Orang Yang Muflis di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Allah Taala beri peluang pada kita semua berada di rumah Allah. Syukur kerana kita tak berada di tempat yang menghabiskan usia kita dengan perkara yang tak baik. Dalam kita menggunakan teknologi masa kini contoh whatsapp, penuhi whatsapp kita dengan perancangan untuk peningkatan kualiti di bulan Ramadhan. Elakkan berchatting benda sia-sia.

Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan2 yang lain. Beratnya timbangan pahala di bulan Ramadhan. Apakah yang menjadi kesalahan2 di bulan Ramadhan? Siapa orang yang muflis di bulan Ramadhan? Sepatutnya di bulan Ramadhan, Allah nak kita jadi millionaire, jutawan.  Sebaliknya kita dikhuatiri telah menjadikan diri kita muflis di bulan Ramadhan. Kalau kita tak hidupkan rohani kita, itu bermakna kita sedang mematikan diri kita sendiri. Jadi mesti berusaha bersihkan hati, hidupkan rohani. Di bulan Ramadhan, Allah Taala menguji kita untuk kita tambah buat amalan sunat. Namun walau ramai yang bersungguh2 buat amalan sunat, mari kita semak siapa dia orang yang telah menjadi muflis di bulan Ramadhan.

Orang yang muflis di bulan Ramadhan ialah:
1) Orang yang melazimi perkara sunat tapi mengabaikan perkara fardhu. Dia kejar saham yang kecil sedangkan yang besar2 dia tinggal. Maka yang kecil tak mampu menanggung kerugian saham yang besar. Orang yang rugi ialah dia buat ibadat tapi dia rugi. Contoh: Dia terkejar2 solat terawih tetapi dia tertinggal solat Isyak. Itu satu kerugian yang besar. Jangan kita jadi orang yang gagal. Perlu di-ingat bahawa jika ingin berjaya di penghujung Ramadhan, hendaklah kita berjaya dari awal-awal Ramadhan lagi.

2) Orang yang sibuk dengan berbuka puasa. Dia bukak puasa macam menganggap itu berbuka puasa yang terakhir baginya. Makan sungguh2. Berbuka secara berlebihan. Membeli hingga jatuh membazir pula di bazar Ramadhan. Maka dia telah merugikan perniagaannya yang tekun berpuasa di sepanjang hari.  Jadi, jangan kita ambil masa lama sangat berbuka puasa sampaikan pukul 8 suku baru teringat nak bangun solat Maghrib. 

3) Orang yang tak hidupkan solat jemaah. Di bulan Ramadhan, Allah nak latih kita agar seronok solat berjemaah bagi membiasakan kita dengan ibadah yang kita tak biasa tu. Solat jemaah ini sepatutnya bukan dihidupkan hanya di bulan Ramadhan sahaja, tapi kena latih diri untuk solat berjemaah pada bulan2 yang lain. 

4) Mereka yang meninggalkan sahur. Bangun makan sahur adalah ibadah. Kalau tak bangun sahur, macam puasa orang yahudi. Dikatakan bahawa para malaikat mendoakan pengampunan pada orang yang bangun sahur.

5) Mereka yang di dalam Ramadhan, mereka ini hanya menganggap Ramadan bulan puasa. Ramadhan itu ialah bulan yang difardhukan untuk kita berpuasa. Jadi bulan Ramadhan tidak boleh diganti-namakan dengan bulan puasa. Yang Bazar Ramadhan-nya tak pulak mereka ganti panggil Bazar Puasa. Ramadhan ialah bulan untuk kita memperbaiki hubungan dengan Allah, yang kita mengaku kita ini hambaNya. 

