Bicara Soalnya Hati

Sedutan pengisian kuliah maghrib:

Dikatakan...
Kalau rasa letih bila lakukan kebaikan, maka letih itu akan hilang manakala kebaikan akan kekal. Sebaliknya kalau seronok melakukan keburukan, rasa seronok akan hilang tapi dosa keburukan akan kekal.

Banyak perkara yang berlaku pada mutakhir ini berpunca dari hati. Dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota. Jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota. Daging itu ialah hati.

Hati itu adalah raja segala anggota. Antara anggota yang memainkan peranan atas arahan rajanya termasuklah:
1) mata
Kalau hati rosak, apabila membuka mata di pagi hari tidak mampu melihat kebesaran Allah. Tidak timbul syukur dapat kembali membuka mata di pagi itu. Kalau raja baik, mata dapat melihat kebesaran Allah. Maknanya mata dapat berfungsi dengan baik.

2) telinga
...juga di bawah seliaan hati. Kalau hati elok, telinga nak dengar perkara2 yang baik, nasihat2 yang baik. Kalau hati tak elok,  orang bagi nasihat tak mahu dengar; masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hati kalau sudah gelap, satu apa pun tak masuk ----> baca quran tak mahu, dengar bacaan quran pun tak mahu.

Oleh itu, jangan main2 dengan soalnya HATI. Akhirat nanti, yang Allah nak pilih masuk ke Syurga-Nya adalah orang yang hatinya penuh kebaikan, yakni hati yang elok.

Hati ini peranannya besar. Allah tak melihat rupa paras kita, raja ke kita, berpangkat besar ke kita. Tidak.... Allah tak tengok itu semua. Yang Allah tengok ialah hati kita. Hati tempat tilik Allah.
Kalau kita betulkan niat kita, inshaaAllah hidayah Allah akan turun buat kita...aminn

Kita tak nampak apa yang di dalam hati orang yang datang ke masjid sekalipun. Hanya Allah Taala yang tahu. Kalau hati kotor, maka sia2 amalan baik. Hari ini, dunia tanpa sempadan.   Perbuatan hati diterjemahkan dengan hujung jari saja. Seru perkara2 fitnah menanndakan hatinya rosak. Kalau hati tak baik, telinga buat yang tak baik,  mengintai dengar yang tak baik untuk wujudkan kontroversi.

3) lidah
"Dulu2, orang nak sebarkan fitnah pakai lidah saja,"kata ustaz secara berjenaka. Tapi sekarang zaman internet, hanya guna jari wakil kepada lidah. Bertaubatlah kita.  Taubat: (1)menyesal  (2)azam dalam diri tak mahu buat lagi  (3)jangan ulang lagi dosa kita.
Jaga hati masing2. Buat checklist, ada tak hari ini kita sebarkan apa2 yang boleh mengelirukan orang lain.

Hati yang bersih ialah hati yang sentiasa ingat pada Allah. Orang yang hatinya bersih inshaaAllah akan mudah nak lafazkan kalimah syahadah ketika nak mati. Berdepan dengan kematian dan berdepan dengan azab kubur sangat sukar kalau hati tak bersih. Sama2 buka pintu hati kita mendengar nasihat. Hati biar bersih. Bersihkan hati. Penyakit hati sangat serius sekarang ini, menebal sangat.

Wallahu'alam.

Muliakan hari Jumaat

Sedutan pengisian majlis ilmu....

Persiapkan bekalan yang cukup untuk balik ke sana. Kena siapkan bekal supaya jika sampai masa Allah ambil nyawa kita, bekalan insyaaAllah ada...cukup atau tidak bekalan, wallahu 'alam.

Hari ini hari jumat. Muliakan hari Jumaat:
1)baca surah as-Sajdah dalam solat Subuh
2)baca selawat ke atas Nabi SAW
3)baca surah al-Kahfi
4)solat Jumaat
5)solat sunat
6)zikir
7)baca quran
8)wajib dengar khutbah
9)wangikan masjid
10)berjalan kaki ke masjid

Maksimum gunakan hari jumaat untuk ibadat. Orang yang meremehkan solat, maka dia orang yang meremehkan agama. Berdosa besar meninggalkan solat Jumaat.


Resepi Asas Roti Burger

Alhamdulillah agak kerap la sekarang saya buat roti burger. Habih je buat, habih je buat. Kira nya kalau ada stok roti burger ni, senang...boleh dibuat pelbagai roti bukan terhad untuk burger sahaja. Kadang buat roti telor, banjo, sapu margerin dan letak cheesedale. Kira banyak yang boleh di-variasikan dari roti asas ini.

Jom kita tengok resepi. Resepi ni dapat dari salah seorang rakan blogger masakan di alam maya ini. Tqvm Seri, jazakillah... semoga mendapat balasan yang baik...aamiinn

RESEPI ASAS ROTI BURGER

Bahan2nya:
* 250 gram tepung high protein/ tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 besar tepung susu
* 1 ½ sudu kecil yis
* 1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sedikit untuk gliss pd roti)
* 2 sudu besar butter
* 100 ml susu segar
* 60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara membuatnya:
Saya masukkan kesemua bahan bermula dengan bahan cecair di-ikuti dengan tepung, gula dan sebagainya ke-dalam Bread Maker (Empress Cosway) dan tekan menu nombor 8. Biarkan BM buat kerja. Bila berhenti, tekan sekali lagi biar uli lama sikit. 
Setelah selesai, biarkan doh naik dulu baru dikeluarkan dari BM dan bulat2 kan dan leperkan sedikit membentuk roti burger. Setiap doh roti seberat 65g setiap satu.. Tunggu doh naik dua kali ganda baru mula panaskan oven. Setelah panaskan oven selama 10minit baru disapukan gliss pada doh roti dan dibakar selama 13minit pada suhu 170'C. Alhamdulillah.

Jom buat sendiri roti burger. Berbeza luar biasa rasa roti dari yang beli ready-made kat kedai tu. Lebih sedap, lebih lembut...alhamdulillah. 

Dengar bacaan Al-Mathurat

Alhamdulillah, terbukti membaca al-Mathurat (di SINI) akan jadi lebih lancar tiap hari bila kita ulang baca sambil mendengar audio al-Mathurat. Cuba lah....InshaaAllah berkesan🌿

Puji dan Syukur

Sedutan pengisian ilmu Kuliah Maghrib:

Perbanyakkan taubat. Perbanyakkan amal soleh semasa kita masih hidup di dunia. Betulkan amalan supaya nanti bila kita bertemu dengan Allah, Allah terima taubat kita. Sering2 kita memuji Allah dengan mengucapkan dua kalimah ini....
Subhanallah hi wabihamdih
Subhanallah hil adzim

Amalkan kerana bila dah mati, dah tak dapat apa yang Allah tawarkan dari dua kalimah tersebut. Orang yang faham dia mampu menghayati ganjaran yang Allah tawarkan.

 Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua kalimah yang ringan pada lisan - yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan - di akhirat, dicintai oleh Allah Maha Pengasih, iaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahhil 'azhim."
Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.   (Muttafaq 'alaih)

Pernah posting pasal 'dua kalimah yang ringan di lisan tetapi berat sekali timbangannya di akhirat' ini di sini.(sila klik)


Dalam surah al-An'am ayat 43, firman Allah yang bermaksud: Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. {6:43}

Perjalanan hidup kita di dunia terbahagi kepada dua iaitu; jalan untuk ke Syurga dan jalan untuk ke neraka.
Maka bersungguh2 lah kita berbuat sebanyak mungkin amal soleh yang amat diperlukan sebagai bekal ketika di sana.

