Alhamdulillah Karnival Masjid Assalam Bukit Sentosa selama 2 hari berlangsung dengan jayanya.
Banyak acara... ada taman permainan gelongsor raksaksa bagi anak², ada acara street soccer, sepak raga bulat, pertandingan hafazan dan azan, mewarna, mengukir buah tembikai, pameran pusat sains negara, bas bergerak bomba, booth daripada kwsp, perkeso, mphs, tabung haji, perodua, pdrm, juara travel, mitsubishi, persembahan inteam secara live, ada dj tersohor fbi(faizal Ismail), cabutan bertuah, gerai² jualan makanan dan minuman termasuk ada gerai FAMA jual buah buahan dan hasil pertanian.
Malam hari pertama tu ada majlis maulud dan qasidah dari team darul quran. Sangat asyik mendengarnya..alhamdulillah.
Selepas Subuh pagi kedua, ada acara Zikir Walk sejauh 2.5km. En suami ikut turut serta berjalan beramai² saing dengan hj Ram, hj Kamal dan ustad Shahmie.
Anak menantu dan cucu² semua balik, join memeriahkan suasana karnival. Perjalanan karnival jom ke masjid sempena 20tahun Masjid Assalam Bukit Sentosa sangat happening, berlangsung dengan begitu meriah dan sempurna dengan izin Allah. Tahniah tuan Nazir serta team petugas Masjid Assalam Bukit Sentosa. ALHAMDULILLAH.
Terbaik masjid As Salam.!! masjid2 lain patut adakan karnival2 sperti ini juga..sgt bermanfaat buat semua lapisan masyarakat dan seisi keluarga..good!
ReplyDeleteMeriah & happening. Boleh d jadikan program tahunan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteprogram yg sangat baik dan bermenafaat.
Terbaik!!..👍🏻