Rukun Haji; Saie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun


 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
... bersambung dari SINI

Kursus Haji bersiri minggu ke 5 ini, alhamdulillah berpeluang mendapat pencerahan ilmu daripada ustaz jemputan iaitu Ustaz Muhammad Hasnil. Jazakallahu Khoiron.

...sambungan RUKUN HAJI

Rukun Haji
Tidak dapat tidak, mesti ada.

RUKUN HAJI (4) - SAIE
Membawa maksud
  • berjalan berulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat²nya.

Berjalan bermula dari Bukit Safa(kaki bukit Safa) ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali berulang alik.


Syarat Sah Saie
  • Dilakukan selepas tawaf samada tawaf haji/tawaf qudum(ifrad/qiran)/umrah
  • Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit  Marwah.
  • Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira satu kali daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali daripada Bukit Marwah ke Bukit Safa.
  • Hendaklahlah sampai ke penghujung tempat Saie di kaki bukit Safa dan di kaki bukit Marwah(ada papan tanda)
  • Hendaklah Saie di tempat yang termaklum.
  • Mengekalkan niat Saie.

Saie haji dan Saie umrah dari segi amalannya sama tapi yang membezakannya adalah niat dan masa bila dilaksanakan.

Kiraan Saie; dari kaki Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira 1, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira 2..dan seterusnya.
Jarak Bukit Safa ke Bukit Marwah +- 420m. Keseluruhan 7x berulang alik menghampiri kira² 3km.
Saie tak perlu ada wudhuk. Namun sunat ketika Saie dalam keadaan berwudhuk.

Bagi lelaki sunat berlari² anak tiga pusingan pertama di kawasan lampu hijau, 4 yang terakhir berjalan macam biasa. Orang yang ada masalah kesihatan, elok jangan berlari.
Sunat bagi lelaki beridtiba pada semua pusingan.

Tawaf dan Saie jika naik skuter(kenderaan) hukumnya harus. Namun jika sihat, lebih afdhal berjalan kaki kerana sunat mengerjakan saie dengan berjalan kaki.

Nak pergi haji ni, kalau boleh minimumkan 'terasa hati'. Bincang dengan suami/isteri moga dapat memberi sokongan antara satu sama lain dalam bab menjaga hati ini. Kalau suami taknak dengar, doa je pada Allah.

Saie ini tempat mustajab berdoa. Banyakkan berdoa sepanjang mengerjakan Saie. Boleh doa dalam bahasa kita, bahasa Malaysia.
Tidak ada yang sia² dalam perkara ibadah.

Boleh berjalan berulang alik sambil berzikir.
Cadangan zikir cth:
Pusingan 1: Astaghfirullah
Pusingan 2: Subhanallah
Pusingan 3: Alhamdulillah
Pusingan 4: Allahu Akhbar
Pusingan 5: La ilaha illallah
Pusingan 6: Allahumma Solli Ala Muhammad
Pusingan 7: La haulawala quwata illa billah




Pekerjaan Saie ini bersandarkan pada kisah Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s. Kisah Hajar ini,  di sebaliknya menceritakan tentang hikmah pengorbanan seorang isteri dan ibu kepada anaknya mencari air. Hajar berulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air untuk memberi minum anaknya Nabi Ismail a.s

Pekerjaan Saie ini, jika terlupa pakai stokin bagi wanita, sah Saie nya tapi dia berdosa. Maka kena beristighfar. Hendaklah sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

Jika berhenti minum air zam zam, bila nak sambung balik bersaie berdiri di tempat mula² berhenti kemudian undur beberapa langkah ke belakang sebelum mulakan langkah sambung bersaie.

Tidak ada niat iktikaf sebab kawasan Saie bukan dalam masjid. Wanita yang sedang dalam haid boleh berada di kawasan Saie.

Tidak ada ibadah Saie Sunat.

Semasa bersaie, kena sampai ke check point. Jangan pula belum sampai dah buat u-turn.
Jemaah perlu  berhati² untuk permulaan dan pengakhiran di Safa dan Marwah jika Saie di bawah tanah( lower ground).


RUKUN HAJI(5) BERCUKUR/BERGUNTING
maksudnya
  • Menanggalkan/menghilangkan sekurang²nya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat² sahnya.
-  masuk waktu
-  rambut di kepala
-  tidak kurang 3 helai rambut

Waktu bercukur/bergunting
-  ia dilakukan selepas separuh malam, pada malam 10 Zulhijjah bagi orang yang mengerjakan haji.