Renung2kan....
Firman Allah dalam surah al-A'raaf ayat 179, yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. {7:179}

Moga kita bukan manusia yang termasuk dalam golongan tersebut...ya Allah ampuni daku.

Dikatakan Imam Nawawi hanya makan 2 - 3 kali sahaja, selebihnya banyak beribadat kepada Allah SWT.

Kalau kita nak berubah jadi insan yang baik, makanya kena kurangkan lah berbuat apa2 yang tak beri manafaat kepada kita. Jangan kita tergolong dalam kalangan yang tak gunakan hati, mata dan telinga dalam melihat kebesaran Allah. Jangan kita tergolong di kalangan orang yang tak bersyukur dengan nikmat Allah.

Wallahu 'alam.


Doa Ketika Hujan


Alhamdulillah hujan turun sejak sebelum Subuh lagi. Teringat untuk berdoa. Moga hujan yang turun pagi ini turun beserta rahmat Allah...aamiin
------------------------
Doa ketika hujan turun

 - اللّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

Allaahumma sayyiban naafi'an
Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat.
(Ref:Al-Bukhari)
---------------------


Hakikat Insan


Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Orang yang selalu berselawat inshaaAllah mereka hidup dalam jiwa yang tenang. Hamba Allah yang tak jemu berbuat kebaikan akan istiqamah dengan selawat dan salam ke atas Nabi SAW.

Sesunguhnya tidak berlaku siang dan malam melainkan dengan izin Allah Taala. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari Allah. Bila manusia memahami hakikat ini, manusia tidak akan sombong dan tidak akan berkira untuk banyak2 menyebut nama Allah.

Apa yang akan berlaku esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan semua kita tak tahu. Betapa daifnya kita, betapa miskinnya kita..betapa kerdilnya kita seorang insan yang tiada apa. Diri kita, keluarga, harta benda yang ada satu pun bukan kita punya. Semua milik Allah. Apa yang kita rasa kita punya sekarang ini tidak lain hanyalah pinjaman semata. Semuanya sementara dan Allah boleh ambil balik bila2 masa saja.

"Hakikat kehidupan ini, hakikat kejadian diri kita ini..untuk apa tuan2?", tanya ustad dalam kuliah maghrib malam tadi.

Kita ini hamba Allah. Kekuatan berbuat baik adalah 'rezeki dari Allah.'  Dapat memberi khidmat yang baik buat keluarga adalah 'rezeki dari Allah.' Kekuatan itu bukan datang dari diri sendiri, semuanya dari Allah. Maka, kena sentiasa bersyukur. Semua dalam perkiraan Allah. Kita yang sihat hari ini tiada jaminan untuk kita di usia tua jika sakit, anak2 akan jaga kita. Kita yang dah besarkan anak2 hingga mereka dewasa, tiada jaminan di usia tua kita mereka tidak teragak2 menghantar kita ke rumah orang tua2. Dan di penghujung usia kita, tidak ada jaminan kita dapat mengakhiri nafas kita dengan kalimah syahadah...Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammaddarrasulullah...

Maka...
Baki usia yang ada ini mari lah kita membesarkan Allah dalam hati kita. Kita bergantung harap hanya pada Allah. Mudah mudahan Allah rezekikan kita IMAN. Mudah mudahan Allah rezekikan kita kekuatan dalam berbuat ibadah...aaminn ya Allah.

Renungkan firman Allah dalam Surah al -Asr, Demi Masa. Moga2 kita termasuk dalam golongan orang yang berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. Hakikat kehidupan, semua kita akan mati. Renungkan bait2 nasyid dari kumpulan Robbani, Pergi Tak Kembali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap insan pasti akan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baik kah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagi yang menerima nikmat, bila mati...akan diperluaskan kuburnya, dipakaikan dengan pakaian ahli Syurga. Sebaliknya bagi yang menerima azab, akan disempitkan kuburnya dan dipakaikan pakaian ahli neraka.

Ustad mengingatkan agar berwaspada, jangan kita termasuk dalam golongan anti hadis, golongan yang memperlekeh martabat ilmu dan alim ulamak, yang lebih memuliakan rumahnya berbanding rumah Allah, yang memuliakan gadjet2 duniawi berbanding al-Quran Allah. Awas, beringat2.

Jadi lah kita hamba yang sering bersyukur pada Allah. Mari menuju redho Allah. Hidup yang sementara ini, adakah perjalanannya sedang menuju ke Syurga Allah atau dikhuatiri sedang menuju ke Neraka Allah..nauzubillah.

Allah...tunjuki daku jalan yang lurus..ilhamkan daku untuk sentiasa melakukan kebaikan...aamiinn.




Perlu Sangat Berhati-hati Agar Tidak Terpalit Dengan Dosa

Bismillahirrahmanirrahim

Syawal hampir meninggalkan kita. Hari ini 29Syawal 1439H. Moga2 Allah rezekikan kita untuk dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan inshaaAllah...aamiinn

Selepas selesai sebulan menjalani kewajipan ibadah puasa di bulan Ramadhan, ustad berpesan agar kita semua terus istiqamah menjaga keberlansungan tutur kata dan perbuatan yang baik sebagaimana ketika kita di bulan Ramadhan. Kala itu kita sangat berhati-hati dalam percakapan dan tingkah laku kerana pengharapan kita pada matlamat agar ibadah diterima Allah.

Dalam tazkirah Ramadhan yang lalu hampir setiap malam diselitkan amaran supaya puasa kita bukan sekadar berpuasa menahan diri dari makan dan minum semata-mata malah harus berpuasa seluruh anggota badan dengan meninggalkan perkara2 yang boleh mendatangkan dosa. Mulut, mata, telinga, kaki tangan mesti ikut meninggalkan dosa dan maksiat. Namun sebagai hamba Allah yang sering alpa kita perlu berdoa agar mampu terhindar dari melakukan perkara yang tidak baik. Mesti perbanyakkan doa mohon sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Taala. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.

Dalam kuliah maghrib selepas Ramadhan, ustad memberi peringatan tentang perlunya kita untuk sangat berhati-hati di dalam percakapan mahupun perbuatan agar diri tidak terpalit dengan dosa. Harus di-ingat bahawa setiap yang baik walaupun sebesar zarah tidak akan terlepas dari buku catatan amal. Begitu juga sebaliknya, setiap yang buruk kita lakukan walaupun sebesar zarah tidak akan terlepas dari buku catatan amal. Allahu Akbar. Moga Allah kurniakan rahmat-Nya dan jauhkan kita dari azab siksa api neraka...

Wallahu a'lam.


Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang

Dalam tazkirah Ramadhan malam tadi, ustad memperingatkan untuk kita sering2 mengamalkan baca Penghulu Istighfar, pagi dan petang setiap hari.



Maksudnya:

Ya Allah... Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Aminn ya Allah

~~~~~~~~~~~~
Dari hadis riwayat al-Bukhari;

Daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga.



Daun Mengkudu Lapik Batu Tungku


Masa dalam pantang, para ibu seharusnya bertungku untuk pulihkan balik semangat lepas bersalin.
Ikhtiar cari masa dan rajin2 bertungku kerana banyak kebaikannya terutama kesan di kemudian hari. Kalau ikutkan memang rasa malas nak konsisten bertungku. Tapi kena ingat ianya baik untuk kita. Bertungku baik untuk memulihkan pengaliran darah dalam tubuh inshaaAllah. Hasil bertungku, akan dapat membetulkan balik kedudukan peranakan di samping pengeluaran susu badan akan superb lancar inshaaAllah.👍👍👍

Cara-cara menyediakan Batu Tungku:*batu yang digunakan yang terbaiknya batu sungai. Batu yang terendam dalam air sungai.

  • Bakar batu tungku selama 10minit.
  • Sementara tungku di atas dapur, petik daun mengkudu dalam 10 - 13 helai.

  • Susun berlapis2 daun mengkudu atas kain untuk balut batu tungku. Kain tu seeloknya dua lapis.
  • Tutup api dapur. Telangkupkan kain yang dilapik daun mengkudu tadi di atas batu tungku. Extra hati2 sebab batu tungku time tu tengah maksimum panas. 
  • Cetungkan batu tungku dengan kain tadi dan cepat2 ikat dengan perca kain.
  • Bila dah siap ikat, time ni kain batu tungku berasap2 panas. No worries, lapikkan dengan kertas surat  khabar semasa mula2 guna batu tungku untuk mengawal kepanasan.
Selamat bertungku. Hasil bertungku memang dapat disedari bila usia menginjak 40tahun ke atas. Kita di zaman ini memang tak mampu nak duduk atas pangkin yang dibawahnya ada bara api(berdiam) sebagaimana yang dipraktis orang di zaman mak2 kita dulu. Namun sekurang-kurangnya kita bertungku sebagai ikhtiar merawat diri.💪💪💪

Cara Buat Jeruk Kedondong

Assalamualaikum warohmatullah.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan buat seluruh muslimin muslimat. Moga puasa kita diterima Allah. Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dahaga malah puasa seluruh anggota badan; kaki, tangan, mulut mesti ikut berpuasa yakni tidak berkata yang tidak baik. Contoh: perlu menjaga mulut dan lidah agar tidak mengata orang, mengumpat dan memfitnah. Elakkan diri dari bertengkar dengan orang. 

Kata ustad dalam tazkirah Ramadhan, cuba lakukan ibadah sekuat mungkin dalam bulan Ramadhan ini. Manifesto yang Allah tawarkan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan2 lain. Di bulan ini ibadah fardhu dan ibadah sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda tidak seperti di bulan2 lain.. Niat melakukan ibadah kerana Allah Taala, maka inshaaAllah berjaya lah kita merebut apa yang Allah tawarkan..aamiinn.

Nak selitkan cara membuat jeruk kedondong yang tersangat sedap untuk dimakan selepas berbuka puasa.  Jeruk kedondong ini sering saya ulang buat sebab ada pokok kedondong kat laman. Jadi bila dah buah kedondong cukup masa untuk dipetik, hah dah boleh dibuat jeruk.

Alhamdulillah cara membuat jeruk ini asalnya dari arwah ibu. Ilmu bermanafaat ibuku yang pahalanya akan sentiasa mengalir inshaaAllah...aamiinn


CARA BUAT JERUK KEDONDONG

Bahan:
  • Buah kedondong 30 biji
  • Segenggam garam buku/kasar
  • Secawan - secawan setengah gula
  • Hirisan cili merah

Cara nak buatnya:
Kedondong dikupas kulit, basuh untuk hilangkan getahnya lalu diricih kecil. Rendam dalam air, tabur garam buku. Gaulkan, biarkan selama 2 jam(lagi lama lagi bagus). Selepas 2 jam, buangkan air garam lalu toskan kedondong hingga kering airnya. Elok ditoskan biar betul betul kering. Biasa saya toskan selama 2 jam. Okeh sesudah itu bolehlah dimasukkan kedondong dalam satu bekas bersih, ditaburkan gula rata2. Jangan ditambah masuk air sebab nanti kedondong akan keluar airnya sendiri. Biarkan sehingga hampir hilang butiran gula, baru ditaburkan hirisan cili merah. Alhamdulillah terlajak sedap kedondong ni, sila lah buat ya. Nak tukar buat jadi jeruk mangga pon  boleh guna cara menjeruk ni.😀👍

#NOTA:
Air lebihan jeruk kedondong jangan dibuang, campurkan dengan ketul2 ais, boleh dijadikan minuman jus jeruk istimewa👍👍


Hafal Nama-nama Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Jom kita hafal nama2 Allah.

Ya Allah
Ya Rahman - Yang Maha Pemurah
Ya Rahim - Yang Maha Penyayang
Ya Malik - Yang Merajai
Ya Quddus - Yang Maha Suci
Ya Salam - Yang Maha Sejahtera
Ya Mukmin - Yang Maha Memberi Keamanan
Ya Muhaimin - Yang Maha Memelihara
Ya ‘Aziz - Yang Maha Perkasa
Ya Jabbar - Maha Memaksa
Ya Mutakabbir - Yang Memiliki Segala Kesombongan
Ya Khaliq - Yang Maha Mencipta
Ya Bari’ - Yang Maha Mengadakan
Ya Musawwir - Yang Maha Membentuk Rupa
Ya Ghaffar - Yang Maha Pengampun
Ya Qahhar - Yang Maha Mengalahkan
Ya Wahhab - Yang Maha Memberi
Ya Razzaq - Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Fattah - Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat
Ya ‘Alim - Yang Maha Mengetahui
Ya Qaabidh - Yang Maha Penyempit Hidup
Ya Baasit - Yang Maha Melapangkan
Ya Khaafidh - Yang Maha Menurunkan Darjat
Ya Raafik - Yang Maha Mengangkat Darjat
Ya Mu’izz - Yang Maha Memuliakan
Ya Mudzill - Yang Maha Menghinakan
Ya Samiik - Yang Maha Mendengar
Ya Basiir - Yang Maha Melihat
Ya Hakam - Yang Maha Menetapkan Hukum
Ya Adl - Yang Maha Adil
Ya Latif - Yang Maha Lemah Lembut
Ya Khabir - Yang Maha Mengetahui(Berwaspada)
Ya Halim - Yang Maha Penyantun
Ya ‘Azim - Yang Maha Agung
Ya Ghofur - Yang Maha Pengampun
Ya Syakur - Yang Maha Berterima Kasih
Ya ‘Aliy - Yang Maha Tinggi Martabat-Nya
Ya Kabir - Yang Maha Besar
Ya Hafiz - Yang Maha Memelihara
Ya Muqit - Yang Memberi Makan
Ya Hasib -Yang Maha Menghitung
Ya Jalil - Yang Mempunyai Kebesaran
Ya Kariim - Yang Maha Pemurah
Ya Raqiib - Yang Maha Mengawasi
Ya Mujiib - Yang Maha Mengabulkan
Ya Waasik - Yang Maha Luas Pemberiannya
Ya Hakiim - Yang Maha Bijaksana
Ya Waduud - Yang Maha Pencinta
Ya Majiid - Yang Maha Mulia
Ya Baa’iht - Yang Maha Membangkitkan
Ya Syahiid - Yang Maha Menyaksikan
Ya Haqq - Yang Maha Benar
Ya Wakiil - Yang Maha Mengurusi
Ya Qawi - Yang Maha Kuat
Ya Matiin - Yang Maha Sempurna Kekuatan-Nya
Ya Wali - Yang Maha Melindungi
Ya Hamiid - Yang Maha Terpuji
Ya Muhsi - Yang Maha Menghitung
Ya Mubdik - Yang Maha Memulai/Pemula
Ya Mu’iid - Yang Maha Mengembalikan
Ya Muhyi - Yang Maha Menghidupkan
Ya Mumiit - Yang Maha Mematikan
Ya Hayy - Yang Maha Hidup
Ya Qayyuum - Yang Berdiri Sendiri
Ya Waajid - Yang Maha Menemukan
Ya Maajid - Yang Maha Memuliakan
Ya Waahid - Yang Maha Esa
Ya Ahad - Yang Tunggal
Ya Samad - Yang Maha Kekal, Yang Ditujui
Ya Qadir - Yang Maha Kuasa
Ya Muqtadir - Yang Mencipta Segala Kekuasaan
Ya Muqaddim - Yang Maha Mendahulukan
Ya Muakhkhir - Yang Mengakhirkan
Ya Awwal - Yang Maha Permulaan
Ya Akhir - Yang Maha Penghabisan
