Sebagai mukaddimah, di-peringatkan..
....terkadang hati rasa terhimpit. Maka mohonlah kita pada Allah. Sebagai hamba kita hanya mampu usaha dan doa, selebihnya berserahlah pada Allah. Pada hakikatnya Allah tahu apa masalah kita. Tak cerita pun Allah tahu apa yang menghimpit perasaan kita. Jadi berterusan mohon..."Ya Allah, setiap susah kami, mudahkanlah... segala masalah kami selesaikanlah... segala hajat kami kabulkanlah.. segala permintaan kami terimalah ya Allah..." Bagi hamba yang membenarkan hakikat, sedar bahawa setiap apa yang terjadi bagi Allah ada kebaikannya.
Maka minta akan kasih Allah, juga kasih Rasulullah SAW. Muliakan Muhammad SAW, InsyaAllah Allah bagi kemuliaan orang yang muliakan kekasihnya. Pasti kasih Allah padanya bila ia kasih pada Nabi Muhammad SAW. Kena kasih pada ulamak akhirat. Kenapa? Kerana ulamak adalah pewaris Nabi SAW. Ulamak kasihkan Nabi SAW. Kenapa pakai serban? Sebab kasih pada Muhammad SAW, maka ikut sunnah baginda SAW dengan memakai serban. Ulamak akhirat itu bukan ulamak dunia. Ulamak dunia tidak perlu dibela.
Kasihkan Allah, maka sebutlah namanya. Basahkan lidah dengan zikrullah. Buktikan kasih pada Allah dengan menunaikan perintahnya. Letakkan agama di hadapan manakala nafsu di belakang. Nafsu biar duduk nombor dua. Bila berhadapan dengan keperluan dunia dan akhirat, dahulukan kasih pada akhirat. Mesti ambil berat tentang agama.
- Jangan ambil ringan. Jadilah kita orang yang memelihara agama.
- Jangan main-main, jangan ambil Islam sambil lewa.. mana yang suka, buat... yang tak suka, tak buat.
- Jangan tak ikut syariat tapi cenderung ikut nafsu.
Buktikan kasih kita pada Nabi SAW dengan banyakkan mengucapkan selawat ke atas baginda SAW. Buktikan kasih kita pada Allah dengan banyak melakukan amal-taat padaNya. Jika kasih pada makanan, ingat bahawa makanan itu tidak lain dapat menguatkan tubuh-badan kita untuk bangun mengerjakan perintah Allah. Dan jika kasih pada bunga, tanam pelbagai jenis bunga kerana terpesona dengan kecantikannya, maka ingat pada pencipta bunga itu..tuan empunya bunga. Begitu juga bila tengok sungai, tengok cahaya yang indah, yang elok,yang cantik.. maka ingat bahawa yang empunya keindahan itu adalah Allah.
Al Khaliq الخالق - Maha Pencipta; The Creator
Akal manusia itu anugerah Allah. Bila timbul rasa diri hebat, ingat Allah Yang Hebat. Allah yang bagi akal kita. Maka jangan jadi orang yang sombong, jadilah orang yang tawadhuk, yang sentiasa merendah diri. Ilmu Allah luas. Tengok bunga orkid sempurna, tengok langit sempurna, tengok laut sempurna, tengok sungai sempurna.. begitu juga dengan kejadian diri kita sebagai manusia yang mana susunan mulut, hidung dan dua biji mata di wajah kita begitu sempurna.. Subhanallah.. Ciptaan Allah begitu luarbiasa. Sentiasalah ingat kita ini lemah, maka jangan sombong sangat. Semua barang pinjam. Kita datang dulu kosong, balik nanti pun kosong kecuali ada taqwa, ada amal soleh.
Suluh diri, kita suluh diri masing-masing.
Wallahu a'lam.
**bersambung di SINI
Satu posting yg bermanfaat. Kena selalu lawan nafsu. Nafsu sangat tak suka diri buat benda baik, buat ibadah. Syaitan pulak support nafsu kat belakang. Sama2lah kita buktikan kasih pada Kekasih. Hanya ahli ibadah yg mampu buat ibadah.
ReplyDelete