Dapat Memegang Kaabah, Dapat Berdoa di Pintu Kaabah


....bersambung dari SINI


Alhamdulillah.. Pagi Isnin 11/11/19, saya orang kedua keluar  bersendirian ke masjid selepas Sha keluar. Anak saya pula keluar dengan Laila selepas saya. Semua tak dapat nak tunggu pergi serentak sama2 sebab masing2 kena take turn masuk ke bilik air.

Saya dengan konfidennya pergi sendiri sebab memang otw ke masjid berpusu-pusu penuh dengan orang ramai. Waktu itu jam di dinding masjid menunjukkan pukul 2.40 pagi. Walau laluan ke masjid sudah agak sibuk dengan ramainya orang ketika itu namun saya tetap berhasrat untuk buat Tawaf Sunat pagi itu.


Buat Tawaf Sunat yang terakhir untuk perjalanan umrah kali ini. Alhamdulillah berkat satu tekad yang tersemat, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan langkah di perantara lampu hijau dan sudut 90 darjah Hajarul Aswad dengan niat, "sahaja aku mengerjakan Tawaf Sunat sebanyak Tujuh Pusingan kerana Allah Taala"

Saya nekad berjalan seorang diri dengan mengirikan bahu kiri melawan arus jam. Dalam hati berserah diri pada Allah  Taala, mohon Keampunan atas segala dosa samada yang sengaja mahupun tidak sengaja, mohon ampun atas dosa2 yang lalu, yang sekarang mahupun yang akan datang... Hanya pada Mu ya Allah aku memohon....

Tawaf sebanyak tujuh pusingan tidak mengambil masa yang lama sebab garisan tawaf saya agak hampir dengan Kaabah.
Selesai Tawaf Sunat saya tidak terus keluar untuk solat sunat Tawaf sebaliknya cuba menghampiri Kaabah. Ya Allah berdebar-debar rasa hati bila terasa bagai dilorongkan terus ke arah kaabah tanpa halangan. Alhamdulillah tapak tangan terus dapat didekatkan dengan dinding Kaabah. Allahu.. saya dapat menyentuh dan memegang Kaabah.. Allah Allah...Alhamdulillah Alhamdulillah.
Alhamdulillah.





Agak lama saya di situ tidak berganjak, berdoa minta pada Allah minta apa sahaja yang terlintas di fikiran. Ada insan2 lain di kiri kanan saya, semua kelihatannya meletakkan dahi dan kedua2 tapak tangan di dinding kaabah.

Tak lama kemudian, saya kembali mengelilingi Kaabah hinggalah berjaya sampai sekali lagi betul2 di hadapan pintu kaabah dalam jarak  1. 5m. Berhenti di situ, Alhamdulillah tidak ada yang menolak-nolak saya dari situ. Di kiri kanan saya dua muslimat juga sedang khusyuk berdoa. Alhamdulillah dengan izin Allah berdiri tetap di situ hampir 45minit... di depan pintu kaabah. Gugur airmataku menangis sambil berdoa mintak Allah pilih lagi saya untuk dapat datang lagi ke sini. Ya Allah pilih lah lagi hamba untuk dapat datang lagi ya Allah...rezekikanlah lagi diriku menjadi tetamu Mu ya Allah. Aku mahu ya Allah. Sedih sungguh rasa ketika itu....




Setelah hampir nak masuk waktu Subuh, baru lah saya perlahan2 meninggalkan pintu Kaabah sambil beberapa kali berpaling memerhati dan memerhati lagi kain dan rupabentuk kaabah. Saat sebelum Subuh di depan kaabah dirasakan amat bermakna sekali kerana saya berseorangan di sini di celahan ribuan manusia...Subhanallah..

Jam di  Safwa Clock Tower menjadi saksi, menunjukkan pukul 6. 00 pagi di saat saya tinggalkan Masjidil haram Subuh itu dengan satu kepuasan...ada kenangan terindah  pagi itu....dapat memegang kaabah, dapat berdoa di pintu Kaabah.. dengan aman, tenang, tiada berlaku tolak menolak.. Allah hu Rabbi... ALHAMDULILLAH
Ya Allah kurniakan lah daku umrah yang mabrurroh ya Allah... Aamiinn


...ada sambungan di SINI

No comments:

Post a Comment