Bismillahirrahmanirrahim.
..bersambung dari SINI
Bila harap pada Allah, InsyaAllah langsung akan diterima taubat. Harap hanya pada Allah. Teruskan belajar, jadi insan yang berilmu. Ilmu dapat memelihara perkataan, perbuatan serta iktikad daripada berbuat derhaka kepada Allah. Ilmu menjadi jalan. Ilmu dapat menyuluh.
Selepas harap, dalam kita menyatakan kasih pada Allah, hendaklah sentiasa menyebutNya. Banyakkan menyebut Allah. Jalan mendekatkan diri pada Allah, ada jalan umum ada jalan khusus. Pilihlah, banyak jalan termasuk jalan solat, jalan zikir, jalan taubat, jalan sedekah dll. Pilih jalan untuk dekat dengan Allah, jangan sampai tak ada jalan. Banyakkan jalan untuk cari kasih Allah.
Apa2 yang disampaikan oleh Allah SWT, maka itulah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Apa2 yang disampaikan oleh Rasulullah SAW maka itulah yang disampaikan oleh ulamak akhirat. Allah Taala memberi taufiq bagi mereka itu pada mengajar, menyampaikan ilmu dan berbuat kebaikan. Dan semulia-mulia makhluk yang berbuat kebaikan atas kita, ialah Rasulullah SAW. Segala puji bagi Allah yang menjadikan dan membangkitkan baginda SAW sebagai pesuruh Allah sepertimana firmannya:
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.

"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)..... "
(Surah al-Jumu'ah ayat 2)
"....dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata”.
(Surah an-Nur ayat 54)
(Surah an-Nur ayat 54)
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);..... "(Surah al-Qasas ayat 56)
Carilah jalan yang beroleh redha Allah. Neraka tak pilih siapa. Jauhi dosa syirik. Syirik tetap syirik. Ambillah Islam seluruhnya, bukan separuh-separuh. Jangan ikut langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata. Segala bab, zahirnya, muamalatnya, ibadahnya, semua wajib mengikut perintah Allah. Jika yang suka; ambil, yang tak suka; tinggal... itu ikut hawa nafsu namanya.
Nabi SAW pesan, "ikut aku maka selamatlah kamu." Sudah jelas apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Itu yang kita kena terima, membenarkan ia oleh hati. Islam itulah yang benar. Jangan nak tambah-tambah. Siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan tunjukkan jalan padanya. Allah akan bagi faham akan agama. Pastikan Allah tak tutup lorong kebaikan buat kita. Jangan sampai Allah tutup lorong ibadah, lorong amal soleh buat kita...Nauzubillah..
Dari Mu’awiyah ra katanya: “Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”
(Muttafaq ‘alaih)
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)
Sejauh mana jahat, sejauh mana kita melencong, maka kembalilah kepada Allah. Baliklah pada Allah. Berhentilah buat dosa. Bila nak bertaubat? Diri pun dah lemah. Cukuplah tu lalainya, cukuplah jahatnya. Betapa kasihnya Allah bagi hambaNya yang lalai, tetap dibukakan pintu taubat. Maka jangan kiranya, dah makin hampir pada mati, makin tak sedar diri. Sungguhpun tak ada daya, mohon lah daya dari Allah untuk berubah. Perlu pada pertolongan Allah. Nak buat baik dan nak tinggalkan maksiat, kedua-duanya perlu pada pertolongan Allah Taala.
Banyakkan buat solat sunat. Kobliyah dan baadiyah, itu sudah pasti. Pastikan buat. Itu jalan. Ulamak kata, ibadah itu permata, nilainya mahal. Nilai permata, tinggi. Tidak semua manusia mampu miliki nya sebab ia mahal. Solat malam itu permata. Tak semua orang mampu ibadah kecuali ahli. Ramai yang bangun malam tapi tak semua orang dapat permata solat Tahajjud. Ramai yang tahu tentang solat Dhuha tapi tak ramai yang rmendapat permata solat Dhuha. Solat Awwabin, solat sunat 6 rakaat yang amat besar ganjaran melakukannya di antara waktu Maghrib dan Isyak.. ramai yang tidak mendapat permata kerana waktu antara Maghrib dan Isyak ada yang menghabiskan waktunya dengan 6 batang rokok bukan dengan 6 rakaat Solat Sunat Awwabin. Majlis ilmu, setengah orang dapat permata manakala sebahagian yang lain tak dapat. Mahal harganya sebab antara 10 orang yang hadir, hanya 5 orang yang dapat majlis ilmu, yang lima lagi tidor. Ada tempat yang hadir hanya 3 orang tapi hanya seorang yang dapat permata bilamana yang 2 lagi fikiran melayang entah ke mana. Begitu mahalnya majlis ilmu. Masjid, banyak tiang dari orang.
Namun bagi ahli ibadat... bila tertinggal buat solat sunat, maka terus di-qadha atau ganti. Bagi ahli, lepas solat Zohor, terus ganti buat solat Dhuha yang tertinggal buat di waktu Dhuha... Subhanallah...
Walau apapun, sentiasa ada ruang untuk kita berubah jadi lebih baik. Sentiasa ada ruang untuk minta ampun pada Allah. Walau banyak mana dosa, Allah Maha Pengampun. Kata ustaz, syarat untuk dapat berubah jadi orang yang baik ialah: Jangan bercakap bohong dan jangan tinggal sembahyang. Puji Allah, berterimakasih pada Allah. Jangan bila buat ibadah, masih nampak...hebat aku, pandai aku, alim aku.. semua sebab aku.. aku.. Ingat bahawa semua milik Allah. Semua datang dari Allah. Walau diberi alim(berilmu), tak semua yang alim dapat amal. Kerana amal itu anugerah Allah buat hamba yang terpilih. Oleh itu sentiasa kita pohon agar Allah kekalkan nikmat ibadah dalam diri kita. Doalah agar Allah tak tarik nikmat ibadah yang Allah kurnia buat kita. Ustaz ulang mengingatkan agar jangan sombong. Kalau sombong, akan hina di dunia, hina di akhirat. Kembalilah pada Allah. Buang jahil kerana disebabkan jahil itulah, manusia tak kenal Allah. Jadi insan berilmu. Jangan tinggalkan doa, kerana doa merupakan senjata yang ada pada kita yang tak ada pada musuh.
Antara tanda-tanda orang kasih pada Allah ialah redha dengan qada dan qadar. Terima baik buruk dari Allah. Seseorang yang boleh membenarkan dua ketentuan ini dari Allah, maka hatinya akan tenang. Jangan kita nak sihat saja, sakit tak nak, jangan nak senang saja, susah tak nak. Jangan kaya hendak, miskin tolak.

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang. (HR Muslim)
Mari suluh diri, masing2 kita suluh diri.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment