Alhamdulillah berpeluang hadir di majlis ilmu Kursus Haji Bersiri (minggu pertama).
Bacaan Talbiyah
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ
LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa sharikalakalabbaik,
LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa sharikalakalabbaik,
'innal-hamda,
wanni'mata,
laka walmulk,
laa sharika lak
Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.
Al-Bukhari, Muslim 2/841.
Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.
Al-Bukhari, Muslim 2/841.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sama² kita kembali bertaubat pada Allah
Tubna ilallah
Warojakna ilallah
Wanadimna ala ma fa alna
Maksud:
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan
.............................
Pergi Haji dengan niat ikhlas kerana Allah. Sebelum pergi kena jaga amalan dari sekarang.
#banyakkan selawat
Allahummasolli ala muhammad.
~ Sekurang²nya 100x pagi, 100x petang. Gandakan lagi biar dapat capai 500 atau 1000x.
Jadikan amalan. Selawat ini power.
Tambahkan lagi dengan lain² zikir.
#istighfar
#di-iringi dengan talbiyah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah dalam
(Surah ali imran 97)
yang bermaksud:
".......Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang yang nak pergi haji ini tetap akan di-uji. Sabar hadap ujian. Allah perintahkan kita untuk pergi haji.
Kita datang ke Baitullah ini, Allah jemput.
Kena yakin. Aku datang ke Baitullah ini kerana-Mu ya Allah
Kita datang kerana jemputan Allah. Bukan sebab kita banyak duit, bukan sebab ada masa atau sebab dah pencen kerja. Kita datang sebab Allah jemput.
Nak pergi haji ini, untuk dapat haji yang mabrur, kena ikhlas sungguh² contoh dari segi pengorbanan masa, wang ringgit dan lain-lain.
Pandang Kaabah Allah bagi rahmat. 120 rahmat keseluruhan Allah bagi sepanjang kita berurusan dengan Baitullah.
Urusan nak pergi Mekah ini seruan dari Allah.
Ada je kesilapan, kekurangan..cepat² istighfar.
Check amalan kita dari sekarang sampai masa nak pergi haji.
Percaya kepada Allah
Yakin pada Allah
Rukun Islam ada 5:
✔️Mengucap 2 kalimah syahadah
✔️Solat
✔️Puasa
✔️Zakat
✔️Mengerjakan Haji
Antara amalan yang akan ditanya ialah perihal Solat kita,
Ada sedekah atau tidak..sekurang²nya seringgit
Ikhlaskan diri..perkara ikhlas ini kita sendiri je tahu. Jangan nak kasi banyak tapi tak ikhlas.
Kena jogging/jalan kaki.
Perjalanan haji cukup mecabar.
Mintak doa pada Allah..ya Allah, tolong hamba ya Allah.
Pergi haji ini memang luar biasa. Perlukan pertolongan Allah. Semangat nak pergi haji kerana Allah. Betulkan niat kita kerana pergi haji ini adalah luar biasa. Haji ini bukan bila dapat surat tawaran baru nak cari ilmu tentangnya.
Bersedekah jangan berkira. Bagi kerana Allah.
Hikmah dan falsafah Haji:
- Pengorbanan
- Pengampunan dosa
- Persamaan
- Satu cita²
- Sabar dan tabah
- Persaudaraan/taaruf
- Gambaran kematian dan akhirat
- Melawan nafsu
- Fadhilat
- Mengabdikan diri
Amalan soleh kena bawak dari rumah di Malaysia. Bawa falsafah haji. Lawan nafsu kita.
Bila datang haji semata² kerana Allah memang dia pergi itu, jihad.
Kena gambarkan macamana. Falsafah haji itu, ujiannya terlalu tinggi. Pergi haji ini bukan senang. Nak abdikan diri kepada Allah kena lalui, kena betul² hadam. Buat haji betul². Ikhlas kena ada mula² sekali.
