Air Nenas Rebus

Ada sentimental value bila sebut pasal air nenas.



Air nenas ini menjadi faveret saya ketika zaman sekolah. Balik sekolah, panas2 singgah beli air nenas tempat seorang pakcik yang tiaphari meniaga di depan sekolah kebangsaan.  Asal balik sekolah je, mesti singgah beli kalau bukan air nenas, air cendol tapai ubi. Ohh kenangan mengusik jiwa mengingat kisah lalu.

Air nenas ni teramat sedap. Sangat mudah nak membuatnya. Mesti cuba buat ya, baru tahu nikmat minum air nenas sejuk2 dari petiais..he he

Bahan2nya:
Nenas 1 biji
2 cawan gula
Air secukupnya
2helai daun pandan

Cara membuatnya:

  1. Nenas dikupas kulit, dibuang mata nenas, dibasuh bersih dan dipotong kiub2 kecil. 
  2. Rebus nenas bersama air, gula dan daun pandan hingga nenas kelihatan kuning keemasan. Tutup api dan sejukkan air nenas. 
  3. Semasa nak hidangkan campur air nenas dengan air masak sejuk bersama ketulan ais. 

Alhamdulillah DONE.

Jom buat air nenas kalau banyak berlebih beli nenas.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Resepi Kueh Lopes Cara Mudah

Assalamualaikum.

Nak kisahkan pasal kueh Lopes.  Saya suka sangat kueh lopes. Bila ada acara makan2 contoh majlis open house raya ke, kueh lopes selalu tak ketinggalan buat. Mesti ada je buat saing dengan kueh pencuci mulut lainnya.

Tapi saya dulu2 suka buat kueh lopes versi tradisional, cara lama iaitu bungkus pulut dalam daun pisang, di-ikat kemas dengan tali rafia kemudian di-rebus pulut tu  lama2. Selalu nya buat malam untuk dihidangkan esoknya untuk jamuan.

Sejak dua menjak ni, saya dah tak pakai versi lama. Kiranya sekarang suka buat versi segera gitew..hahaha.. Kaedah ini sangat cepat. Rasa kueh lopes lebihkurang sama je dengan yang buat dulu2 tu. Ilham ini saya dapat masa saya duduk lama di rantau orang. Hampir 6bulan di sana, saya aggresif buat macam2, takde la nak tunggu balik Malaysia baru dapat makan apa yang teringin nak makan semasa di sana. Saya make things simple, so guna je apa2 yang ada untuk buat makanan melayu kita. Roti canai, kueh bengkang, karipap, tepung boko kelantan, kerap di-ulang buat.. Alhamdulillah.

Okay berbalik pada kisah kueh lopes, semasa di rantau orang, selepas tanak pulut, saya tekan2 pulut dalam loyang kemudian sambung masak dalam mikrowave. Dulu ada cerita dah dulu yang masak pakai mikrowave.. Di SINI

Selain guna mikrowave, kita boleh sambung masak pulut yang dah ditanak itu dengan cara kukus.😁

Jom tengok resepi mudah buat Kueh Lopes yang super best ni.. Alhamdulillah rugi tau kalau tak cuba buat cara ni.. Cukup mudah💖☺️

RESEPI KUEH LOPES CARA MUDAH

Bahan2nya:
  • 2cawan beras pulut
  • Air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau(jika suka)
  • Kelapa parut puteh + sedikit garam
  • Daun pisang sebagai alas susun kueh Lopes dalam pinggan


Cara Membuatnya:
Beras pulut direndam sekejap sebelum ditanak seperti biasa. Tanak pulut dengan air daun pandan. Paras air kurang sedikit dari paras air nak masak nasi. Okay bila air dah makin kering, kacau2kan biar serata. Kiranya pulut belum masak sepenuhnya, ada bahagian yang masih mentah. Its okay, don't worry be happy. Alihkan pulut ke dalam bekas lain, tekan2 pulut lalu terus sambung masak dengan cara mengukusnya selama 15minit.

Alhamdulillah dah selamat jadi kueh Lopes.

Potong2 kueh lopes salut dengan kelapa parut bergaram.

Sediakan air manisan untuk dimakan dengan kueh lopes.
~~~~~~~~~~

Jom tengok video yang tunjuk step by step cara nak buat kueh lopes ni. Kredit buat anakku IMAN yang tolong buat Kueh Lopes kali ni from A - Z😁👍👍








Lontong Menu Raya ketiga

Alhamdulillah, raya ketiga Aidilfitri kami rai'kan dengan juadah Lontong ataupun yang kita panggil Masak Lodeh.
Best sangat lontong ni💗 Tiapkali buat menu yang satu ni, mesti banyak kali duk ulang makan👍

Minuman hari tu agak istimewa, abang(anak sulung) yang buat.. Sirap Laici Selasih

Jom kita tengok resepi mudah cara2 nak buat lontong👌






RESEPI LONTONG @ MASAK LODEH UNTUK HARIRAYA

Bahan kuah:

  • Udang hidup  1/2 kilo
  • Bahan kisar
  • Sayur-sayuran
  • 1 kotak sederhana santan KARA
  • air masak/air panas secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk/kisar:

1 sudu besar (umbu) udang kering

2 biji bawang merah India

1 cili merah besar

1 inci kunyit


Sayur-sayuran:
Kubis, kacang panjang, sengkuang, karet

fucuk dan so'un direndam sekejap

tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu

serai 2 batang diketuk

Lengkuas 5/6 hiris


Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, serai dan lengkuas. Masukkan udang hidup. Bila udang dah kemerah-merahan masukkan santan cair. Kacau2 kan, biar mendidih dulu barulah dimasukkan sayur sayuran. Kemudian tambahkan santan pekat dan masak biar mesra kesemuanya. Jika agak pekat, tambahkan air panas. Perisakan garam dan gula. Akhir sekali masukkan fucuk dan So'un di-ikuti dengan tempe dan tauhu yang dah digoreng terlebih dahulu. Alhamdulillah DONE
Lontong @ Masak Lodeh. Lontong dimakan bersama Nasi Impit beserta Sambal Tumis dan juga Kuah Kacang.

~~~~~~~~~~~~


Cucunda kami Aisyah nampaknya suka main masak2. Baru umur 2 tahun tapi gaya macam budak dah besar.. Hahahaha...
Nanti dah besar boleh la masak untuk mamatok dan papatok ya Aisyah ya😁☺️inshaaAllah.





Buat Roti Jala Untuk Hari Raya Kedua

Allahu Akbar.
Syukur ke hadrat Illahi dapat sambut raya bersama keluarga.. Alhamdulillah.
Aidilfitri kali ini dapat di-rai'kan bersama seisi keluarga walau dalam musim pkpb. Alhamdulillah anak2 dapat balik kerana tiada halangan untuk rentas daerah. Shah Alam - Gombak - Bukit Beruntung... Bukan di luar kawasan. Yang tak dibolehkan ialah rentas negeri. Bertabah ya semua anak rantau, inshaaAllah sama2 kita doakan agar dugaan normal baru yang sedang kita hadapi ini segera pulih seperti sediakala.. Aamiinn

Alhamdulillah walau berdepan dengan kemelut pkpb atas asbab wabak penyakit Covid19, Aidilfitri tetap kami rai'kan sebaik mungkin. Syukur lah, mamatok dan papatok dapat jumpa cucunda Aisyah dan Fateh di hariraya...huuu.

Hari raya pertama dimulakan dengan sekeluarga berjemaah Solat Hari Raya siap dengan bacaan teks Khutbah Aidilfitri di-ikuti dengan bersalam-salaman di pagi raya. Acara foto-shot di dalam dan di luar rumah diteruskan sebelum kembali ke meja makan untuk menjamu selera.


Juadah Raya berupa Nasi Dagang  sebagai menu utama berlaukkan Gulai Ikan Tongkol dan Gulai Telor. Resepi Nasi Dagang boleh jengok di SINI dan di SINI. Alhamdulillah anak menantu pakat tolong masakkan 2 ekor ayam untuk menu Rendang Ayam digandingkan makan dengan nasi impit. Kira kenyang lah kami anak beranak makan juadah raya tempohari.

Sempat dikirimkan sedikit Nasi Dagang untuk keluarga besan di Gombak. Anak saudara pun  dapat tapau sedikit untuk dibawa balik makan dengan rakan2 di rumah sewa. Alhamdulillah.



Hari Raya kedua, menu Raya bertukar. Pagi2 selepas subuh, buat gulai 2 ekor ayam untuk Gulai Ayam di-makan dengan Roti Jala.



Mudah je buat Roti Jala ni. Jom kita tengok resepi nya. Walaupun mudah, ditulis juga khusus untuk rujukan anak2 yang nak cuba2 mengirai/menjala Roti Jala.. Ehe he.....

RESEPI ROTI JALA UNTUK HARIRAYA

Bahan2nya:

  • Sekilo tepung gandum cap Sauh
  • 3biji telor
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa
  • Air masak secukupnya

Untuk gliskan ceper untuk menjala:
~ 2 helai daun pandan dilipat/disimpul
~ Sedikit minyak masak.

Cara membuatnya:

  1. Bancuhkan adunan roti jala biar kecairannya dapat tembus keluar dari semua corong acuan roti jala. Jika masih tersekat2, bermakna kena ditambah lagi air masak hingga adunan keluar lancar dari kesemua corong.
  2. Panaskan ceper untuk menjala. Sapukan minyak di permukaan ceper dengan menggunakan daun pandan. 
  3. Cedukkan acuan roti jala ke dalam mangkuk yang berisi bancuhan roti jala. 
  4. Kiraikan roti jala bermula dari tengah dan teruskan pusaran hingga ke takat mana yang dikehendaki. 
  5. Biarkan masak seketika. Bila nampak tepi2 nya terangkat dan sedikit ikal, dah boleh di-angkat roti jala tersebut.  Tak perlu diterbalikkan. 
  6. Ulang buat yang seterusnya.

**nota: elok ada dua atau tiga ceper sekaligus untuk menjala atas gas stove berasingan. Cepat siap dan tidak lah perlu menunggu lama untuk habiskan menjala sekilo tepung itu.
**saya tukar guna minyak bukan santan dalam bancuhan agar Roti Jala tahan lama.. Sampai malam pun alhamdulillah tak basi.

Sekian wassalam. 

Cara Mudah Buat Laksa

Alhamdulillah, buat laksa hari ni sempena 5 Syawal. Masih dalam mood raya walaupun dalam pkpB. Anak2 semua dah balik rumah masing2 makanya kembali tinggal berdua saja lah kami kat rumah..he he


Jom buat Laksa.. Kita rai'kan  Aidilfitri. Sangat sedap laksa alhamdulillah💗



CARA MUDAH BUAT LAKSA

  • Laksa direbus. 

Bahan – bahan untuk kuah laksa:

  • Ikan sardin saiz sederhana 9 ekor
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 bawang besar India
  • Secekak cili kering, cili merah 2, cili api 7
  • Sedikit belacan 
  • Secekak daun kesum
  • 3 kuntum bunga kantan
  • Garam  secukup rasa
  • Gula(hanya sedikit buat ambik syarat) 

Cara memasaknya:

  • Ikan dibersihkan lalu direbus. Sekali gelegak je, tutup api. Air rebusan ikan jangan dibuang. Asingkan isi dan tulang ikan rebus. 
  • Tumbuk isi ikan. Kalau nak blend, blend dengan sedikit air rebusan ikan. Sebahagian isi ikan jangan blend halus, hanya tumbuk2 manja gitew. Kemudian blend tulang ikan dengan air rebusan ikan. Tapis. Ulang blend tulang ikan dan air rebusan ikan. Tapis. 
  • Kemudian blend bawang merah, cili kering(yang dah direbus dan dibasuh bersih) dan belacan.
  • Okay.. Mula panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang blend. Kacau2 jangan biar hangus. Bila dah masak cantik, masukkan pula bunga kantan dan daun kesum. 
  • Kemudian masukkan isi ikan di-ikuti dengan air tulang yang ditapis. 
  • Masukkan asam keping dan perisakan dengan garam dan sedikit gula. 
  • Biar masak lama sikit lebihkurang sejam gitu sesuai dengan kuantiti bahan di atas. Kalau masak banyak2 dalam periuk besar untuk apa2 majlis,  biarkan kuah laksa merenih di atas dapur selama 2 - 3 jam agar rasa asam garam dan cilinya berpalut/sebati. 
  • Hidangkan dengan bahan taburan/hiasan iaitu hirisan cili merah, bawang besar, daun salad, timun batang, limau kasturi dan telur rebus. 
Sekian, wassalam. 


Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Aha...ini menu minum petang viral ni..he he

Buat puding sagu gula melaka ni mudah je...semua orang tahu kot. Tapi takpe lah nak tulis juga masuk blog blog walaupun ianya semudah abc✋

Kalau nak buat untuk jamuan atau majlis harijadi ke, majlis tunang ke..hah sesuai sangat. Kami hari tu masa buat open house raya,puding sagu gula melaka salah satu menu untuk dessert. Alhamdulillah memang terbaik buat dessert ni untuk acara makan-makan.





RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA

Bahan2 nya:

  • Biji sagu  2 cawan
  • Susu cair FN dalam tin
  • Air gula melaka/ nise kelantan


Cara membuatnya:

  • Masak air hingga mendidih, masukkan seketul gula melaka dan 2 helai daun pandan. Masak hingga cair2 likat. Biarkan sejuk. 

  • Masak air hingga mendidih. Masukkan sagu. Kacau2 sekali sekala.  Masak hingga hampir tiada warna putih pada sagu. Dengan menggunakan penapis santan, basuh sagu dengan air paip untuk hilangkan lendir sagu. Toskan dan biarkan 5minit sebelum ditambah pewarna pada sagu. Sudukan sagu ke dalam bekas2 kecil, curahkan susu cair dan sedikit air manisan kemudian sambung sejukkan di dalam peti ais. 


Makan sejuk2, sedap je rasa anak tekak..he he.. Ahamdulillah.






Resepi Mudah Puding Trifle

Alhamdulillah dalam masa PKP ini, banyak menu yang lama tenggelam, timbul balik. Kiranya sambil2 asah bakat memasak la selama perintah berkurung ni..he he
#dudukrumah


Buat Puding Trifle yang sedap lagi menyejukkan tekak alhamdulillah. Buatnya pun mudah. Pakai sukat dengan sudu dan cawan je. Takde pakai gram dan ml.
Jom lah kita tengok resepi.

RESEPI MUDAH PUDING TRIFLE 

Bahan untuk kastard:
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan susu segar(susu kotak Ducth Lady)
  • 4 sudu besar paras gula
**jika sukakan lapisan kastard yang tebal sikit, bolehlah gandakan sukatan di atas.

Bahan untuk lapisan agar-agar:
  • 1 paket agar2 serbuk cap kijang(10g)
  • 4  1/2 cawan air(jus fruitcocktail + air)
  • 3 sudu besar paras gula

 Bahan selebihnya:
  • 1/3 biji kek (kalu tak buat sendiri kek, beli je kek gulung/apa2 kek)
  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Saya pakai Kek Butter
Resepi kek boleh tengok di SINI


Cara membuatnya:

Okay mula-mula.. 
  1. Susun kek dalam bekas.  
  2. Dari 2 cawan susu tu ambil 2 sudu bancuh dengan 2 sudu penuh tepung kastard. Susu selebihnya panaskan, bila mendidih tutup api. Tuang ke dalam bancuhan kastard tadi. Kacau2 kemudian masuk balik dalam periuk, panaskan balik hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar sambil dikacau2 agar tidak berketul.
  3. Siram2 atau renjiskan kek dengan jus fruitcocktail.
    Tuang adunan kastard atas kek.
  4. Sementara itu, panaskan 4   1/2 cawan air(lebihan jus fruit cocktail + air). Bila mendidih je, masukkan bancuhan agar2 serbuk(serbuk agar2 dibancuh dengan 4 sudu air)..bila mendidih tambahkan gula 3 sudu besar paras. Okay tapis dan sejukkan sebentar. ***rasa agar2 hanya manis2 buah sebab lapisan lain dah manis.
  5. Tabur buah cocktail atas kastard.

    Setelah itu dah boleh sudukan agar2 atas lapisan kastard dan fruit cocktail.

    Info: Gambar sudukan agar2 ni, masa buat Trifle kali kedua time PKP ni. Time ni saya buat homemade fruit cocktail mangga + nenas.
  6. .....dah siap alhamdulillah👍🥰

Sekian wassalam.

