Perjalanan Umrah 12 Hari

Bismillahirrahmanirrahim


Saja nak throwback😘
Genap setahun berlalu saat pergi buat Umrah 8Januari - 20Januari 2023 bersama group yang dibimbing oleh Ustad Idham Syuhadam melalui pakej TA Andalusia Travel. Ada tulis di SINI tempohari. Umrah kali ini tak duduk Safwa, Allah rezekikan trip kali ini menginap di Makkah Tower yang jarak dalam 60m ke dataran Kaabah. 

Kenangan manis terpahat di ingatan saat mula keluar untuk solat Subuh di dataran Masjidil Haram. Baru saja sampai Makkah, kenal sangat pun belum lagi dengan rakan² sebilik, namun kami berlima tetap bersama² dalam kumpulan keluar bilik dan turun lif menuju ke dataran untuk Solat Subuh.

Di hening pagi, sungguh sayu menahan sebak bila dengar laungan azan di tanah suci. Allahu...terimakasih ya Allah atas jemputan-Mu dapat datang lagi ke Makkah. Alhamdulillahi Robbil Alamin.

Sempena permulaan tahun baru 2024, nak kisahkan sedikit travelog umrah yang berlaku di awal tahun lalu buat kenang-kenangan.
8Januari23 Ahad
Bertolak dari rumah bersama ahli keluarga ke KLIA. Berkumpul dengan ahli kumpulan dari group TA Andalusia, selesaikan urusan check- in dan mendengar taklimat dari para mutawif.
Terbang menuju ke Makkah untuk melakukan umrah dengan doa dan harapan agar Allah Taala terima dan permudahkan urusan ibadah ini.

9Januari23 Isnin
Sampai di Jeddah pukul 10 malam dan terus menaiki bas ke Makkah. Berada di dalam ihram, daku semampunya cuba berjaga² dalam tindakan dan percakapan. Pagi tu solat Subuh di dataran sahaja, belum masuk masjid.

Berkumpul dan dengar taklimat Ustad Idham sebelum semua sama² berjalan ke masjidil haram untuk melakukan Tawaf. ALLAHU..terpaku sejenak takkala mata memandang Kaabah.   
الله أكبر   
الله أكبر
الله أكبر 
Alhamdulillah syukur ya Allah, daku dapat lagi ke sini. Terima Kasih Allah. Turun escalator menuju dataran Kaabah. Bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin. Selesai tawaf buat solat sunat tawaf kemudian minum air zam zam. Lalu bergerak ke laluan Mas'a untuk buat Saie. Berulang alik Bukit Safa - Bukit Marwah sebanyak 7x. Selesai Saie, bergunting.. maka selesai sudah Umrah daku alhamdulillah. Moga Allah kurnia umrah yang maqbullal buat kami semua InshaaAllah...aamiinn

10Januari23 Selasa

Berpagi² Tawaf Sunat wif kak Rokiah sebelum Subuh
Sempat bacakan kiriman doa anak² dan kawan² .
Alhamdulillah Azan pertama 4.48, kemudian berkumandang azan Subuh 5.47

Hari itu kami melakukan ziarah ke kawasan sekitar mekah termasuk lah bas melalui tempat pekhemahan Muzdalifah, Mina dan Arafah. Kemudian singgah ke Jabal Rahmah yang dalam sejarah dikatakan menjadi tempat titik pertemuan  antara Adam dan Hawa. Dan Nabi SAW dikatakan menyampaikan khutbah terakhirnya di sini, usai mengerjakan haji. 



Kemudian kami ke Masjid Jaranah untuk bermiqat umrah kedua. Ustad cadangkan kami buat umrah kali ini dengan menaiki skuter. Ramai juga yang menyahut cadangan ustad dan ada juga yang prefer nak teruskan umrah dengan berjalan kaki. Itu yang lebih afdal sebenarnya tapi jika berhajat nak buat umrah dengan berkenderaan, hukumnya harus.
Hari tu kami naik skuter seat berdua dengan bayaran rm115 untuk setiap seorang. 
Alhamdulillah selesai sudah kami mengerjakan umrah kedua dengan menaiki skuter. 

Terus tunggu solat maghrib. Selepas solat, buat tawaf sunat seorang diri. Usai tawaf, just nice masuk waktu isyak. Selepas dah settle solat isyak barulah perlahan² dalam sesak orang ramai berjalan balik menuju hotel. Rasa nak rebah. Penat, flat terus malam tu..lepas bersihkan diri terus tidur.

11Januari23 Rabu
Bebas dengan aktiviti sendiri hari tu. Jadi saya berhajat ambil peluang itu untuk berulang alik ke Masjidil haram, niat beriktikaf dalam masjid. InshaaAllah kata ustad beribadat di Masjidil Haram berganda pahalanya 100,000 kebaikan berbanding solat di tempat lain..
Subhanallah!
Terimalah ibadah kami ya Allah..

Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100,000 (seratus ribu) solat di tempat lain.”

Riwayat al-Bukhari (1190)

.....................................

Alhamdulillah pagi² sebelum Subuh sekitar jam 3.30 dah turun ke dataran kaabah buat tawaf sunat dengan kak Rokiah dan kak Jijah. Allahu dapat berdoa lama² di tebing Hijr Ismail.  Dapat pegang kaabah. Dapat berdoa lama di tepi Hijr Ismail. Kami bertiga  dengan gigih cuba menghampiri kaabah dan  alhamdulillah berjaya dengan izin Allah meletakkan tapak tangan kami para warga tua ini di dinding kaabah. Beriktikaf di Masjidil Haram sampai lah masuk waktu Subuh.

Dalam pada itu selitkan juga masa keluar bersama en suami pergi berjalan² di kedai berhampiran hotel. Dapat lah beli tasbih kayu kaoka, minyak wangi dan jumpa jubah yang cantik untuk anak menantu. En suami sendiri pun sempat shopping 2 helai jubah yang agak elok dan bermutu buat pakai solat. 

Sebelum berpecah balik rehat ke bilik masing², saya dan en suami singgah sekejap pekena teh tarik di Restoran D'Saji(restoran Malaysia) yang terletak di tingkat 3 bangunan Safwa. Boleh tahan best teh tarik nya👍😊

12Januari23 Khamis

Alhamdulillah...

Pagi² jam 3.30 berlima kami rakan sebilik turun untuk buat tawaf wida. Perlu buat tawaf wida untuk ke Thoif kerana jarak mekah ke Thoif melebihi 2 marhalah. Jadi kena buat tawaf selamat tinggal bumi mekah.  Selesaikan 6 pusingan dulu, selepas solat Subuh sambung lagi pusingan  yang ketujuh, selesai alhamdulillah. 

Pagi itu sebelum Subuh sempat  bacakan beberapa doa yang dikirim alhamdulillah. Dapat port terbaik Allahu, mengadap pintu Kaabah. Berdoa penuh kusyuk, mudah-mudahan Allah makbulkan..aamiinn.


Selepas sarapan, beramai² kami ahli group bas no.4 berkumpul di lobi hotel seterusnya menunggu bas di perhentian under ground untuk gerak ke Thoif.  Sepanjang perjalanan ke Thoif, saya ikut je rasa mengantuk... kejap tidur kejap terjaga. Perjalanan dengan bas mengambil masa kurang lebih dua jam Makkah - Thoif.

Singgah melawat Taman Ros yang  merupakan tempat memproses bunga ros menjadi perfume.  Ramai juga lah jemaah dari group kami pakat² beli minyak wangi, sabun dan spray badan dalam pelbagai wangian yang  dijual.

Ustad bawa singgah makan nasik dulang di pertengahan perjalanan sebelum sampai Thoif. Nasi Arab yang super sedap..Allahu..pasti teringat² bila dah balik Malaysia.

Singgah pula di Masjid Abdullah bin Al-Abbas di Thoif yang mana banyak jualan buah² delima, kurma dan pelbagai barangan cenderahati di sekitar luar kawasan masjid.


Setelah itu bas meluncur menuju ke miqat Qarnul Manazil untuk kami berniat Umrah.



Teruja waktu berada sendiri di bumi Qarnul Manazil kerana selama ini hanya berniat umrah dalam kapal terbang semasa kapalterbang  melalui ruang udara atas Qarnul Manazil. Alhamdulillah maka hari tu dapat berniat sendiri di miqat. Usai bermiqat kami segera meneruskan perjalanan pulang ke Mekah. 

Alhamdulillah buat umrah ketiga beriringan dengan suami, terpisah dari ahli group lainnya. Bila masuk ke mataf, tergamam bila tengok keadaan yang begitu sesak. Mungkin sebab malam jumaat, jadi semua keluar buat umrah untuk rebut pahala beribadah di malam Jumaat.  Sangat ramai orang di mataf(dataran kaabah) hinggakan kami bersesak² dalam orang ramai mengerjakan tawaf.  Lagi terkejut bila memasuki lorong Mas'a untuk buat Saie. Sepanjang laluan hingga ke Bukit Safa, berpusu² sarat dengan orang ramai. Allahu Akbar.