Wanita hendaklah sentiasa menjaga aurat takkala bergunting. Elakkan menerima pelawaan orang asing/kumpulan yang boleh tolong menggunting rambut kita sebab dikhuatiri mereka itu scammer yang akan minta bayaran yang mahal. Bercukur/bergunting ini menghasilkan Tahallul Awal. Ia merupakan check-out dari larangan dalam ihram.

Tahallul ialah melepaskan diri dari larangan dalam ihram.
Tahallul haji terbahagi kepada 2 iaitu (1) tahallul awal  (2)tahallul thani




Talbiyah bermula buat jemaah haji ketika lepas berniat  haji. Talbiyah ini kalau boleh sehingga menangis(mengalir air mata)


RUKUN HAJI(6) TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
Maksudnya:
Yang dahulu di dahulukan
Yang kemudian di kemudiankan.
Buat pada masa dan pada tempat yang betul/tepat.

Ustad sambung memberi pencerahan tentang ketiga-tiga cara buat haji iaitu haji Tamattu', haji Ifrad dan haji Qiran.

Haji Tamattu' - buat umrah dahulu baru buat haji. Ia untuk jemaah yang datang penerbangan awal.

Haji Ifrad - masuk ke Makkah dengan niat haji. Selepas selesai haji baru buat umrah. Jemaah yang buat haji Ifrad berpeluang buat tawaf Qudum. Ia biasanya untuk yang datang penerbangan akhir)

Haji Qiran - niat serentak haji dan umrah. Jarang orang buat haji Qiran ni tapi kiranya ada pilihan jika nak buat. Orang yang bertugas sibuk bantu jemaah, mereka ini boleh buat haji Qiran. Cth: doktor, jururawat atau petugas.

Walaupun ada tiga cara buat haji, namun realitinya kita hanya akan buat satu jenis haji sahaja. Tapi sekurang²nya kita kena ada pengetahuan atau kefahaman ilmu tentangnya.

Cth: sepasang suami isteri iaitu En Osman dan Puan Minah sampai ke Makkah pada 5 Zulhijjah. Puan Minah nak buat Haji Tamattu' sedangkan suaminya En Osman berhajat nak buat Haji Ifrad jadi mereka berbeza niat (semasa berniat di qarnul manazil di atas kapal terbang). Kedua² mereka sama² buat tawaf di mana Puan Minah buat Tawaf Umrah sedangkan En Osman buat Tawaf Qudum. Selesai tawaf mereka mengerjakan Saie di mana Puan Minah buat Saie Umrah sedangkan En Osman buat Saie Haji. Selesai bersaie Puan Minah bergunting dan dah lepas dari ihram sedangkan En Osman tidak bercukur/bergunting dan masih kekal dalam ihram.

Kalau datang 1 Zulkaedah penerbangan awal, haji Ifrad terang² tak sesuai. Jadi kalau berhajat nak buat haji Ifrad, kena usahakan datang penerbangan akhir.
Yang datang penerbangan awal boleh buat haji Tamattu'.

Kerja haji terlengkap dalam 6 hari:
8 zulhijjah - hari talbiyah
9 zulhijjah - hari wuquf
10 zulhijjah - mabit di muzdalifah 
11 zulhijjah - hari Tasyrik
12 zulhijjah - hari Tasyrik
13 zulhijjah - hari Tasyrik


Pada 8 zulhijjah, jemaah akan berniat haji di hotel penginapan dan kemudiannya akan naik bas menuju ke Arafah untuk berwuquf.


Haji Tamattu' - Kebanyakan jemaah buat haji yang ini.
  • Niat ihram haji
  • Wuquf
  • Bercukur/bergunting (selepas melontar di Jamrah Kubra)
  • Tawaf Haji
  • Saie Haji

Ya betul bulan haji bermula 1 Syawal. Tapi kita delay-kan niat haji. Cth: Penerbangan kita 20 Zulkaedah, jadi kita delay-kan niat pada masanya.

Apabila selesai berwuquf di padang Arafah, petangnya kita naik bas menuju ke Muzdalifah.

Haji Tamattu' dan haji Qiran kena bayar dam manakala haji Ifrad tak perlu bayar dam.
Orang yang buat haji Ifrad, dirinya agak lebih lama berada dalam pantang larangan ihram. Cth: sampai Makkah 5 zulhijjah, 9 zulhijjah baru hari wuquf.


Wallahu'alam.


....bersambung di SINI

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian Puan. Banyak ilmu yang kami dapat. Bab menunaikan haji ni memang kena betul-betul tahu syarat dan juga apa-apa yang membatalkan agar semua ibadah kita dapat berjalan dengan lancar dan mendapat haji yang mabrur. In sha Allah.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian bermanfaat. Ilmu & praktikal kena mantop, supaya mendapat haji yg mabrur. Insya-Allah.

    ReplyDelete