Blog Matahati Tiga Juta Pageview

Alhamdulillah...

Pagi ini bila buka blog Matahati, tersentak bila terpandang pageview blog matahati dah mencapai angka 3 juta. Alhamdulillah..
Allahu, syukur pada Allah. Syukur Allah beri ilham untuk menulis, syukur Allah beri ruang untuk saya berkongsi penulisan yang alhamdulillah mungkin ada yang mendapat tempat di hati para pembaca.
Tidak lain yang diharapkan, hanya moga-moga penulisan dalam blog ini termasuk dalam usaha penyampaian ilmu yang bermanafaat InshaaAllah...Aamiinn

Posting yang menjadi hit setiap hari ialah Baca Al-Mathurat Tiap Hari. (sila klik) Alhamdulillah saya agak terharu bila membaca komen-komen pembaca yang ada di antara mereka menyatakan rasa gembira kerana dapat membaca al-mathurat menerusi blog ini setiap hari walau di mana mereka berada. Ada yang membaca sementara menunggu untuk menaiki flight dan ada yang membaca semasa sedang dalam rawatan di hospital.

Saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan terimakasih buat semua yang sudi singgah dan memanfaatkan apa yang ada di dalam blog ini. Atas apa2 jua kekurangan, mohon dimaafkan.
Jazakallah hu khoiron.




Nasi Beriani Brahim

Alhamdulillah buat lagi Nasi Beriani hari ni. Senang je, pakai perencah segera je.. He he.. 'Perencah Nasi Beriani Brahim' ini memang terbaik. Sangat sedap. Tak payah susah2 pikir nak sediakan bahan2 untuk masak nasi beriani secara manual. Hah pakai Perencah segera ni je.. DONE nasi beriani! Alhamdulillah

Cara2 nak memasaknya, ada tertulis di belakang paket. Kita follow je...he he

Apa2 pon, saya tulis juga ya, senang anak2 nak refer💗

Mula2 kita sediakan bahan2nya:
Untuk Nasi Beriani
Beras Basmathi 3 pot kecil(basuh beras kemudian biarkan beras terendam dalam air seketika).
Air aras 3 pot
Ayam 7 keratan(gaulkan dgn sedikit garam)
Perencah nasi beriani Brahim 1 paket
1 sudu besar minyak masak @minyak sapi
1 helai daun pandan
Perahan 1 slice lemon
Kurma/kismis/buah tin serta kacang gajus utk hiasan(utk hari ini gajus tak ada)

Untuk Salsa @ Acar
perahan lemon/limau nipis
1 timun batang
2 biji buah tomato
½ bawang holland(saiz kecil)
Lada merah
2 biji cili padi (jika suka)
Garam
Gula

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, masukkan ayam. Kacau2, masak hingga ayam kecut baru masukkan perencah brahim. Kacaukan lagi, masak lama sikit biar mesra dengan pes beriani. Proses ni saya panggil 'mmati hawah'. 😁
Buang air yang rendam beras tadi kemudian susun ayam atas beras. Tuangkan lebihan rempah dari kuali. Masuk daun pandan.
Masukkan air aras 3 pot lalu ON kan rice cooker. Tambahkan garam jika kurang rasa. Perahkan lemon. Tunggu hingga masak.

Sementara nasi masak, sediakan SALSA atau dalam bahasa kita Acar la..hahaha
Potong dadu timun dan buah tomato. Buang biji kedua2 nya untuk kurangkan ada air dalam Salsa. Potong dadu bawang holland. Cincang lada merah dan cili api. Gaulkan dengan garam, gula dan perahan lemon. Biar secukup rasa tapi lebihkan gula sebab salsa agak sedap jika rasa manis dan masam2.


Bila nasi dah hampir masak, masukkan hirisan kurma, buah tin dan kacang gajus. Tutup balik tudung periuk, biarkan sehingga nasi masak.



Alhamdullillah kenyang kami tiga beranak makan nasi beriani tengahari tadi.

**sangat sedap saya gantikan kismis dengan Kurma Ajwa kali ini.. Allahu best sangat rasa nasik💗
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni nak tunjuk gambar nasi beriani brahim yang mula2 saya cuba buat tempohari..