Maka jangan kiranya kita puasa tapi bercakap bohong, puasa tapi mengumpat, puasa tapi memfitnah orang, puasa tapi tak tutup aurat. Hendaklah menahan segala anggota badan kita daripada sesuatu yang didatangi oleh syahwat, yang haram dan yang dimurkai Allah. Imam Ghazali rm telah membahagikan tahap puasa kepada tiga bahagian iaitu puasa orang awam, puasa khusus, puasa khusus dalam khusus. Contoh bagi perut, latih perut dengan menahannya dari masuk ke dalamnya makanan dari sumber yang syubhah dan haram. Kalau tak jaga, itu yang Nabi SAW sebut, tentang betapa ramai yang puasa namun sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Allah nak tuntut sesuatu yang bersih. Allah hanya terima amalan dari orang yang bertakwa. Maka jangan beli makanan dari orang yang fasik yakni orang yang tak solat, orang yang tak tutup aurat. Makanan biar ada nilai takwa.

Lisan juga dituntut untuk berpuasa dari menuturkan sesuatu yang lalai dan yang boleh merosakkan amal kita. Jauhi dari perkara lara. Macamana kita nak tau perkara itu perkara lara? Perkara itu sesuatu yang tak ada beri kebaikan pada diri kita, tak ada kebaikan pada agama Islam, tak ada kebaikan pada orang yang mendengar serta mendatangkan murka Allah.

Jadi jaga lisan kita. Bercakap yang perlu sahaja. Banyakkan zikir. Kata2 kita biar ada nilai takwa. Ingat bahawa apa saja yang dilafazkan oleh kita, semua akan dicatat oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Semua malaikat tulis, tiada yang terkecuali. Dan semua akan ditimbang. Siapa yang tak tinggalkan berkata dusta, perbuatan itu akan makan perlahan2 kebaikan yang dah dibuat.

Lebihkan masa beriktikaf di masjid daripada duduk di rumah. Lebihkan beriktikaf di masjid dari banyak masa berlegar2 di Mydin atau Giant atau Jalan TAR. Ramadhan makin lama makin tinggi kehebatannya. Cantik Allah susun.. Rejab, awal terbaik; Sya'ban, pertengahan; dan Ramadhan, 10 akhir Ramadhan.

Kita masuk Ramadhan bukan nak kejar pahala, tapi kita nak redha Allah. Kalau kita dapat kecintaan Allah, kita dijamin dapat naungan di Masyhar nanti dan di dalam Syurga...aminnn. Orang yang berada di dalam jaminan Allah, Allah ada ehsan terhadapnya dan dia dikasih oleh makhluk yang lain. Bila Allah dah bagi ehsan padanya, maka diberi hidayah padanya untuk ke Syurga Allah. Kalau tersasar nak buat dosa pun, Allah akan ingatkan balik maka kita akan berpatah balik. Moga-moga kita beroleh kecintaan Allah..aminnn

Jaga mata dari pandang sesuatu yang boleh merosakkan amal kita. Nak jaga pandangan ni bukan sesuatu yang mudah. Petua nak jaga mata kita, hendaklah banyakkan tengok kalam Allah. Tapi kalau Ramadhan pun tak baca quran, bulan2 lain apatah lagi. Berubahlah kita. Ouran jangan tinggal. Selain tengok Quran, mata ini hendaklah sering menangisi atas dosa2 yang pernah dilakukan.

6) Mereka yang banyak melakukan/mencetuskan kejahatan atau keburukan. Maka disebabkan kejahatan kita, telah menyebabkan orang2 yang berpuasa di sekeliling kita akan berkurangan pahala disebabkan kita. 

7) Orang yang tinggalkan fardhu Subuh. Dek dah penat berterawih dan bangun Qiam di tengah malam, Subuh pulak terlepas. 

Di akhir tazkirah, ustaz berpesan agar bersedekahlah kita. Belanjalah bukan mengikut keperluan kita tapi belanjalah mengikut keinginan Allah. Maka sedekah lah. Jangan kiranya kita di bulan Ramadhan, kita jadi tambah kedekut lagi. Belanjalah untuk urusan akhirat. Jangan jadi dermawan di bulan Syawal tapi tak jadi dermawan di bulan Ramadhan. Bagi duit raya di bulan Syawal itu hanyalah adat. Sedangkan sebaik-baik sedekah adalah yang kita sedekahkan di bulan Ramadhan. Maka rebutlah peluang.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment