Cara Membuat Tepung Pelita


Alhamdulillah semalam beriftar dengan Tepung Pelita. Nikmatnya dapat makan tepung pelita, kueh warisan yang sangat saya suka sejak dulu2 lagi.

Nak kongsi cara membuat Tepung Pelita, langkah demi langkah. Dah pernah dulu post pasal tepung pelita dalam matahati. Entri dulu, Tepung Pelita Yang Asli ada di sini. Sangat mudah sebenarnya nak buat tepung pelita cumanya kalau nak lagi singkat masa, elok buat bekas/sampan tepung pelita sehari sebelum hari nak memasaknya. Lagi cepat siap.

Okeh, jom kita tengok macamana cara nak membuatnya. Resepi ini saya guna dari sejak mula2 belajar buat sendiri tepung pelita.

RESEPI TEPUNG PELITA 
(inshaaAllah boleh dapat 37 - 40 biji tepung pelita bergantung pada saiz sampan tepung pelita) 

Daun pisang dilayur atas api dapur gas kemudian potong empat segi tepat lebihkurang 4 x 7 inci. 
Lapiskan tiga helai untuk setiap satu sampan untuk elakkan kebocoran. Lipat di kedua2 hujung dan stepler. Buat sehingga habis. Kalau tak cukup daun pisang boleh lah guna bekas plastik yang buat dadih tu, lapik bekas dengan keratan daun pisang agar tak hilang aromanya.

Bahagian bawah, lapisan hijau:
(Saya doublekan sebab buat banyak, sukatan asal hanya½ cawan tepung beras)
  • tepung beras secawan
  • air daun pandan 4 cawan(mesin 7 helai daun pandan dengan secawan air, setelah itu tambahkan air untuk cukupkan 4 cawan)
  • Tambahkan sedikit pewarna hijau (jika suka) 

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau.  

Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan satu sudu kecil gula(umbu/menggunung) ke dalam setiap sampan. Jika sampan besar, lebihkan gula. 

Kemudian baru dituangkan campuran lapisan hijau tadi sebanyak 1/3 penuh.


Kukus selama 15minit. 

Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:
(Bahagian atas ni tak perlu doublekan sukatan, dah cukup inshaaAllah)
  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2   1/2 cawan
  • garam setengah sudu kecil

Panaskan sebentar bancuhan santan, air, garam dan tepung beras. Masak hanya sampai naik wap, tutup api. Kacau biar serata. Lapisan santan harus terasa masinnya. Tuang ke atas lapisan hijau.

Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Alhamdulillah selesai.  Tepung Pelita enak dimakan selepas disejukkan beberapa jam dalam peti ais. 

Rasai tepung pelita yang asli..berbeza rasa yang beli kat kedai dengan yang buat sendiri.. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment