kita nak jawab soalan-soalan Allah.'
Boleh jawab kah kita kalau persiapan tak cukup? "Boleh ke.. ", tanya ustaz. Boleh jawab ke kalau kita nak mengaji quran pun malas, nak dengar kuliah agama pun malas, sebaliknya diri lebih rela duduk di depan tv, mengadap astro berjam-jam. Kita ada masa tapi tak guna masa untuk mentelaah al-quran. Ada masa tapi tak guna masa untuk baca al-quran. Allah bekalkan mata tapi tak gunakan mata untuk baca ayat-ayat Allah, tidak guna mata untuk memandang tok2 guru yang mengajar...
Allah bekalkan telinga tapi tak guna untuk dengar ayat-ayat Allah, hadis Nabi SAW, nasihat ulamak... Tak jadikan al-quran sebagai bahan panduan, maka boleh kita nak jawab soalan Allah? Pagi-pagi semua akhbar kita baca, dari hal politik sampai berita sukan, tahu semua. MU lawan Liverpool tahu semua, gol berapa2 siapa penjaring semua boleh cerita. Masa sambut Maulud pula, tau berselawat dan ber 'Yahanana' tapi bila balik rumah sambung berkaraoke. Rajin ke masjid pula hanya bila ada keperluan. Dah nak2 dekat dengan time buat kenduri kawin anak, baru muncul di masjid. Maksudnya, senang nanti bila sampai masa nak bagi2 kad jemputan pada jemaah masjid, orang kenal... Astaghfirullah...
Pesan ustaz,"Takwalah... takutlah kita kepada Allah. Duduk di mana sekalipun kita, takutlah pada Allah..."
Ambil iktibar terhadap apa yang berlaku, cari jalan yang terbaik untuk kembali kepada Allah Taala. Jangan kita dengan Allah, jauh. Solat, mintak doa pada Allah . Ingat bahawa, kalau kita lalai, penghujungnya kita adalah rugi. Kalau lalai, kita akan rugi. Quran ada di depan kita, maka ambik iktibar. Jangan kita terus menerus ikut jalan orang yang sesat. Antara sifat orang yang lalai itu ialah cenderung mengikut hawa nafsu. Oleh itu jangan tangguhkan taubat. Berbuat baiklah. Buat baik balasan baik. Jangan sombong. Jangan aniaya orang. Ustaz ingatkan bahawa kita ini banyak lalainya, banyak dosa, banyak kegelapan.. Moga jauh dari murka Allah. Moga diberi keluasan rahmat dan keampunan-Nya buat kita semua..ameen
Firman Allah dalam Surah al-Asr:
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Wallahu a'lam.
Kita kena buat baik supaya dpt redha Allah. Semoga dgn redha Allah kita terpilih masuk ke Syurga-Nya.
ReplyDelete