Malam Yang Terakhir di Mekah Mukarramah

Bismillahirrahmanirrahim
....sambungan dari SINI

Malamnya hari Ahad 10/11/19 itu, saya berseorangan ke masjid. Sengaja nak bersendirian kerana itu malam terakhir saya di Masjidil Haram dalam perjalanan 5hari di kota Mekah ini.

Selepas solat Maghrib, alhamdulillah terus masuk ke dataran kaabah buat Tawaf Sunat. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah menyelesaikan tawaf sunat sebanyak 7pusingan. Kemudian saya ke tempat air zam-zam, minum lalu mencari ruang untuk solat sunat tawaf. Terus tetap di situ sementara menunggu masuknya Isyak. Duduk di kiri kanan saya semua orang asing, tiada yang saya kenal. Tapi kelihatan baik2 belaka, murah dengan senyuman dan pakat memberi ruang untuk saya bersolat.  Alhamdulillah masjidil haram menghimpun ribuan umat Islam dari serata alam. Ukhwah dan silaturrahim terjalin sesama saudara Islam tanpa mengira asal dan keturunan.

Usai Isyak sambil berjalan keluar dari masjid, buat kenang-kenangan saya ambil peluang capture suasana di sepanjang laluan sehingga lah sampai ke eskelator hotel.










Alhamdulillah di bilik hotel ada siaran tv yang menyiarkan paparan live Dataran kaabah. Jadi boleh sentiasa tengok kaabah. Sesungguhnya dataran kaabah tak pernah sepi dari orang ramai. Sentiasa ada saja orang yang sedang melakukan tawaf walau pun di saat itu biasanya orang sedang berehat di tengah malam.  Menjelang Subuh jemaah semakin bertambah dan terus bertambah. Berduyun-duyun dilihat memenuhi dataran kaabah.  Subhanallah.


...bersambung di SINI

No comments:

Post a Comment