Wajib Haji:Niat Ihram di Miqat dan Larangan Ihram

 


....bersambung dari SINI

Alhamdulillah hadir dalam Kursus Haji minggu ke-6 pada 10/12/23.

.............................

Kita mula dengan istighfar.


Susuli dengan...
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Allah-lah Yang Maha Besar


اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ
Allah , Allah , Allah , Ya Allah


حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.


تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal
di atas apa yang telah kami lakukan


Dan mari kita ucap Talbiyah...

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ

LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa sharikalakalabbaik, 
'innal-hamda, 
wanni'mata, 
laka walmulk, 
laa sharika lak

Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.

Al-Bukhari, Muslim 2/841.


MOGA ALLAH PILIH KITA MENJADI TETAMU-NYA...Aamin
........................


WAJIB HAJI

Objektif:
  • mengetahui pengertian wajib haji
  • memahami pengertian miqat makani dan zamani
  • mengetahui 13 perkara larangan ihram
  • mengetahui pengertian dam dan jenis²nya
  • memahami maksud bermalam di Muzdalifah (masa dan tempat)

Pengertian Wajib Haji
Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib  dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat²nya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

WAJIB ini kalau tak buat, hajinya sah. Sebab tu dia ada dam. Gantinya, dam. Wajib haji ini kalau tak buat, maka kena dam.
Cth:
#tak melontar
#tak berada di Mina pada waktunya

Jika ada sebab tak melakukannya, tak berdosa. Tapi tetap kena dam. Kalau tiada sebab, maka berdosa dan kena dam.


6 WAJIB HAJI
  1. Niat ihram di miqat
  2. Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
  3. Bermalam(mabit) di Muzdalifah
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
  5. Bermalam(mabit) di Mina pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  6. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik


WAJIB HAJI 1: NIAT IHRAM DI MIQAT

** niat ihram hendaklah di miqat atau sebelumnya

**ingat setelah niat ihram mestilah jaga larangan dalam ihram

~~~~~~~~~~~~~~~

WAJIB HAJI 1
MIQAT
Erti miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat Ihram atau Umrah.

#Miqat Zamani
(Sempadan masa)

#Miqat  Makani
(Sempadan Tempat)

Miqat Zamani 
- bagi haji ialah bermula 1 Syawal hingga seketika sebelum terbit fajar hari yang ke 10  Zulhijjah. Inilah yang dinamakan bulan² Haji.

Tidak sah ihram haji jika dilakukan di luar bulan haji, sebaliknya terjadi ihram umrah.

Miqat tempat (Makani)
Jemaah dari luar Makkah
miqatnya:
- Qarnul Manazil
- Bir Ali
- Yalamlam
- Juhfah
- Zatul Irqin

Bagi jemaah yang dalam Makkah,
untuk Haji miqatnya:
-Tanah Haram/tempat tinggal di Makkah

Sebaliknya miqat bagi jemaah yang dalam Makkah, untuk Umrah miqatnya:
- Ji'ranah
- Tan'im
- Hudaibiyah
- Syumaisyi
- Tanah Halal

Peringatan:
Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang perjalanannya terus ke Makkah ialah Qarnul Manazil.

Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang perjalanannya dari Madinah ialah Bir Ali
~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom kita tengok pelaksanaan Rukun dan Wajib Haji;
  • Niat ihram (Rukun Haji 1)
  • Niat di miqat (Wajib Haji 1)
  • Larangan ihram (Wajib Haji 2)
  • Wuquf (Rukun Haji 2)
  • Mabit di muzdalifah (Wajib Haji 3)
  • Melontar jamrah kubra  (Wajib Haji 4)
  • Bergunting/bercukur (Rukun Haji 5)
  • Mabit di Mina (Wajib Haji 5)
  • Melontar ketiga-tiga jamrah (Wajib Haji 6)
  • Tawaf (Rukun Haji 3)
  • Saie (Rukun Haji 4)
  • Tertib pada kebanyakan rukun(Rukun Haji 6)

Harus difahami, mabit atau bermalam bukannya tidur. Manfaatkan keberadaan kita mabit, dengan amal² soleh.

Kena perbetulkan sikap tanya diri, kita nak pergi haji ni sebab apa... Duduk dalam suasana khemah yang padat, rehat, tidur dan makan sama², memerlukan jiwa yang kental. Kena buang sikap keakuan dalam diri. Kena berlapang dada.

Kerja haji ini hanya 6 hari saja.
8 zulhijjah bergerak ke Arafah.

TH akan hentikan penerbangan di saat akhir. KT terakhir biasanya seminggu sebelum wuquf.

Orang yang buat haji Tamattu', niat ihram(Rukun Haji 1) pada 8 zulhijjah.
Niat haji dia kena buat di hotel penginapan Makkah(Wajib Haji 1)

Bila dah niat, diri dah termasuk dalam 13 pantang larangan ihram. (Wajib Haji 2) Pakaian ihram ingatkan kita yang kita akan kembali pada Allah.

Bergerak dengan bas menuju Arafah. Jarak Mekah ke Arafah 22km.

9 zulhijjah
Arafah - Wuquf(Rukun Haji 2)
Syarat sah haji - mesti berada di Arafah waktu tergelicir matahari.
2 juta orang berada di Arafah, semua berkumpul dalam satu masa.

Kemudian berangkat keluar dari Arafah, lepas Maghrib 10 zulhijjah sampai Muzdalifah.
Jarak Arafah ke Muzdalifah 8km.

Muzdalifah - Nak kena ada di sini tengah malam.(Wajib Haji 3)mabit

Bergerak ke Mina selepas tengah malam. Jarak Muzdalifah ke Mina 8km.

Mina - 10 Zulhijjah: melontar di Jamrah Kubra (Wajib Haji 4)

Mabit di Mina -11 zulhijjah, 12 zulhijjah dan 13 zulhijjah(Wajib Haji 5)

Melontar di ketiga² jamrah(Jamrah Kubra, Jamrah dan Jamrah pada hari² Tasyrik :11 zulhijjah, 12 zulhijjah dan 13 zulhijjah)(Wajib Haji 6)

Balik ke Mekah untuk Tawaf(Rukun Haji 3) dan Saie(Rukun Haji 4)
Jarak Mina ke Mekah 7km.

Kerja haji ini hidup. Kena bangun walaupun sakit. Di Arafah tidur dalam suasana sempit, panas simulasinya ibarat di dalam kubur. Semua kemungkinan keadaan kena hadapi.

Dalam bas nak buat apa? Sepanjang kita dalam perjalanan hendaklah kita banyak bertalbiyah. Perjalanan dari Makkah ke Arafah, bayangan ibarat meniti titian sirat. Talbiyah main peranan buat kita menangis, mengalirkan air mata. Maka kena hadap.

Duduk 2 juta orang di Arafah dalam satu masa, boleh kah?
Sesungguhnya bukan senang nak uruskan manusia seramai itu. Namun Alhamdulillah dengan bantuan Allah Taala, jemaah haji pergi selamat; balik selamat.

Di muzdalifah orang yang ambil pakej ada yang tak nak turun dari bas. Mereka duduk dalam bas sahaja.

Kita berada di mina pada 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah.

Yang mencabarnya dalam masa 6 hari itu lah. Susahnya dalam tempoh itu. Haji ini satu pengorbanan. Jadi kena lalui.

Ujian dengan rakan sebilik pun satu hal juga. Jadi kena banyak² doa yang baik² agar dapat rakan yang baik², yang boleh bertoleransi.

