Cara Buat Laksam



Alhamdulillah sampaikan hajat cik suami nak makan laksam. Dah dua tiga kali sebut teringat nak makan laksam, katanya. Ya lah kali terakhir makan laksam hari tu semasa kami balik ke Kelantan sebelum PKP kembali bermula. Selepas daripada tu dah tak boleh rentas negeri lagi. Moga keadaan dukacita ini segera berlalu, moga wabak penyakit yang merbahaya ini berlalu pergi inshaaAllah..Aamiinn

Mudah sebenarnya buat Laksam ni. Dah la kos nya pun murah. Namun hasilnya sedap dan mengenyangkan alhamdulillah. 

Jom kita sering2 buat LAKSAM. Jom tengok macamana cara membuat ya. 




RESEPI LAKSAM KELANTAN


Bahan2nya:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi(tapioca) 

5 cawan air suam

sedikit garam


Cara membuatnya:

Satukan kesemua bahan, kacau biar sebati. Tapis. 

Panas kan periuk pengukus. Sediakan dua tudung periuk untuk senang gilir2. Sapu tudung periuk dengan minyak masak. Letak kan dalam kukusan. Tuang satu senduk atau lebih adunan ke atas tudung periuk. Masak dalam 5minit gitu sehingga nampak adunan menggelembung di beberapa bahagian. Dah boleh angkat. Buat yang sama untuk tudung periuk satu lagi. Laksam yang dah masak tadi boleh lah di gulung, nak mudah gulung pakai pisau kek plastik👍


Untuk buat Kuah Laksam

Bahan2nya:

• 5 ekor ikan pelaling  direbus

(simpan air rebusan ikan) 

• 2 biji bawang merah besar (saiz sederhana) 

• sedikit halia

• 9 biji lada hitam ditumbuk 

• 1 kotak kecil santan Kara + air secukupnya

• garam , gula

•1 asam keping


Blender bawang, halia dan isi ikan rebus, dengan sedikit santan. Tulang ikan rebus pula blender dengan air rebusan ikan, lalu ditapis untuk diguna air nya. 

Satu kan kesemuanya ke dalam periuk, masak sambil selalu di kacau2 hingga mendidih. Tambah kan asam keping, garam dan gula.  Kuah laksam yang guna ikan fresh sangat wangi bau kuah nya.. Alhamdulillah. 


Sambal Lada

Cili kering

Garam

Belacan

Sedikit perahan limau nipis

Sedikit minyak

Cara: masak kesemuanya hingga hampir kering air cili kering.


Ulam untuk di makan bersama laksam:

Timun batang

Daun kesum

Taugeh

Kacang panjang

Kesemuanya dihiris halus kecuali timun batang dihiris mancis. 


Sekian wassalam. 











No comments:

Post a Comment