Haji itu suatu perjalanan yang suci.
Hendaknya jaga solat berjemaah. Berjalan ke mana² pun, jangan tinggal solat berjemaah. Bagi orang yang berjemaah, dia selamat dan dia berkat.
Perkara syirik, khurafat..jangan bawak.
Aqidah kena betul. Bawak sifat mahmudah.
Adab pergi haji:
Niat yang ikhlas mencari keredhaan Allah
Bertaubat bersungguh²
Perbelanjaan yang halal
Membawa bekalan dan perbelanjaan yang mencukupi
Mencari teman bertujuan saling ingat mengingati.
Penyucian jiwa:
Aqidah yang jelas dan sahih
Menguasai ilmu dan kefahaman Islam
Tunaikan solat fardhu 5 waktu
Amalkan yang sunat; qiamullai, sedekah, banyakkan doa dan zikir, banyakkan amalan baik, banyakkan baca quran
Yang boleh buatkan kita bersemangat untuk hidup ini ialah Qiamullai. Bangunlah pukul 5, mandi dan solat sekurang²nya dua rakaat. Bawak amal ini ke sana dari malaysia. Jadikan istiqomah. Kat sana kena bangun awal lagi sebab Subuh awal.
Elakkan banyak bergurau senda dan bercakap yang sia². Perkara² lagho, tinggalkan. Ikut contoh baginda Nabi SAW.
Contoh sifat terpuji:
- Taubat nasuha
- Ingat Allah
- Amanah
- Sabar
- Syukur
- Ikhlas
- Redho
- Rajin
- Pemurah
- Berjimat cermat
- Bertimbang rasa
- Penyayang/pemaaf
- Tolong menolong
- Menepati janji dan masa
- Bertanggung jawab
- Jihad dan berdikari
- Istiqamah
- Sentiasa bercakap benar
- Sentiasa jaga kebersihan
- Lemah lembut
Taubat kita yang biasa...Astaghfirullah.
Taubat yang melibatkan aqidah kena mengucap dua kalimah Syahadah...mintak ampun sungguh².
Seandainya kita seorang yang tak sabar, kena cuba sedaya upaya kawal tahap emosi.
Contoh sifat tercela (mazmumah)
- Melupakan Allah SWT
- Melupakan Nabi SAW
- Mencaci sahabat
- Terlalu cinta dunia
- Pentingkan diri sendiri
- Pemarah
- Takbur/sombong
- Riyak/ujub(bongkak)
- Membazir/boros
- Pembohong
- Bertelagah
- Mengumpat
- Mencela/memaki
- Menipu
- Kedekut
- Pengotor
- Hasad dengki
- Khianat
- Perbuatan dan perkataan lagho( yang sia²)
- Buruk sangka
- Berdendam
Berbaki umur yang ada inilah yang nak kita pertahankan.
Yang dah berlalu dah tak kira dah. Maka buat yang terbaik amal perbuatan dan perkataan kita. Mula dari sekarang usaha untuk dapatkan pengampunan dari Allah Taala.
Nak pergi haji ini kena ada cita² yang sungguh².
Kita menangis yang sungguh² mintak pada Allah.
Moga Allah terima rayuan haji hamba. Moga Allah pilih hamba menjadi tetamu-Nya mengerjakan Haji di tahun 1445H ini...Aamiinnnn ya Robb
Wallahu'alam.
.....bersambung di SINI
Terima kasih perkongsian yang menarik sekali kak. Semoga kita dapat menunaikan ibadah haji pada tahun berikutnya. Aamiin ya Allah... Tiada yang mustahil bagi Allah.
ReplyDeleteAamiinn..timakaseh nila.
DeleteJazakillahu khoiron♡
Ilmu bermanfaat yg dikongsikan, smoga memberi ilmu dan manfaat kpd ummat walau dimana berada. TQ
ReplyDeleteT.kasih banyak-banyak atas perkongsian
ReplyDelete