~~~~~~~~~~~~~~~~
(Sambungan lepas break 11.05pagi)


SUNAT IHRAM
Amalan sunat sebelum niat ihram:
  • Mengerat kuku
  • Merapikan janggut, misai dan rambut
  • Menanggalkan bulu ketiak, Ari-ari dsb
  • Mandi Sumat Ihram
  • Mengambil wudhuk
  • Memakai wangian pada badan(bukan pada kain ihram
  • Memakai minyak rambut
  • Memakai kain ihram berwarna putih
  • Solat sunat Ihram

Amalan sunat semasa niat ihram
  • Mengadap ke arah kiblat
  • Berada dalam keadaan wudhuk

Amalan sunat selepas berniat
  • Bertalbiyah, berdoa, bacaan al-Quran, zikir
  • Elak dari berbual kosong (lagho)


WAJIB HAJI KE 2: LARANGAN IHRAM

Larangan Dalam Masa Ihram
  1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum(lelaki)
  2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  3. Menutup muka(wanita)
  4. Memakai sarung tangan(lelaki dan wanita)
  5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan minuman atau menghidunya ke dalam hidung
  6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi
  7. Menanggalkan rambut atau bulu
  8. Mengerat atau memotong kuku
  9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di tanah haram
  10. Memburu binatang buruan
  11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
  12. Melakukan pendahuluan persetubuhan
  13. Melakukan persetubuhan

Perkara larangan ihram terbahagi kepada dua ketegori:
TARAFFUH DAN ITLAF

Taraffuh bererti perkara kebiasaan, kesukaan, kegemaran dan keseronokan bagi seseorang(pakaian, berwangi-wangian dan hubungan jantina)
Jika dilakukan dengan sengaja dikenakan dam. Sekiranya dengan sebab lupa atau tak sengaja, maka tidak dikenakan dam.

Itlaf  bererti perkara² yang jika dilakukan boleh menyebabkan perkara itu menjadikan rosak atau binasa atau bercerai tanggal. (Kecantikan - rambut/kuku atau bulu dan alam sekitar)
Jika dilakukan dengan sengaja(berdosa) atau jahil atau tidak sengaja(tidak berdosa) tetapi tetap dikenakan dam




WAJIB HAJI KE 3
~ MABIT DI MUZDALIFAH

Mabit di Muzdalifah 
Erti mabit -
Berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika mulai separuh malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut.


Amalan sunat sewaktu bermalam (mabit) di Muzdalifah:
  1. Talbiyah
  2. Berdoa
  3. Berzikir
  4. Sembahyang sunat
  5. Mengutip anak² batu

Pengecualian mabit jika uzur termasuk:
  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa cth: ditinggalkan kenderaan
Jika meninggalkan mabit tanpa uzur syarie adalah berdosa dan diwajibkan dam.
Jangan fahamkan 'bermalam' itu tido. Muzdalifah bukan masa kita nak tidur. Banyakkan talbiyah, zikir, doa dsb.


Wallahu'alam.




......bersambung di SINI

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Perkongsian yg bermanfaat. Jazakallah

    ReplyDelete