Ini lempok yang buat minggu lepas:
Okeh, berbalik pada kisah buat lempok hari ini, dapat beli durian Batu Kurau yang jiran jual, alhamdulillah dapat harga borong rm70. Banyakkkk...dapat hadiah 2bijik lagi free..ehe..he..
Alhamdulillah..
Jenuh la nak mengupas. Sebab itu mengupas durian nya semalam, hari ni baru kacau lempok.
Jom tengok cara buat lempok.
Bahan²nya:
- Ulas² durian (dikupas ¾ dari keseluruhan, ¼ dibiarkan bersekali dengan biji² durian. Perlu ada ulas² durian yang tak dikupas untuk menyedapkan lagi rasa lempok dari aroma biji² durian)
- Gula dalam ½ mangkuk (kurangkan/lebihkan ikut sesuai rasa dan tengok pada berapa banyak isi durian)
- Garam dalam satu sudu kecil paras.
Cara memasaknya:
Kacau hingga seghing/hampir kering...sampai biji² durian licin berkilat dan boleh di ambik keluar tanpa terlekat².
πππππ
60% siap |
90% hampir siap |
Sangat sedap lempok ni. Memang berperisa dan tak jemu dimakan zaman berzaman. Harga lempok pun berganda mahal dari harga dodol dek bahan yang digunakan hanya durian semata, tiada campuran tepung. Ada juga kabarnya yang tambah masuk tepung sikit, tapi selama yang saya tahu lempok yang bermutu hanya 'kacau" durian sahaja bersama sedikit gula dan garam.
*boleh tengok pautan link posting LEMPOK DURIAN terdahulu yang dah capai hampir 13k pageview...sila klik
Jom cuba buat sendiri Lempok Durianπ
Sekian wassalam.
Memang sedap dan rasa premium. Sila cuba buat sendiri ya. TQ
ReplyDelete