Jenis-jenis Haji dan Cara Mengerjakan Haji



..bersambung dari SINI

Alhamdulillah Allah rezekikan dapat duduk dalam majlis ilmu Kursus Haji Bersiri minggu ke-8 pada 24/10/23. Syukron Ustad Roslan.. Jazakallah.

Mari kita bertalbiyah:


Lafaz talbiah

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Riwayat Muslim (1184)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Objektif topik minggu ini ialah untuk:
(1) mengetahui jenis² haji
(2) mengetahui cara² mengerjakan haji

Kita nak ke Makkah jangan tunggu kita banyak duit. Duit hanya-lah penyebab. 

Kita nak pergi mintak pada Allah...
"ya Allah, hamba nak pergi Haji ya Allah..."

Kita sebagai hamba Allah, kita kena yakin akan mendapat jemputan Allah. Kuota haji yang terhad atau lain-lain halangan tak boleh kita jadikan alasan. Kena ikhtiar/usaha, fikirkan cara untuk dapat pergi. Jika boleh kita sebagai manusia, tiap hari didengari ilmu tentang haji. Ilmu tentang haji adalah dakwah.

Pergi haji ini jangan tunggu umur tua atau tunggu masa ada duit baru nak pergi. Banyakkan doa agar dapat pergi haji/umrah di ketika kita ada masa untuk pergi.  Sebab ada orang yang ada duit dan berhajat sangat nak pergi tapi tak dapat pergi sebab tidak ada luang waktu, atas sebab sakit dsb.



JENIS-JENIS HAJI
Haji Fardhu
Haji Badal
Haji Sunat
Haji Nazar
Haji Qada


CARA-CARA MENGERJAKA HAJI
(1)Haji Tamattu'
(2)Haji Ifrad
(3)Haji Qiran

HAJI TAMATTU'
-mengerjakan umrah dahulu dalam bulan² haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama

HAJI IFRAD
-mengerjakan haji dalam bulan² haji kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan haji 

HAJI QIRAN
ada 2 cara:
Cara(1) 
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji.

Cara(2)
Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji kemudian  melaksanakan semua rukun dan wajib haji.

...................................................

HAJI TAMATTU'
Jika buat haji Tamattu', maka kena dam seekor kambing. Membayar dam itu antara hikmahnya kita mengingati orang lain yang susah. 

Tamattu"- datang buat haji dengan cara bersenang². 
Tiada manusia yang kekuatannya sama.  Contoh: ada orang yang dapat tidur selama  sejam pun sudah memadai, sebaliknya ada yang memerlukan tidur selama 4 jam. Tenaga masing² tak sama. Kerja haji ini perlukan tenaga. Jadi Allah beri pilihan dalam cara² nak buat haji.

Makanya kita sebagai hamba-Nya kena jaga solat, sentiasa sabar dan sering berdoa. InshaaAllah percaya lah, Allah akan permudahkan urusan kita..aamiinn


CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTU'

Haji Tamattu', kena buat Umrah dahulu. 

Di mana² sahaja sebelum berniat, kita:

  • mandi sunat ihram dahulu(SUNAT)
  • memakai pakaian ihram(WAJIB)
  • sembahyang sunat ihram(SUNAT)

Di Miqat, kita:
  • Niat ihram Umrah(RUKUN)
  • Niat Umrah di Miqat(WAJIB)

Selepas niat sehingga lah bergunting, kita kena:
  • Menjaga pantang larangan dalam masa berihram(WAJIB)

Selepas niat sehinggalah mula tawaf, kita hendaklah:
  • Bertalbiyah(SUNAT)

Di Baitullah:
  • Kita melakukan Tawaf Umrah(RUKUN)


Di Mas'a kita:
  • Saie Umrah(RUKUN)

Di Bukit Marwah atau di mana², kita:
  • Bercukur/bergunting(RUKUN)
  • Tertib melaksanakan Rukun(RUKUN)

Sementara menunggu hari wuquf, jemaah haji eloklah membuat amalan sunat seperti mengerjakan Umrah Sunat, Tawaf Sunat dan solat berjemaah di Masjidil Haram mengikut kemampuan.


Pada 8 atau 9 Zulhijjah di Makkah:
  • Mandi Sunat Ihram(SUNAT)
  • Memakai pakaian Ihram(SUNAT)
  • Sembahyang Sunat Ihram(SUNAT)
  • Niat Ihram Haji(RUKUN)
  • Niat di Miqat (Tanah Haram)(WAJIB)

Lepas Niat hingga Tahallul:
  • Menjaga larangan dalam masa Ihram(WAJIB)

Lepas niat hingga mula melontar:
  • Talbiyah(SUNAT)


9 Zulhijjah di Arafah:
  • Wuquf(RUKUN)


Malam 10 Zulhijjah di Muzdalifah:
  • Mabit di Muzdalifah(WAJIB)
  • Mengutip anak batu di Muzdalifah(SUNAT)

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah Di Mina:
Melontar Jamrah Kubra(WAJIB)
Bercukur/bergunting(RUKUN)
Mabit di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)
Melontar tiga Jamrah 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)


Selepas Wuquf di Arafah, balik semula ke Baitullah untuk:
Tawaf Haji(RUKUN)

Kemudian di Mas'a:
Saie Haji(RUKUN)


Tertib Pada kebanyakan Rukun(RUKUN)

###Namun jika ikut Tabung Haji, pihak TH akan ikut flow(tak lawan arus) selepas wuquf, terus ke Muzdalifah untuk mabit di sana. Kerja Tawaf Haji dan Saie Haji di Makkah, buat selepas pulang dari Mina pada 13 Zulhijjah. Wallahu'alam.

.................................................

HAJI IFRAD

Haji Ifrad tak dikenakan dam.


CARA MENGERJAKAN HAJI IFRAD

-Mengerjakan Haji dahulu dalam bulan haji kemudian kerjakan Umrah.
Boleh di lakukan dari 1 Syawal hingga 9 Zulhijjah. Di mana-mana sebelum berniat:
  • Mandi sunat ihram (SUNAT)
  • Memakai pakaian ihram (WAJIB)
  • Sembahyang sunat ihram(SUNAT)

Di Miqat Haji
  • Niat ihram haji(RUKUN)
  • Niat ihram haji di miqat(WAJIB)

Lepas niat hingga tahallul
  • Menjaga perkara larangan dalam ihram(WAJIB)

Lepas niat hingga melontar:
  • Talbiyah (SUNAT)

Di Baitullah
  • Tawaf Qudum(SUNAT)

Di Mas'a
  • Saie Haji(RUKUN)

Namun biasanya yang buat haji ifrad bagi jemaah yang datang penerbangan akhir.
Contoh: Jika datang 4 Zulhijjah,  7 hari dalam pakaian ihram sebelum dapat tahallul awal. Jika datang 3 Zulhijjah, agak gigih berada dalam pakaian ihram selama 8 hari..suatu jangkamasa yang panjang kena jaga pantang larangan ihram.


Kemudian tibalah hari wuquf.

9 Zulhijjah di Arafah:
  • Wuquf (RUKUN)

Malam 10 Zulhijjah di Muzdalifah:
  • Mabit di Muzdalifah (WAJIB)
  • Mengutip anak batu (SUNAT)

10, 11, 12, 13 Zulhijjah di Mina:
Melontar Jamrah Kubra(WAJIB)
Bercukur atau bergunting(RUKUN)
Mabit di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah(WAJIB)

Selepas melontar Jamrah Kubra dan bercukur/bergunting, maka terhasil Tahallul Awal(dah terlepas larangan ihram kecuali yang 3 perkara dan dah boleh pakai baju biasa)


Selepas Wuquf di Arafah, patah balik ke Makkah
Di Baitullah:
Tawaf Haji(RUKUN)

Di Mas'a:
Saie Haji (jika belum) (RUKUN)
Selepas selesai Tawaf haji dan Saie haji, maka terhasillah Tahallul Thani


Tertib Pada Kebanyakan Rukun (RUKUN)


###Saie Haji bagi mereka yang melaksanakan haji ifrad diberi 2 pilihan untuk dilakukan selepas Tawaf Qudum atau selepas Tawaf Ifadah(Haji).
###Kalau ikut arus buat Tawaf Ifadah(Haji) dan Saie Haji(bagi yang belum) selepas pulang ke Makkah dari Mina pada 13Zulhijjah. Wallahu'alam.


Setelah mengerjakan haji, pekerjaan haji bagi mereka yang buat Haji Ifrad kena buat Umrah.

Di mana- mana sebelum berniat:
  • Mandi sunat ihram (SUNAT)
  • Memakai pakaian ihram(WAJIB)
  • Sembahyang sunat ihram(SUNAT)


Di Miqat:
  • Niat ihram Umrah(RUKUN)
  • Niat Ihram Umrah di Miqat(WAJIB)
(Bermiqat di Tanah Halal)


Selepas niat sehingga bergunting:
  • Menjaga larangan dalam masa masa berihram(WAJIB)


Selepas niat hingga mula tawaf:
  • Talbiyah(SUNAT)


Di Baitullah:
  • Tawaf Umrah(RUKUN)


Di Mas'a:
  • Saie Umrah(RUKUN)


Di Marwah/di mana- mana:
  • Bercukur/bergunting(RUKUN)
  • Tertib Laksanakan Rukun(RUKUN)


....bersambung(Haji Qiran)



....bersambung di SINI

Selawat Tafrijiyah



Sayu hati tiapkali dengar Selawat Tafrijiyah....

Mari kita ulang² berselawat Tafrijiyah




Maksudnya: Ya Allah limpahkanlah selawat (rahmat) yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, yang menjadi sebab terungkai segala kebuntuan dan terbuka segala kesusahan serta ditunaikan segala hajat dan dipenuhi segala keperluan serta dikurniakan husnul khatimah dan dikurniakan limpahan rahmat dengan keberkatan sosok tubuh (kemuliaan) Baginda SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda dan sahabatnya dalam setiap kerdipan mata dan nafas setiap makhluk Engkau miliki.



Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi

Allahumma solli solatan kamilatan

Wasalim sallaman taammaa

A’laa saidina muhammadinil lazi

tanhallubihil u’kadu

Watanfariju bihil kurobu

Watukdho bihil hawa iju

Watunaalu bihirro gha’ ib-u

Wahusnul khawaa timi

Wayustasqhol ghomaamu

biwajhihil karim

Wa ala alihi wasah bihi

fi kulli lamhatim wanafasi

wanafasin Bi’ adadi 

kulli mak’lu mim lakh.



Sambut Hari Lahir

"Alhamdulillah terimakasih semua raikan birthday mama semalam."  

Doakan agar Allah beri kesihatan buat mama di usia berbaki ini. Moga Allah beri husnul khotimah untuk kehidupan yang berbahagia di akhirat nanti..aamiin.

.

.

Sambut hari lahir kali ini kiranya ada beberapa sesi..hahaha... Saya pun tak sangka ada yang pergi tu dah siap plan dan ada pula yang kami pergi tu secara ad-hoc tanpa plan.  Contohnya pergi PD tak plan pun. 


Mama suka pantai



Balik dari PD alhamdulillah berpeluang singgah melawat Masjid  Sri Sendayan yang sangat cantik itu.


Sebelum trip ke PD tempohari, en suami ada bawa makan² kiranya birthday treat in advance di restoren steak popular di KL...auwww tq tq

Makan steak
terpaling sedap di KL alhamdulillah

Dan semalam pula...anaknda bawa makan² ke Restoren Me'nate di Sunway Putra. Halah halah makan steak lagiiii...mendadak laa naik paras kolestrol mama...huuuu




Terimakasih kasi hadiah hari lahir  tanda ingatan buat mama di iringi doa. Jazakumullahu khairon💝

Tq abg n rin♡

Tq kakak n Naim♡

Tq shilah♡


Alhamdulillah...

Wajib Haji: Melontar Jamrah, Mabit di Mina dan Melontar ketiga-tiga Jamrah



Bismillahirrahmanirrahim

...sambungan dari SINI

Alhamdulillah baru nak update sedikit kefahaman ilmu dari siri Kursus Haji minggu ke 7 pada 17/12/23. Jazakallah Ustad Roslan.

............................

WAJIB HAJI KE 4

MELONTAR JAMRAH KUBRA

Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (hari Nahar @ Hari Raya Korban) di Mina

Kena ada 7 biji anak batu.  Waktu afdal melontar ialah pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah. Waktu yang diharuskan ialah selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.


Syarat melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah

✔️masuk waktu melontar

✔️melontar dengan batu atau jenis²nya

✔️hendaklah melontar dengan tangan

✔️melontar dengan gaya lontar

✔️melontar satu persatu

✔️yakin batu lontaran masuk Jamrah

✔️tujuan tidak terpesong selain melontar

✔️cukup tujuh(7) biji dengan yakin


Sebaiknya jemaah kena ada di Mina 12 tengah malam. Kalau sampai awal di Mina, belum boleh melontar. Contoh sampai pukul 11  malam, belum boleh melontar.

Seluruh jemaah akan duduk di Mina Muassim. Yang paling dekat dengan Mina Muassim ialah Jamrah Kubra.

Kena faham definasi malam  --》iaitu maghrib hingga sampai sebelum Subuh.

Pertukaran hari dalam Iskam bermula waktu maghrib. Kita berubah tarikh, bilamana masuk waktu maghrib. Cth: 9 Zuhijjah bila masuk Maghrib dah kira bermula 10 Zulhijjah.

Jadi bila detik tengah malam?

Kiranya pukul 12malam itu waktu tengah malam. Jadi selepas jam 12 tengah malam baru boleh melontar.  Kalau ada peluang, kita dah boleh pegi melontar pada waktu itu. Kita duduk area Muassim, nak pergi ke Jamrah Kubra jarak jauhnya dalam 3.5km yang mengambil masa dalam 45minit.

Kata ustad, kalau dapat pergi awal pergi lah melontar.

Sewaktu kita melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah,  kita masih berihram sebelum Tahallul Awal.


TAHALLUL

Tahallul Haji terbahagi kepada dua(2):

- Tahallul Awal

- Tahallul Thani


Selepas bercukur/bergunting, maka terhasil-lah Tahallul Awal. Terhasilnya tahallul awal di Jamrah Kubra di Mina(selepas melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, dah boleh bercukur/bergunting). Maka, setelah tahallul awal, dah tak pakai ihram.


Harus di-fahami, tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua(2) dari tiga(3) perkara:

1. Melontar di Jamrah Kubra

2. Bergunting/bercukur

3. Tawaf Rukun dan Saie


Jemaah haji yang telah tahallul Awal, boleh melakukan perkara² yang dilarang semasa ihram kecuali tiga (3) perkara: nikah dan perkara yang berkaitan, mukadimah persetubuhan, bersetubuh.


Nota:

Bila dah selesai semua perkara di Mina,  masuk balik Makkah pada 13 Zulhijjah. Jangan pergi  tawaf dulu. Rehat dulu. Pergi ulang alik masjid solat 5 waktu. Pakai baju biasa. Pada 14/15/16 Zulhijjah boleh la pergi buat Tawaf dan Saie. Jangan bertangguh lama². Setelah selesai Tawaf Rukun dan Saie, maka dah terhasil tahallul Thani. Pabila tahallul Thani terhasil, maka jemaah dah terlepas dari semua pantang larangan ihram.

Tahallul Thani terhasil di Makkah.


Jom kita tengok carta pelaksanaan dan waktu ibadah haji. Hadamkan biar betul² faham inshaaAllah.


........................................

WAJIB HAJI  KE 5

MABIT DI MINA

Iaitu: 

Berada di bumi Mina pada malam hari tasyrik dalam tempoh lebih separuh waktu malam. Bermalam-nya pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah.


Bermalam (mabit) di Mina; ada 2 pilihan-

(1)Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah). Dinamakan Nafar Awal

(2)Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah) Dinamakan Nafar Thani.


Pengecualian mabit jika uzur:

  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa

Tempoh bermabit:
Ada 2 pendapat
(1)Pendapat yang muktamad/Al-Asah iaitu: masa berada di Mina lebih daripada jumlah masa separuh malam (AMALAN RASMI TABUNG HAJI)

(2)Pendapat yang lemah/muqabil Al-Asah iaitu: memadai berada di Mina ketika masuk waktu Subuh (azan Subuh dilaungkan)
(TIDAK DIGALAKKAN, HANYA BAGI KES TERTENTU SAHAJA)


KAIFIYAT NAFAR AWAL

Nafar Awal - meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa mabit dan melontar Jamrah bagi 13 Zulhijjah dengan syarat- syaratnya:

  • Telah sempurna bermalam (mabit) di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah
  • Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
  • Berqasad untuk melakukan Nafar Awal(selepas melontar Kubro tetapi sebelum melintasi sempadan Mina)
  • Meninggalkan Mina sebelum maghrib pada 12 Zulhijjah
  • Tidak berazam untuk kembali lagi ke Mina

~~~~~~~~~~~~~~
(Rujukan)

Firman Allah SWT

Maksudnya: “Sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa”

(Surah al-Baqarah: 203)

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam Tafsir al-Munir menjelaskan bahawa menjadikan jamrah hanya pada dua hari (11 dan 12 Zulhijjah) sahaja tidaklah berdosa, manakala sesiapa yang melanjutkannya sehingga hari yang ketiga (13 Zulhijjah) adalah juga tidak berdosa. Maka apa yang paling afdhal ialah kekal di Mina dan bermabit padanya selama tiga hari tiga malam untuk melontar. (Rujuk Tafsir al-Munir, 2/218)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Yang ikut TH semua dapat Nafar Thani(mabit hingga 13Zulhijjah). Alhamdulillah sempurna InshaaAllah.


WAJIB HAJI KE 6
MELONTAR JAMRAH PADA HARI TASYRIK
Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik pada 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH


Syarat Melontar Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
✔️Masuk waktu melontar dan tertib jamrah
✔️Melontar dengan batu atau jenis²nya
✔️Hendaklah melontar dengan tangan
✔️Melontar dengan gaya lontar
✔️Melontar satu persatu
✔️Yakin batu lontaran masuk jamrah
✔️Tujuan tidak terpesong selain melontar
✔️Cukup tujuh(7) dengan yakin

Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamarat untuk dirinya sendiri.





~~~~~~~~~~~~~~~~
Melontar pada 11 Zulhijjah hari tasyrik pertama
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah(waktu zohor)
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melontar pada 12 Zulhijjah (hari tasyrik kedua)
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah(waktu zohor)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melontar pada 13 Zulhijjah hari tasyrik ketiga
-melontar jamrah Sughra 7 biji
-melontar jamrah Wusta 7 biji
-melontar jamrah Kubra 7 biji

Waktu diharuskan - selepas terbit fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
Waktu afdhal - selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah(waktu zohor)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nota: 
Jarak di antara perkhemahan di Mina Muassim ke Jamrah (tempat melontar) ialah 3.5km (sehala). Jemaah haji perlu berjalan kaki berulang-alik 3 hari. Jemaah berpakaian biasa dan telah tahallul Awal.
Jarak di antara Jamrah Sughra ke Jamrah Wusta ialah 200 meter, manakala jarak antara Jamrah Wusta ke Jamrah Kubra ialah 247 meter

Mina ini kena duduk dalam keadaan menginsafkan. Kena ingat ada yang tak ada tempat khemah, ada yang tak ada makanan yang disediakan.  Kalau kita rasa kita miskin, ada lagi orang yang lebih miskin. Setiap susah itu akan datang nikmat. Haji ini dia datang dengan kesusahan. Tapi kita redho lah. Ulang² ucap talbiyah. Mina adalah tempat yang banyak menguji kesabaran dan ketahanan mental/fizikal jemaah haji. Kena banyak bersabar, jangan berebut, jaga kebersihan dan ikut peraturan.
Wallahu'alam.


Lafaz talbiah

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Riwayat Muslim (1184)


.......bersambung di SINI

Saya Nak Pergi Haji



...bersambung dari SINI

Alhamdulillah Allah masih beri nafas hari ini. Syukur dapat duduk dalam majlis ilmu.  

~Ustad Roslan bagi motivasi sebagai intro~

"Nak jadi baik kena usaha tuan tuan", antaranya duduk dalam majlis ilmu" kata ustad.

Mulakan dengan istighfar. Jangan tinggal doa. Allah Maha Mendengar doa kita. Mintak ampun.  Allah Maha Luas Keampunan-Nya.

Kita belum dipanggil? Bersabar, bersyukur, bertenang maka inshaaAllah hati kita tak terburu-buru. Jangan kita buruk sangka dengan Allah. Walaupun dah banyak kali datang kursus haji, tapi masih belum dipanggil. Jangan kecewa. Itu tandanya belum sampai masa untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik bagi kita. Allah sebaik² perancang. Dapat datang kursus hari ini pun, syukur alhamdulillah. Kalau Allah tak bagi hidayah dan petunjuk-Nya, tak datang kita kursus hari ini.

Doa... "Ya Allah..hamba nak pergi haji..berilah hamba peluang..."

Doa sambil mengalirkan airmata. Mintak sungguh² pada Allah..

Kena yakin akan dapat jemputan dari Allah SWT. Kena yakin Allah akan sampaikan hajat kita nak tunaikan rukun Islam yang ke-5 ini secepat mungkin...aamiin.

...................................

Berbalik pada kata² motivasi ustad, kita kena banyak syukur. Yang kita kena lebih sedih sebenarnya, jika kita yang umur macam ni, masih leka, masih lalai. Yang itu kena perbaiki dulu. Umur dah 60 tahun, alhamdulillah jika sekarang kita duduk di masjid. Maka muhasabah diri. Perbaiki amalan agar mampu jadi insan yang lebih baik inshaaAllah.

Syukur dengan kasih sayang Allah. Ingat Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang. Kalau fikir setakat upaya kita saja, memang tak kuat. Tapi dengan bantuan dan izin Allah alhamdulillah kita kuat. 

Orang yamg pergi haji ini kena yakin pada Allah. dalam masa yang sama kena ikhtiar dan usaha bukan sekadar berserah semata². Cth: cuba lah usaha bertanya² pada TH, tiap hari check Thjari untuk tengok rayuan dah buka ke belum dsb.

Kalau dah pergi haji ni, kita dah lengkapkan rukun Islam yang ke-5 alhamdulillah. Jadi kena bertawakkal sungguh². Sabar menunggu panggilan haji. InshaaAllah Allah akan mudahkan kita...aamiin 


...bersambung di SINI

Kek Pisang Coklat

Assalamualaikum.

Pisang Awak yang setandan masih berbaki dua sikat. Jadi teringat nak buat kek pisang🥮

Pisang Awak hasil tanaman Alhamdulillah

Kebelakangan ini pakai resepi hasil google bila nak buat kek pisang. Cari kelainan rasa sikit..hi hi

Resepi kek pisang yang ini simple tapi en suami duk ulang ambik makan sampai la kek tu kami dapat habiskan dalam masa dua hari. Makan berdua je pun, week days kan..

Jom tengok resepi❗️ 

RESEPI KEK PISANG COKLAT
Bahan-bahan 
Untuk loyang kek 9 x 13 inci 
- 3 biji telur 
- 100g gula halus 
- 210g pisang lecek 
- 150g tepung kek 
- ½ sudu kecil serbuk penaik 
- ¼ sudu teh baking soda 
- 100ml minyak sayuran 
- ½ sudu kecil garam 

Cara membuatnya 
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan whisk hingga berbuih. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Lecek pisang dalam mangkuk yang berasingan. Jangan over lecek pisang😁
4. Masukkan pisang yang dilecek ke dalam adunan telur dan gula, dan gaul rata. 
5. Ayak tepung kek, baking soda dan serbuk penaik dan gaul rata. 6. Masukkan minyak ke dalam adunan dan kacau rata dengan senduk kayu. 
7. Tuangkan ke dalam tin kek dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga  bahagian atas kek berwarna perang keemasan. Boleh memasaknya lebih lama jika suka kaler kek yang lebih gelap. 

Alhamdulillah boleh tahan best rasa kek tu sebab saya susun² kepingan coklat atas kek sebelum baking. Maka jadilah kek pisang berperisa coklat💞

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pula kek yang buat baru² ini yang  buat pakai Pisang Lemak Manis.  Setandan pisang tu,  lepas ambil dari pokok sehari, esoknya terus pisang setandan masak sekaligus. Itu yang gigih membaking untuk selamatkan pisang  dari jadi terlebih masak.








Ayam Bakar Air Fryer

Assalamualaikum.

Alhamdulillah mula² nya nak cerita pasal Air Fryer. YEZZZ✔️ dapat la jugak beli walau pun dah 2 - 3 decide nak beli sebelum ni tapi last last tak jadi. Beberapa kali tertangguh la kiranya.

Tapi tak sangka, satu hari tu tiba² jadi pulak terbeli padahal takde plan pun. Dapat harga promo, buy 1 + 1 = ###  ALHAMDULILLAH.


Ini lah dia🤗

Jadi bila dah ada air fryer ni jadi bersemangat lah nak terus cuba guna untuk masak dinner malam tu.

Menu pertama yang buat pakai air fryer malam tu, tidak lain dari Ayam Bakar.

Maka terhasillah Ayam Bakar Air Fryer yang superb🫡

TERBAEK❗️ Sangat sedap🍗🍗. 

