Cekodok Durian/Jeput Durian


Alhamdulillah, bila ada durian ni mesti lah teringat nak buat cekodok @ jeput durian. Tersangat sedap sebab buat versi yang ada inti gitu bukan campur terus durian ke dalam tepung. Ikut cara arwah bondaku yang selalu buat jeput durian untuk sarapan/minum petang...

Dulu pernah post pasal jeput durian ni dalam blog masak² saya fzmenu (sila klik). Di ulang posting sekali lagi dalam blog matahati buat yang mencari² resepi cekodok durian yang extra sedap ini๐Ÿค—

Mudah saja cara membuatnya:

  • Isi durian digaulkan dengan gula (sebagai inti)
  • Tepung digaulkan dengan air dan sedikit garam, tahap kepekatan macam nak buat cekodok pisang 
  • Inti kemudiannya diambil sebesar ibu jari kemudian disalutkan dengan adunan tepong, terus digoreng dalam minyak yang penuh. Ulangi proses sehingga habis kedua2 inti dan tepong.

Dalam 15 minit dah siap dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas tapi hati-hati... intinya yang panas boleh buat melecur lidah.... :))

 

*** nota: untuk memudahkan kerja2 menyalut, bulatkan siap2 inti dan biarkan di bawah saji sejam dua sebelum nak mula menggoreng. Jika dibiarkan beberapa ketika, inti durian akan mengering dan senang untuk disalut tepong.

 





PC Baru Jenama DELL


Alhamdulillah tiba² je hari ni dapat tengok blog kat pc. Dah lama sebenarnya tak guna pc..sejak² pc yang lama dulu tu rosak terus tak diganti. Ada beli netbook Asus (ada dikisahkan di SINI dan di SINI) tak berapa lama lepas tu dan ada juga pakai Tab A Samsung untuk sambung² blogging. Selebihnya guna henfon je lah bila sesekali datang teringat nak update blog... hi hi

Jadi hari ini 29Julai2021 dalam kita masih di dalam PKP atas asbab pandemik Covid19(moga Allah hilangkan wabak penyakit ini.. aaminn...), makanya kami suami isteri decide untuk ada pc baru. Banyak masa saya keseorangan di rumah sehari², jadi dengan adanya pc ini boleh lah isi masa sesekali dengan blogging InshaaAllah. Teringat kata² suami satu masa dulu, saya ni full time blogger, katanya..ha ha ha

Dan tadi menantu ada mengusik kata..road to 5 million la mama ada pc baru ni...ha ha ha.. InshaaAllah  aminn amin amin

Namun sesungguhnya niat menulis blog hanya lah untuk berkongsi sesuatu yang bermanafaat InshaaAllah. Moga menjadi asbab kebaikan, moga ada nilainya di sisi Allah...aaminnn

Pc yang kami beli hari ini berjenama DELL. Mulanya masa diskas dengan en suami, nak cari pc hp, sebab teruja tengok pc baru anak saya yang boss nya hantar via Lalamove untuk kerja ofisnya(anak wfh). Tapi bila pergi ke kedai komputer berhampiran, yang dipamerkan hanya tinggal pc DELL. Okay la tu, kiranya dah rezeki kami pc DELL. 

Rasa teruja sangat dapat pc baru. Tqsm en suami bersetuju dengan permintaan saya untuk dapatkan pc baru. Jazakallahu Khoiron.... Alhamdulillah Allah TQ Allah TQ...




Tanah Perkuburan Bukit Beruntung



Allahu... terkesan bila tengok video ini. Alhamdulillah terimakasih buat Imam Firdaus yang berkongsi gambar dan video tanah kubur Bukit Beruntung. Jazakallahu khoiron ustaz....๐Ÿฅบ

Rasa hiba hati mendengarkan muzik latar video bilamana wajah cucunda yang telah disemadikan di sini hampir tiga tahun lalu terbayang di mata. Sedih hati mamatok. Ibraheem Fattah bin Naim Adham, Allah mengambilmu kembali setelah dipinjamkan kepada kami selama 8 bulan. Anak Syurga cucuku Ibraheem Fattah. Innalillahiwa inna ilaihirojiunn. 

ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†




PEMILIK HATI

Di hadapmu berdiri berserah aku

Jasadku setia namun akalku jauh

Melayang enggan terpisah dengan

Indahnya dunia


Wahai Yang Menerima taubat

Sedarkanku dari terlewat

Dari dosa yang telah kubuat

Dalam fana keasyikan nikmatMu


Wahai Yang Membalikkan hati

Jangan Kau palingkanku dari

Sisi yang takkan dilihat olehMu

Di sana nanti


Ya muqallibal qulubana

Tsabbit qulubana 'ala diinik


Wahai Yang Membalikkan hati

Tetapkannya dalam agamaMu


..........................

Lirik Lagu Pemilik Hati- Idris Samsudin

Lirik di copy n paste dari blog Pelangi Petang.. jazakallah.

....................................


Kembar arwah Ibraheem Fattah ~ Ibraheem Fateh



Dalam kenangan๐Ÿ’Œ






Lempok Durian Zaman Berzaman

Alhamdulillah, hari ini buat lagi Lempok. Baru je minggu lepas buat tapi kacau lempok dalam small portion, jadi sekejap je siap. Minggu lepas tu buat lempok dari 3 biji durian. Agak besar duriannya, berbaloi harga rm50 untuk 3 biji. 