Di pertengahan pusingan ketiga, saya dan en suami ambil keputusan berehat sebentar di tepi dinding. Rasa nak rebah dan kaki pun dah mula sakit. Bila dah rasa ok sikit, kami sambung buat pusingan ketiga dengan undur beberapa langkah dari tenpat berhenti tadi dan berjalan terus hingga selesai saie di-ikuti dengan bertahalul. 

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah umrah kami yang ketiga untuk trip umrah kali ini.

13Januari23
Jumaat di Makkah 

Alhamdulillah bangun pagi jumaat tu rasa begitu bersemangat untuk ke masjid. Namun Subuh terpaksa solat di bilik saja sebab rasa sakit sangat tapak kaki dan atas kaki luka² melecet mungkin over berjalan seharian ke Thoif bersambung pula mengerjakan umrah ketiga.

Makanya selepas bersarapan di dewan makan dengan en suami, gigih keluar seorang diri ke masjid. Abaikan kaki yang sakit. Buat tawaf sunat. Dapat berdoa di tepi Hijr Ismail dan kemudiannya menghampiri Kaabah. Letak kedua² tapak tangan dan lekapkan dahi dan hidung di dinding Kaabah..Allahu🥺😭.. Alhamdulillah TQ Allah atas nikmat ini.


Tengahari pula, ikut bersolat Jumaat. Alhamdulillah dapat tempat untuk solat betul² mengadap pintu kaabah. ALLAH ALLAH.




Keadaan sangat sesak sewaktu berjalan keluar dari Masjidil Haram selepas solat Jumaat. Subhanallah.





14Januari23 Sabtu
Keluar ke masjid berlima dengan roommates. Berganding buat tawaf sunat wif ina, mai, kak kiah dan kak jijah. Pastu macam biasa terpisah dek orang ramai. Kami yang regular bersama tinggallah saya, kak kiah dan kak jijah kekal bergandingan meredah kesesakan hingga selesai tawaf. Dapat menghampiri tebing hijr Ismail dan berdoa di sana. ALHAMDULILLAH.



Buat Tawaf Wida sebanyak 7pusingan sebelum nak tinggalkan Makkah. Allahu, rasa sedih hati ini nak tinggalkan Kaabah. Moga Allah jemput lagi daku menjadi tetamu -Nya..aamiin amin ya robbal alamin


MADINAH

Maka tibalah masa untuk berangkat ke Madinah. Sayu rasanya hati nak tinggalkan bumi Makkah, tinggalkan Masjidil Haram, tinggalkan Kaabah. Namun hati kembali teruja bila mengenangkan mahu ziarah Rasulullah SAW di bumi Madinah. Kami pun meninggalkan Makkah dan meneruskan perjalanan ke Madinah. 

Singgah solat jamak qasar  zohor dan Asar di satu perhentian R n R kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi. Berhenti di satu lagi R n R untuk solat jamak qasar maghrib dan isyak kemudian makan hidangan nasi Arab yang disediakan. 

Alhamdulillah boleh tahan sedap. Di sana sebelum meneruskan perjalanan sempat ditawarkan untuk beli madu yaman dan habbatus sauda. Setelah kurang lebih 6 jam perjalanan, maka tiba lah kami di Madinah Munawarah alhamdulillah

Assalamualaika ya Rasulullah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Di Madinah cuaca agak lebih sejuk berbanding Makkah. Jadi setiapkali ke Masjid Nabawi, saya menyarung jaket di luar jubah untuk selesa meredah kesejukan. Sungguh nikmat dapat beriktikaf dalam masjid di hari² berbaki sebelum balik Malaysia. Teringat ustad sering memperingatkan pahala beribadat di Masjid Nabawi digandakan 1000 kebaikan berbanding solat di masjid lain kecuali masjidil haram...Subhanallah

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali masjid al-Haram”.
[Riwayat Muslim 1394)



Ada beberapa waktu terutama waktu Subuh jika terlambat, saya terpaksa solat di dataran sahaja. Allahu, sejuknya time tu tak dapat nak cerita bagaimana...huuu



Sepanjang berada di Madinah, alhamdulillah dengan izin Allah dapat 2 kali ke Raudhah. Sekali pergi dalam kumpulan di-iring oleh Ustazah dan para petugas TA Andalusia, dan sekali lagi pergi sendiri dengan dua orang rakan umrah; Mala dan Rusiah. 


Terasa begitu dekat dengan Rasulullah SAW takkala berada di ruang Raudhah. Timbul azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW selagi nyawa dikandung badan.  Dan daku akan kembali sambung membaca Sirah Nabi SAW untuk lebih kenal dan lebih cinta terhadap baginda Rasulullah SAW.. InshaaAllah

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ




2 comments: