Tiga maqam IKHLAS


Bismillahirrahmanirrahim

Dalam posting kelmarin (sila klik) disampaikan apa kata ustaz dalam membicarakan tentang Ikhlas.  Ikhlas itu menunggalkan Allah pada segala ketaatan. Berbuat taat semata-mata ingin hampir kepada Allah, tidak ada sesuatu yang lain selain dari Allah.  Berbuat taat bukan kerana  ingin dipuji atau dimuliakan manusia, bukan kerana hartabenda dan lain2 yang daripada tujuan dunia tapi sebaliknya melakukan taat hanya kerana Allah.

Ikhlas itu satu kelakuan hati yang terpuji.  Dan tidak diterima amal ibadat melainkan dengan adanya ikhlas.  Maka usaha kita terhadap Allah biar lebih.  Buat baik akan ada balasan. Buat baik balasannya baik. Jangan hanya sedikit syukur kita pada Allah kerana walau banyak amal kita tetap tidak sebanding dengan nikmat yang Allah beri.  Perbanyakkan syukur, ucap Alhamdulillah.  Jangan tinggal taubat.  Harap Allah ampun dosa kita.  Ibadah hanya ingat Allah.  Hadir hati dalam solat, baru ada kemanisan.  Bekerja jangan sampai tak ingat Allah.  Jika terlepas ibadah, biar rasa kesal dan sedih..  Jangan kita bila terlepas ibadah, tak rasa apa-apa, tak rasa risau.  Sepatutnya bila tak dapat solat dhuha contohnya, hati rasa sedih.  

Istiqamah dalam ibadah.  Buat segala perintah, tinggal segala yang ditegah.  Latih diri kita agar berbuat taat hanya semata-mata mengharap redha Allah.  Memang banyak halangan yang datang dari pelbagai penjuru..ujian dan dugaan.. namun orang yang ada senjata, dia boleh lawan boleh tepis.  Nak berjaya kena usaha tepis halangan, InsyaAllah akan berjaya dengan izin Allah.

Disebut oleh Syeikhul Islam di dalam Syarah Al-Qasyariyah bahawa ikhlas itu ada tiga pangkat/maqam iaitu:

  1. Pangkat yang pertama: Bahawa mengerjakan oleh hambaAllah akan amal ibadat semata-mata kerana menjunjung perintah Allah Ta'ala.  Orang ini tak pandang balasan, dia nak Allah semata-mata.  Nak bangun Tahajjud, nak baca quran...tak nampak Syurga Allah tapi melakukannya hanya kerana Allah. Hanya harap redha Allah. Hanya harap kasih Allah. Memang sukar untuk kita sampai ke maqam ini. Ia maqam yang paling tinggi.  Orang yang dapat sampai ke maqam ini, ada duit tak ada duit tak rasa susah hati sebab dalam hatinya rasa ada Allah.  Hati tak risau bila tak ada duit tak sibuk fikir, 'cukup ke tidak ni...'
  2. Pangkat yang kedua: Ikhlas yang pertengahan, iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadah kerana menuntut pahala dan kerana ingin jauh dari siksa api neraka. Hatinya mengharap ganjaran pahala dan balasan Syurga dari Allah serta mohon dihindarkan Allah dari azab seksa api neraka.
  3. Pangkat yang ketiga:  Ikhlas yang lebih rendah, iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat supaya Allah muliakan dia di dalam dunia atau supaya selamat dia dari kebinasaan dunia.  Contoh: Baca surah al-Waqiah agar Allah murahkan rezekinya, buat solat dhuha juga untuk tujuan dimurah rezeki oleh Allah, membaca surah an-Nas agar dipelihara dari was-was syaitan; dan sebagainya.

Jika tiada ciri-ciri dari ketiga-tiga maqam tersebut, maka tiadalah ikhlas... sebaliknya yang tinggal hanyalah rasa riak yang berlegar-legar dalam diri.  Wallahu'alam. 


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...