Ini lempok yang buat minggu lepas:


Okeh, berbalik pada kisah buat lempok hari ini, dapat beli durian Batu Kurau yang jiran jual, alhamdulillah dapat harga borong rm70. Banyakkkk...dapat hadiah 2bijik lagi free..ehe..he..

Alhamdulillah..


Jenuh la nak mengupas. Sebab itu mengupas durian nya semalam, hari ni baru kacau lempok.




Jom tengok cara buat lempok. 


Bahan²nya:

  • Ulas² durian (dikupas ¾ dari keseluruhan, ¼ dibiarkan bersekali dengan biji² durian. Perlu ada ulas² durian yang tak dikupas untuk menyedapkan lagi rasa lempok dari aroma biji² durian)

  • Gula dalam ½ mangkuk (kurangkan/lebihkan ikut sesuai rasa dan tengok pada berapa banyak isi durian)

  • Garam dalam satu sudu kecil paras.


Cara memasaknya:

Kacau hingga seghing/hampir kering...sampai biji² durian licin berkilat dan boleh di ambik keluar tanpa terlekat².

๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ

60% siap

90% hampir siap

Sangat sedap lempok ni. Memang berperisa dan tak jemu dimakan zaman berzaman. Harga lempok pun berganda mahal dari harga dodol dek bahan yang digunakan hanya durian semata, tiada campuran  tepung. Ada juga kabarnya yang tambah masuk tepung sikit, tapi selama yang saya tahu lempok yang bermutu hanya 'kacau" durian sahaja bersama sedikit gula dan garam. 

*boleh tengok pautan link posting LEMPOK DURIAN terdahulu yang dah capai hampir 13k pageview...sila klik


Jom cuba buat sendiri Lempok Durian๐Ÿ‘Œ


Sekian wassalam.




Ucapan Jazakallah

 


Jazaakallah khairan ertinya “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan” atau “Jazakumallah khairan katsiiraa” ertinya “Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan”

.............................................
Ada satu hadis yang menjelaskan sunnahnya mengucapkan “jazakallahu khairan”.

Dari Usamah bin Zaid r.a. bahwa Rasulullah Saw bersabda: 

yang bermaksud:

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan jazaakallahu khair (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, dan Al-Bazzar).

...........................................

Jazakallahu Khairan ~ Semoga Allah Membalasmu Dengan Kebaikan (untuk lelaki)

Jazakillahu Khairan ~ Semoga Allah Membalasmu Dengan Kebaikan (untuk perempuan)

Jazakumullah Khairan katsiran ~ semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan.


Wa Iyyakum (ูˆَ ุงِูŠَّูƒُู…ْ)adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “semoga kalian juga dibalas dengan kebaikan”

Wa Iyyakum diucapkan sebagai jawaban dari ucapan Jazakallahu Khairan.

Ucapan Waiyyaki, Waiyyaka dan Waiyyakum biasanya diucapkan oleh orang yang mendengar ucapan “Jazaakallahu khairan”.


- Wa Iyyaka, artinya “Dan kepadamu juga” (untuk lelaki)

- Wa Iyyaki, artinya “Dan kepadamu juga” (untuk perempuan)

- Wa Iyyakum, artinya “Dan kepada kalian juga” (untuk laki-laki dan perempuan jamak)


Kesimpulannya: tiga perkataan tersebut memberi maksud, kembali mendoakan orang yang telah mendoakan kita dengan ucapan “
jazakallah khairan”.

............................................

Syeikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ditanya: Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran (terima kasih)” bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?

Beliau menjawab: Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, yaitu mengatakan, “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu.” 


**Alhamdulillah dah pernah buat posting pasal ni..di SINI

Wallahu 'alam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Btw....

Alhamdulillah...hari ini (7hb Julai, 2021)nak buat catatan sebagai kenangan, blog saya matahati-mama dah capai lebih 4juta pageview.  

Jazaakallahu khair buat semua pengunjung blog ini. ALHAMDULILLAH. Moga sama² kita mendapat manafaat dari apa² input yang baik dari blog ini. InshaaAllah ..amin.




Air Pegaga

 


Alhamdulillah..ulam pegaga saya kembali meriah di laman dapur. Ada satu ketika, macam pupus la sekejap tak tau di mana silapnya. Mungkin kurang penjagaan salah satu sebab.. hi hi


Bila teringat nak makan balik ulam pegaga dan buat jus/air pegaga, hah baru la gigih tanam dan rawat balik tanaman herba yang sangat berkhasiat ini. 

Alhamdulillah..dah subur balik dah.. syukur alhamdulillah.



Jom kita tengok info pasal pegaga. (sumber dari perpustakaan)

Cara penggunaannya:

  • ulam
  • kerabu dan sayur
  • daun dicelup tepung, digoreng dan dimakan
  • buat jus/air pegaga



Kegunaannya:

  • mengawal tekanan darah tinggi

  • membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat

  • mengubati sistem saraf dan meredakan tekanan perasaan

  • menyejukkan badan dan menyembuhkan lelah

  • merawat penyakit hati dan masalah buah pinggang

  • meningkatkan fungsi minda, daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Okay mari kita amalkan memakan ulam pegaga dan buat air pegaga untuk kesihatan badan InshaAllah.




Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...