Alhamdulillah bersambung dari: Trip ke Aceh part 1 dan part 2♡
14/7/25
Hari ketiga di Aceh.
Kami langsung ke satu kawasan di mana terletaknya Kapal PLTD Apung yang terseret sejauh 5km waktu kejadian Tsunami. Rasa sangat kerdil diri bila berdiri melihat kapal besi yang sebegitu besar dan seberat 2600tan pun, tidak mampu bertahan takkala tsunami melanda. Kapal ini, yang dulunya berfungsi sebagai pembangkit listrik tenaga diesel apung, terseret oleh gelombang tsunami jauh dari lokasi asalnya di Pelabuhan Ulee Lheue dan kemudiannya terdampar di tengah Banda Aceh.
![]() |
Bergambar bersama en fauzan, tour guide kami di Banda Aceh |
![]() |
Tuan Hj Ramli, ketua rombongan |
Untuk masuk melawat Kubah Masjid di Kampung Gurah ini, agak jauh kalau nak masuk lorong kecil nya dengan berjalan kaki. Jadi kami menyewa motosikal dari penduduk tempatan untuk sampai ke kawasan tersebut. Saya membonceng motosikal Kak Muu yang di-pandu en suami. Dah lama en suami tak bawa motor, jadi agak tak berapa nak stabil lah motor kami..beberapa kali nak terbabas...ehe he.. Dengar suara nyaring dan serius Kak Muu, " Hati-hati Pakkkk!" Aduhhh... saya yang duduk di belakang dah cemas, memegang kuat bahu en suami...time tu macam dah redho....huuuuuu
![]() |
Hj Lan bersama anaknda-nya Aliya |
![]() |
bergambar kenang-kenangan dengan Kak Muu, anak serta cucu Kak Muu |
Tengahari itu special sikit, En Fauzan membawa kami makan di kawasan pantai iaitu Pantai Lampu'uk. Sangat sedap masakan ikan bakar cicah air asam kicap, sayur kangkung, dan tempe goreng. Nama kedainya Jitra Ikan Bakar. Khabarnya tuan kedai lama duk Jitra, Kedah..itu yang bawak nama Jitra sampai ke Aceh tu😍
Kata tukang masak, ada 3 jenis ikan yang dimasak untuk Menu Ikan Bakar tu iaitu ikan Kakap Merah, Kakap Putih dan Bawal Cermin. Sedap sangat gais!! The best juadah makan tengahari di Aceh bagiku! Alhamdulillah.
Selesai makan, kami singgah ke Masjid Rahmatullah di daerah Lampu'uk ini untuk solat zohor serta jamak. Ramai yang turun solat dan sebahagian lagi tunggu dalam bas, nak balik solat jamak di hotel termasuklah saya. Gerimis perlahan² dah mula turun saat kami sampai depan masjid. Tak lama lepas tu hujan makin lebat, habis lencun en suami tikamana naik bas lepas solat..erm🤧
Masjid Rahmatullah ini menjadi saksi melihat betapa dasyatnya gelombang tsunami yang memusnahkan seluruh bangunan sekitarnya yang lain. Dari semua kehancuran yang terjadi, ajaibnya Masjid Rahmatullah yang berjarak hanya kira² 500 meter dari pinggir pantai tetap berdiri kukuh. Biarpun ada beberapa bahagian bangunan masjid yang rosak, namun sebahagian besar tetap utuh dan selamat...Allahu Robbi..
![]() |
Masjid Rahmatullah selepas peristiwa Tsunami |
........................
Istirehat time..yayyy... bas menghantar kami balik rehat untuk 2jam alhamdulillah dan semua berjanji untuk berkumpul macam biasa jam 5ptg.
Petang itu rasa dah bersemangat balik lepas dah dapat rehat. Kami pun langsung ke kedai souvenir untuk cari² barang. Disebabkan dah terlewat, semua bersetuju untuk solat jamak takhir saja di hotel pulang nanti. Jadi en fauzan terus membawa kami untuk dinner yang mana menu malam itu memperkenalkan kami pada masakan Mee Aceh. Saya pilih Mee Udang manakala en suami pula nak Mee Daging. Kak Kam dan Kak Rupi yang duduk berhadapan saya pilih nak makan Mee Ketam..hi hi🤗
Okay la..boleh tahan sedap masakannya alhamdulillah.
15/7/25
Hari ke-4 di Aceh.
Pagi pukul 8.00 kami dah berada di dalam bas. Hari ini hari terakhir kami di Aceh makanya selepas breakfast, dah siap² check-out dari Hotel Seventeen. Breakfast macam tau² kami nak balik dah, so dapat agak heavy breakfast: nasi puteh dengan beberapa jenis lauk²..semua sedap². Dan yang tak boleh lupanya ada Agar² Santan Gula Merah paveret saya dan juga ada Pengat Pisang yang saya makan dengan pulut manis. Eeuww...pagi² dah makan heavy iols🤭🫣 Ya Allah..sedap sangat! Tq tq Hotel Seventeen.
Bas bergerak meninggalkan hotel Seventeen menuju ke Masjid Raya Baitul Rahman yang mana di persekitarannya didirikan payung² nampak macam suasana di Madinah😍 Cantik sangat masjid ni. Ia adalah salah satu masjid yang utuh dan tidak terkesan sewaktu Tsunami melanda. Sewaktu kejadian, keadaan di sekeliling semua habis rosak teruk dan bangunan semua runtuh namun Masjid Raya Baitul Rahman tetap berdiri kukuh. Astaghfirullahal azim..
Kami mengabadikan kenangan bergambar beramai² berlatarbelakang kan Masjid Raya Baitul Rahman.