Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah
Dengan izin Allah Alhamdulillah daku dan en suami sekali lagi Allah rezekikan dapat mengerjakan Umrah pada 8/1/23 - 20/1/23.. Syukur ya Allah atas rezeki dapat kembali menjadi tetamu-Mu.. Redhai daku ya Allah, moga umrahku kali ini Maqbul...aamiin amin ya robbal alamin.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ
LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa shariikalakalabbaik,
LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa shariikalakalabbaik,
'innal-hamda, wanni'mata,
laka walmulk,
laa shariika laka.
Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.
Al-Bukhari, Muslim 2/841.
Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.
Al-Bukhari, Muslim 2/841.
~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah perjalanan umrah kali ini melalui pakej TA Andalusia dibantu mutawif Ustad Idham Syuhadam dengan menaiki penerbangan MAS, masuk Mekah dahulu. Bermakna daku mengerjakan umrah terlebih dulu kemudian selepas 6 hari di Mekah baru lah berangkat ke kota Madinah melakukan ziarah. Ya Allah selama 3 tahun ini daku sentiasa rindu untuk dapat lagi mengunjungi junjungan Nabi Rasulullah SAW. Syukur alhamdulillah terimakasih Allah. Assalamualaika ya Rasullah.💌
Mekah dan Madinah waktu itu ada masanya cuaca sangat sejuk. Sebab nya sekitar januari hingga februari sememangnya di sana musim sejuk. Lebih-lebih lagi di Madinah, sejuknya boleh mencapai 14°C terutamanya di waktu petang hari dan awal pagi. Jadi sebelum Subuh jika tidak sempat masuk ke dalam masjid (bilamana pintu masuk dah disekat) dan terpaksa solat di dataran(di luar masjid) aduhai...maka tersangat lah terasa sejuknya. Walaupun dah pakai inner jubah dan ditambah dengan jaket di luar jubah, masih sangat terasa dinginnya.
Alhamdulillah... Mesti seronok disana ye kak.. Doakan juga kami akan kesana menjadi tetamu Allah segera. Aamiin ya Allah..
ReplyDeleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ...Syukron nila
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMabrook
Semoga dikurniakan umrah maqbullah
Kami pun baru pulang 17/2/2023
Semoga Allah jemput lagi untuk mengerjakan haji / umrah selagi hayat dan kudrat ada
In Shaa Allah
Allahumma Aamiin
❤️
Moga kita sume dapat menjadi tetamu Allah lagi sue InshaaAllah..
Deleteآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