Tepung Pelita Yang Asli

Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dah selamat buat kueh tempatan faveret iaitu Tepung Pelita. Tiba2 je terbuat tepung pelita tu ada sebab. Pagi tadi time tarik langsir, ternampak kat luar ada pokok pisang tumbang.

"Eh eh ngapa tumbang ek?", tertanya-tanya dalam hati. ""Angin kuat kot..." Jadi bila tengok banyaknya daun pisang dari pokok yang dah tumbang tu, dari membazir terus jadi teringat nak buat tepung pelita yang duk tangguh2 nak buat sejak puasa hari tu lagi.

Tunggu apa lagi, terus keluar ke laman ambik daun pisang yang dah siap terbaring tu, he he..

Jom tengok Tepung Pelita yang buat tadi.

-
Semua dah siap masuk peti-ais dah pun. Tunggu makan je la karang, akan dimakan sejuk2 InsyaAllah.

RESEPI TEPUNG PELITA 
Bahagian bawah, lapisan hijau:
(nota: saya doublekan sukatan sebab buat banyak, sukatan asal hanya ½ cawan tepung beras)
  • tepung beras 1 cawan
  • air daun pandan 4 cawan
  • secubit kapur makan

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur bahan untuk lapisan hijau. Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan 1 sudu kecil gula(menggunung/umbu) ke dalam sampan kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15minit. 

Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:
(nota: bahagian santan tak perlu di doublekan sukatan, dah cukup)
  • tepung beras 1/2 cawan
  • santan 2  1/2 cawan
  • garam 1/2 sudu kecil

Masak sekejap lapisan santan hanya sampai naik wap(bukan sampai mendidih) sebelum dituang ke atas lapisan hijau. Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Sangat mudah membuat tepung pelita. Rasa tepung pelita ini asli, rasa tepung beras tanpa ada rasa lain2 campuran tepung, digandingkan pula dengan aroma daun pandan dan daun pisang. Tepung Pelita kueh tempatan orang2 lama yang tak luput dek zaman. Meh kita pakat2 buat Tepung Pelita asli. Assalamualaikum wrt.


1 comment: