Alhamdulillah, bila ada durian ni mesti lah teringat nak buat cekodok @ jeput durian. Tersangat sedap sebab buat versi yang ada inti gitu bukan campur terus durian ke dalam tepung. Ikut cara arwah bondaku yang selalu buat jeput durian untuk sarapan/minum petang...
Dulu pernah post pasal jeput durian ni dalam blog masak² saya fzmenu (sila klik). Di ulang posting sekali lagi dalam blog matahati buat yang mencari² resepi cekodok durian yang extra sedap ini๐ค
Mudah saja cara membuatnya:
- Isi durian digaulkan dengan gula (sebagai inti)
- Tepung digaulkan dengan air dan sedikit garam, tahap kepekatan
macam nak buat cekodok pisang
- Inti kemudiannya diambil sebesar ibu jari kemudian disalutkan
dengan adunan tepong, terus digoreng dalam minyak yang penuh. Ulangi
proses sehingga habis kedua2 inti dan tepong.
Dalam 15 minit dah siap dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas
tapi hati-hati... intinya yang panas boleh buat melecur lidah.... :))
*** nota: untuk memudahkan kerja2 menyalut, bulatkan siap2 inti dan
biarkan di bawah saji sejam dua sebelum nak mula menggoreng. Jika dibiarkan
beberapa ketika, inti durian akan mengering dan senang untuk disalut tepong.