Sejarah Dan Pengenalan Tanah Suci


Alhamdulillah Allah izinkan hadir dalam Kursus Haji minggu ke 2.

.......................

Kita manusia yang tak sunyi dari buat silap. Selagi masih mengulangi dosa², mintak ampun pada Allah. Kita sungguh² taubat. Risau dengan asbab dosa kita, jadi terhalang kita untuk dapat rahmat Allah. Bimbang terhalang kita dari mendapat ilmu di majlis ilmu ini.

Mulakan dengan beristighfar...

Astaghfirullah hal adzim(ulang-ulangi)


Susuli dengan...

Hasbi Rabbi Jallallah

Magrhfiqalbi ghoirullah

Nur muhammad sallallah

La ilaha illallah


Mari kita sama² bertaubat sungguh²...

Tubna ilallah

Warojakna ilallah

Wanadimna 

Ala maa fa alna


Kemudian kita Talbiyah...

Labbaikallah hummalabbaik

Labbaikala syarikalakalabbaik

Innalhamda

Wannikmata

Lakawalmulk

Lasyariikalak


Doa banyak²...Ya Allah saya nak pergi buat haji tahun ini...aamiin

Apa kita buat sorang², Allah tahu. Allah pandang zahir, Allah pandang hati. Hati yang di dalam ini, Allah tahu. Nak pergi Mekah ni, Allah lihat kita bagaimana. Maka kena banyak² istighfar. 

Ziarah orang sakit. Melawat orang meninggal, solat jenazah. Supaya hati kita tak buta. Bayangkan kita nanti, siapa yang akan jadi imam solatkan jenazah kita. Astaghfirullah.

Hayati; sejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa serta sejarah tanah haram Makkah, sejarah kaabah dan masjidil haram, sejarah kewujudan air zam zam dan sebagainya. Pelajari adab di tanah haram dan ketahui kelebihan tanah haram.

Nak dapat rahmat Allah ini, amalan mesti bermula dari rumah lagi.  Kalau nak tolong orang, afdal tolong keluarga dulu.

Ambillah peluang umur yang berbaki ini, kena manafaatkan sebaik²nya. Kena berfikir kita hidup ini sementara saja di dunia ini. Kena selalu bermuhasabah diri, perhubungan dengan Allah kena betul. Rahmat Allah luas.  Mata guna untuk melihat yang baik. Solat sunat perbanyakkan.

Nak pergi haji ini, kena cergas. Jaga kesihatan dengan banyak melakukan latihan berjalan kaki. Di sana nanti kita banyak berjalan kaki. Kerja haji ini kena bergerak. Bukan duduk saja. Kena guna tenaga. Kena ada ilmu. Kena hadam kisah Siti Hajar, kena tahu kisah keluarga Nabi Ibrahim. Mintak pada Allah agar diberi kefahaman tentang ilmu haji dan umrah. 

           Latihan berjalan kaki


Di sana sentiasa kita lihat kaabah, baca quran, minum air zam zam, berselawat ke atas Nabi SAW dan lakukan lain² amalan soleh. Moga kita mendapat rahmat Allah. Kita nak masuk Syurga pun dengan rahmat Allah. Biar ada dalam mindset kita, dapat ujian apa² ianya sebagai rahmat Allah. Dapat duduk dalam masjid, rahmat Allah.

Amalan di Masjidil Haram:

  1. Perbanyakkan Amalan soleh seperti Tawaf dan Solat 
  2. membaca alquran
  3. berzikir
  4. Berselawat ke atas Nabi SAW
  5. jauhi perbuatan makruh dan lagho(sia²)
  6. niat beriktikaf dalam masjid


Selawat yang paling mudah;

Allahummasolli ala muhammad

Ucaplah 100x atau 1000x sehari. Moga inshaaAllah kita beroleh syafaat Nabi SAW di akhirat nanti...aamiin

Di Mekah 24 jam, yakin lah Allah dekat dengan kita.  Hadis Rasulallah SAW menyebut, "Daripada Ibn Abbas ra bahawasanya Rasulullah SAW berkata, barangsiapa haji daripada Makkah berjalan kaki hingga kembali kepadanya di surat Allah SWT baginya, dengan tiap² langkah 700 kebajikan daripada kebajikan tanah haram dan satu hasanah tanah haram 100ribu kebajikan."

Kena datang dengan sifat tawadhuk. Kena cukup berhati², beradap di tanah haram ini. Bila buat amalan baik, semua menjadi pahala. Allah ganjarkan 100ribu pahala kebaikan. Ujian di Makkah terlalu tinggi. Jika datang suami isteri, kena berkata² yang baik². Berhati², berjaga². Ada masa, qadho solat² fardhu. Elakkan buat perkara lagho. Di tanah haram, tiada waktu yang ditegah untuk melakukan solat.

Pagi² kena senyum selalu. Subuh² dah senyum. Hati kalau rasa baik, dia akan rasa lapang.  Bila hati lapang, inshaaAllah rahmat Allah akan turun.

Istighfar selalu. Mengaku, "ya Allah..aku mengaku dengan dosa² yang hamba lakukan." Mintak ampun sungguh².

Tempat yang mustajab berdoa...menurut Al-Hassan Al Basri ra terdapat 15 tempat yang mustajab berdoa di Makkah iaitu:

  • Sepanjang masa Tawaf di baitullah/kaabah
  • Multazam
  • Dalam kaabah
  • Telaga zam zam
  • Hijr Ismail
  • Bukit safa
  • Bukit marwah
  • Mas'a(tempat saie)
  • Belakang maqam Ibrahim
  • Arafah (sepanjang masa wukuf)
  • Muzdalifah(sepanjang masa bermabit)
  • Mina(sepanjang hari Nahar dan hari tasyrik)
  • Jamrah sughro
  • Jamrah wusta
  • Jamrah kubro


Wallahu'alam.


...bersambung di SINI

2 comments:

  1. Semoga kita dapat peluang menunaikan ibadah ditanah suci dengan orang tersayang. In sha Allah aamiin.

    ReplyDelete
  2. Fahami sejarah dan falsafah ibadah haji agar lebih mudah untuk kita menghayati ibadah haji dgn hati nurani dan pergerakan fisikal. Jazakallah.

    ReplyDelete