Ya Zohir - Yang Maha Menyatakan (Bukti)/Yang Zahir
Ya Batin - Yang Maha Tersembunyi
Ya Wali - Yang Maha Menguasai Urusan
Ya Muta’aali - Yang Maha Luhur
Ya Barr - Yang Berbuat Baik
Ya Tawwab - Yang Maha Penerima Taubat
Ya Muntaqim - Yang Maha Menuntut Bela
Ya Afuw - Yang Maha Pemaaf
Ya Ra'uf - Yang Maha Belas Kasihan
Ya Malik-ul-Mulk - Yang Menguasai Kerajaan
Yal Jalali-Wal-Ikram- Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
Ya Muqsit -Yang Maha Adil
Ya Jamik - Yang Maha Mengumpulkan
Ya Ghoni - Yang Maha kaya-raya
Ya Mughni - Yang Maha Pemberi Kekayaan
Ya Manik - Yang Mencegah
Ya Dhar - Yang Membahayakan
Ya Nafi’ - Yang Memberi Manfaat
Ya Nur - Yang Mencipta Cahaya
Ya Hadi - Yang memberi Petunjuk
Ya Badi - Yang Tiada Tolok Bandingnya
Ya Baqi - Yang Maha Kekal
Ya Warith - Yang Maha Mewarisi
Ya Rasyid - Yang Maha Pandai
Ya Sabur - Yang Maha Sabar

Alhamdulillah
InshaaAllah boleh hafal... aaminn

Sebut Dengan Betul Bila Bagi Salam.

"Sama2. Selamat mlm. Salamualaikum wbt."

Itu akhir whatsapp dari seorang teman malam tadi. Saya yang menerima terus terkesima bila membaca ucapan salam yang diberi.

Dari apa yang saya dengar dari tazkirah ustad, perkataan salam ini perlu disebut betul2 iaitu Assalamu'alaikum. Kita tak boleh ucap salam ikut selesa mulut contoh begini: Semekom, Sekom, salamualaikum dsb. Ucapan salam mesti jelas dan terang sebutannya bermula dari sukukata "as". Sebutan yang betul InshaaAllah meraih pahala.
Wallahu a'lam.

Jom bagi salam dan rebut pahala inshaaAllah sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Dari Imran bin al-Hushain radhiallahu'anhuma. katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu ia mengucapkan : Assalamu'alaikum. Kemudian beliau s.a.w membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: "Sepuluh", maksudnya pahalanya dilipatkan sepuluh kalinya.

Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w lalu membalas salamnya orang itu, lalu duduk lagi: "Duapuluh."maksudnya pahalanya dilipatkan duapuluh kali.

Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kemudian beliau s.a.w membalas salam orang tersebut, lalu duduk terus bersabda: "Tigapuluh," maksudnya pahalanya dil
ipatkan tigapuluh kali.


(Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).


Moga Allah memberi taufiq dan hidayah Nya buat kita semua..amiinn


Doa di bulan Rejab

Bismillahirrahmanirrahim

Para ustaz ulang mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allah humma bariklana fi rojabin wa syaabana wabalighna ramadhan...

yang bermaksud:


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." 

Moga Allah mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan kali ini. Ada yang Allah rezekikan dapat melalui Ramadhan yang telah berlalu namun takdir Allah telah menetapkan ada yang tidak berkesempatan untuk dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang kerana diri telah terlebih dulu dijemput pulang ke rahmatullah. 

Mari latih diri kita. Latihlah diri kita di bulan Rejab untuk:
  • lebih dekat dengan masjid
  • banyak mengaji Quran, 
  • sering beristighfar
  • berpuasa sunat
  • solat2 sunat terutama Solat malam
  • banyak bersedekah

Hiasi diri kita dengan ibadah sepanjang hari bermula bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menuju Ramadhan inshaaAllah.

Cara Mudah Buat Hash Brown

Assalamualaikum

