Setiap nikmat akan ditanya. Makin banyak nikmat, makin banyak yang akan ditanya.
Nikmat itu sesuatu yang menyeronokkan, yang menyedapkan, yang membuat kita rasa suka. Contoh tidur, tidur itu suatu nikmat. Tidur pulak dalam aircond, atas tilam tebal maka lagi lah terlebih rasa nikmatnya. Jika tidur itu nikmat yang hanya untuk dunia, ia tak menjadi pahala.
Namun jika nikmat itu bawa kepada akhirat maka ia menjadi pahala dan untung di akhirat. Oleh itu cari lah dunia untuk akhirat.
Contoh 1: suruh anak tidur awal untuk bangun solat subuh. Bukannya suruh tidur awal untuk bangun pergi sekolah atau untuk pergi kerja. Jadi bila niat tidur kita untuk dapat bangun solat subuh, maka tidur anak dan tidur kita adalah untuk akhirat.
Contoh 2: Beli kereta bukan untuk bermegah-megah tapi niat agar dapat guna untuk pergi solat berjemaah di masjid, untuk ziarah saudara dan hubung silaturrahim.
Banyakkan rasa syukur kita atas segala nikmat. Zahirkan syukur dengan memperbanyakkan buat Sujud Syukur..
Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan kerana memperoleh sesuatu nikmat atau terselamat daripada sesuatu bencana. (Rujuk: Hasyiyah Qalyubi wa ‘Umairah, 1/208).
~~~~~~~~~~~~
Hadith Nabi S.A.W daripada Abu Bakrah R.A:
Maksudnya: “Adalah Nabi S.A.W ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah S.W.T”.
Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.
Cara Sujud Syukur
- Mulakan dengan niat untuk melakukan sujud syukur.
- Bertakbir seperti takbiratul ihram dengan mengangkat tangan.
- Bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan tetapi untuk turun sujud.
- Sujud sekali seperti sujud di dalam solat. ...
- Bangun daripada sujud dalam keadaan duduk seperti dalam solat dan beri salam.
Sebagaimana firman Allah di dalam
Surah Ibrahim, ayat 7, bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
Wallahu'alam.
Perkongsian Ilmu yg baik..
ReplyDeletesgt bermenafaat..
Terima kasih..KakTi.😘
Maka,nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu hendak dustakan?
semoga kita menjadi di kalangan orang2 yang bersyukur..seperti kisah Umar al-Khattab beliau berkata "aku ingin menjadi dari golongan orang yang sedikit", sahabatnya bertanya "siapakah golongan orang yg sedikit", Umar berkata "ianya adalah golongan org yg bersyukur"
ReplyDelete