Alhamdulillah Allah rezekikan dapat duduk dalam majlis ilmu Kursus Haji minggu ke 3. Jazakallah Ustaz Roslan.
Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram(Kaabah) di Makkah pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat²nya.
Pengertian Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram(Kaabah) di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat²nya.
.....................
Sekarang Jamadil Awal. Kemudian Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah..... mahirkan diri kita mengingat bulan² Hijrah.
Dalil Wajib Haji
Surah Ali Imran ayat 97
Yang bermaksud:
......Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Surah Al-Baqarah ayat 196
Yang bermaksud:
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
~~~~~~~~~~~~~~~~
#Pergi Haji kena kuat, kena semangat. Kalau tak kuat, nanti di sana orang akan tinggalkan kita(tertinggal). Sifat buruk jangan bawa pergi haji. Bawa benda² baik.
Kelebihan Haji dan Umrah
- Mendapat status "Tetamu Allah SWT"
- Mendapat ganjaran yang besar
- Selamat daripada kecelakaan seksaan sebagai Yahudi dan Nasrani
- Mendapat Syafaat di dalam doa keampunan Rasulullah SAW
- Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan
- antara jihad yang paling utama
- Haji yang Mabrur tiada balasan melainkan Syurga.
Pengertian Haji Mabrur
Haji Mabrur:
Haji Istimewa dan Balasannya ialah Syurga
Haji Mardud:
Haji yang ditolak dan Tidak Diterima
Sabda Rasulullah SAW,
"Haji Mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga"
(HR Bukhari dan Muslim)
#Menyebut tentang haji Mabrur, ia datang dengan pengorbanan. Syukur pada Allah..maka pilih yang terbaik sebab kita berhajat nak dapat kan Syurga Allah. Jangan tak terkawal mulut kita, perlakuanserta akhlak kita. Jaga adab². Kena biasakan dari sekarang.
#Perhubungan dengan Allah selesaikan dahulu.Qada solat dulu. Itu hutang kita dengan Allah. Amalkan puasa Isnin Khamis. Sentiasa perbaharui mengucap dua kalimah Syahadah.
Panduan Mendapat Haji Yang Mabrur
Sebelum menunaikan Haji:
✔️Niat ikhlas kerana Allah SWT
✔️Mempersiapkan diri dengan ilmu manasik haji dan wang secukupnya dari sumber yang halal dan mengeluarkan zakat
✔️Melakukan Rukun Islam dengan sempurna
Semasa menunaikan Haji:
✔️Menyempurnakan rukun dan wajib haji dengan betul.
✔️Membayar dam yang berkaitan dan tinggal larangan ihram.
✔️Tidak melakukan sifat mazmumah, keji, fusuq, jidal, rafath
Selepas Menunaikan Haji:
✔️Menjauhkan diri dari dosa dan perkara mungkar
✔️Membanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan
✔️Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak dan kelakuan secara berterusan
Doa Mohon Haji Yang Mabrur
Allahummaj alhajjahum hajjan mabruran wazan ban maghfuran
Wasakyan masykuran
Wa a'malan solihan maqbulan
Watijarotan lan tabuuro
Maksudnya:
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami haji yang mabrur dan ampunkanlah dosa-dosa hamba dan pekerjaan haji yang dipuji, amalan soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak merugikan..
...ammiinn
Kena doa setiap hari..moga Allah makbulkan..amin
Perbezaan Antara Rukun Haji dan Rukun Umrah:
Rukun Haji
- Niat Ihram Haji
- Wuquf
- Tawaf
- Saie
- Bergunting/bercukur
- Tertib pada kebanyakan rukun
Rukun Umrah
- Niat Ihram Umrah
- Tawaf
- Saie
- Bergunting/bercukur
- Tertib pada semua rukun
Perbezaan Antara Wajib Haji dan Wajib Umrah:
Wajib Haji
- Niat Ihram di Miqat
- Meninggalkan perkara larangan dalam ihram
- Mabit di Muzdalifah
- Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
- Mabit di Mina pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
- Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Wajib Umrah
- Niat Ihram di Miqat
- Meninggalkan perkara larangan dalam Ihram
#ustaz syorkan untuk kita semua hafal dan amalkan baca dua ayat terakhir surah At-Taubah(128 dan 129). InshaaAllah banyak kebaikannya, dengan izin Allah dapat terhindar dari fitnah, sihir dsb.
Wallahu'alam.
.....bersambung di SINI
Perkongsian ilmu yg bermanfaat. Hayati ilmu haji bagi mendapat kesempurnaan ibadah haji. Jazakallah.
ReplyDelete