Tadi breakfast apa ya? Kadang kita duk pikir2 kan, nak buat apa la untuk bekfes.... Hah! Apa kata buat hash brown for breakfast esok. Kena cari hari ni la bahan2 nya ya kalau nak buat untuk esok.

Okeh...mudah sangat nak buat hash brown ni. Kalau kita beli yang ready-made kat hypermarket tu, kadang boleh pecah2.. kannn.. time goreng. Pastu yang pentingnya, kita tak pasti macamane ceriter cara penyediaan hash brown ready-made tu.. Biasa la, penyakit was was adakala bertamu dalam hati kalau beli barang makan yang dah siap ni..he he
Kalau saya, bila timbul was was, terus tak jadi beli.

Jom tengok cara mudah nak buat sendiri hash brown ni. Sangat mudah dan hasilnya alhamdulillah, banyakkk dapat..he he..
💗Tunjukcara dan gambar: kredit buat anakku Iman💗



RESEPI HASH BROWN 
Bahan :
Kentang 5 biji
1 labu bawang merah (bawang merah besar)
1 biji telor
2sudu besar tepong gandum
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Kentang dikupas kulit dan diparut.
Kemudian perahkan airnya. Kalau tak diperah air kentang, tak jadi hash brown; akan over lembik.

Okay bila dah siap kentang, parutkan pula bawang merah besar tu.  Kemudian dah boleh campurkan kesemua bahan. Kacau2kan serata.

Leperkan adunan dan goreng dalam minyak yang separa tenggelam hash brown agar masak elok.


Hepi breakfast tomorrow. Sedap dimakan begitu saja. Nak tambah sedap, makan dengan mayonis/sos. Alhamdulillah.

Buat Ayam Percik Pakai Periuk Ajaib

Alhamdulillah, senang sungguh nak buat ayam percik pakai periuk ajaib.
Periuk ajaib yang ada ni hadiah dari anaknda. Alhamdulillah tenkiu kak. Mama selalu guna. So tiapkali mama guna periuk ajaib ni inshaaAllah pahala mengalir buat kakak😍

Buat percik pakai periuk ajaib ni memang cepat dan mudah. Tempoh memasaknya singkat, kejap je siap. Hasil nya ermmm... alhamdulillah... superbbbbb👍👍👍👍
Cara buat percik ayam ni ikut resepi asal di sini cumanya ayam mestilah di bakar masak terlebih dulu
I
....sebelum dicurahkan kuah percik di atasnya. Salut dua tiga kali kuah percik pada ayam untuk lebih rasa umph! He he...

Ini resepi ayam percik saya sejak dulu...

Resepi Ayam Percik Kelantan

  • Setengah ekor ayam (dijadikan 2 keping besar /dipotong kecil) di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering
  • *sedikit santan untuk direnehkan sekejap dengan ayam
  • 1 cawan santan pekat untuk kuah percik(kalau guna santan kotak, 1 kotak santan KARA + sedikit air)
  • manisan/gula melaka *
  • garam
  • satu sudu besar tepung beras bancuh dengan 2sudu besar air untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping

Caranya:

  1. Ayam yang diperap, direnehkan sekejap dalam sedikit santan. Bila santan nampak menggelegak, balikkan ayam. Selepas beberapa saat tutup api.
  2. Panaskan periuk ajaib kemudian titiskan sedikit minyak sebelum mula membakar ayam. Setelah itu, bakar ayam sehingga masak.
  3. Sementara ayam masak, masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + bancuhan tepung beras Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Bila ayam sudah dibakar sempurna, salutkan ayam dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ayam yang satu lagi. 
  6. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ayam bakar dua tiga kali.
  7. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ayam percik dengan nasi nanti.
Jom percik hari ni. Sangat berselera makan nasi lauk ayam percik... Sekian😄😄