Jom kita tengok resepi:



AYAM BAKAR AIR FRYER

Bahan²:

Ayam drumet 10 keping

1 sudu kecil garam 

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil kicap

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar madu lebah

½ sudu kecil serbuk kari ayam (optional)

1 sudu kecil minyak masak

Aksesori sayur: brocoli, carrot, terung, cili banggala - potong ikut suka


Cara membuatnya:

Perap ayam dengan kesemua bahan sekurang²nya  ½ jam. 

Susun ayam atas jaring loyang air fryer.

Selalu ulang buat. Dah tak rasa teringat Drumet yang kat pizza hut tu..hi hi.. Alhamdulillah dah macam sebijik New Orleans♡♡♡


Bakar selama 18 - 20 minit dengan suhu 180°C.

****balikkan ayam bila suhu tinggal 10minit.

****taburkan sayur bila suhu tinggal 5 minit


Tak rugi beli air fryer, memang best guna✔️

Wassalam.



Happy Birthday To Me


Alhamdulillah hari ini Jumaat 15/12/23 bersamaan dengan 2 Jamadil Akhir 1445H, kusambut hari ulang tahun kelahiran. Happy Birthday to me🍰

Semalam, sahabat umrah Nov 2019, kak ros ada menghantar wasap..🌹
.
.
Kakros: ti sehat?

Sy: Alhamdulillah ti ok kakros cuma demam dan batuk sikit². Kakros sehat ya? Moga sentiasa Allah beri kesihatan yg berpanjangan.. aamiin

Kakros: Syukur Alhamdulillah akak beransur sihat tapi masih batuk. Ari Isnin Allah uji bagi demam, dah lame sihat. Allah jentik sikit biar sedar diri.

Sy: Sama ngan ti kakros🥲🥹

Kakros: Allah bagi kita rehat kejap.

Sy: Ti demam  on off kros

Kakros: Kene berurut tu. Biar dibetulkan urat2 yg tersimpul.
.

Rasa macam tiba² Allah hantar prihatin seorang sahabat di angin lalu. Alhamdulillah🩶


Sempena Birthday di hari Jumaat yang mulia ni, 
  1. Semoga Allah kurniakan daku cinta dan rahmat-Nya pada hari ini dan hari-hari seterusnya.
  2. Ya Allah ya Tuhan ku, berikanlah daku petunjuk agar daku dapat menjadi manusia yang lebih baik lagi di kala usiaku bertambah.
  3. Ya Allah, jadikan lah daku hamba yang sering bersyukur dengan nikmat-Mu

Besday lagi ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Alhamdulillah syukur hari ini  ku sambut lagi hari ulangtahun kelahiran. Umur yang Allah pinjamkan ini angkanya makin bertambah tapi usia sebenarnya makin berkurang.  Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari daku memohon lagi agar Allah rezekikan kesihatan yang berpanjangan agar mudah urusan ibadahku. 
Moga Allah memberkati baki² usia ini agar di hujung lorong kehidupan ku Allah beri husnul khotimah InshaaAllah. Moga Allah rezekikan daku mendapat Syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti dan moga Allah masukkan daku ke dalam Syurga Firdaus -Nya tanpa hisab.

Amin ya Robbal Alamin
.
.
Checklist

Agar hidup lebih bermakna🌸

- [ ] Solat di awal waktu, bersedia atas sejadah sebelum masuk waktu
Buat Kobliyah/Ba'diyah
- [ ] Lazimkan qiam 30min awal sebelum subuh. Mulakan dgn solat tahajud, hajat, witir. Solat Sunat Fajar selepas azan Subuh/sebelum solat Subuh(kobliyah)
- [ ] Baca al mathurat tiap pagi dan petang
Solat Dhuha
- [ ] Baca quran tiap hari
Baca al-Waqiah, al- Mulk sebelum tidur, Al-Kahf tiap Jumaat
- [ ] Zikrullah
Istighfar perbanyakkan
Selawat perbanyakkan
- [ ] Qadha solat lepas solat fardhu/ sebelum masuk waktu
-[ ] Perbanyakkan bersedekah. Istiqamah sedekah subuh online.


Moga² Istiqamah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu sekali pernah semak tarikh lahir dalam tahun hijrah..alhamdulillah lahir dulu pun hari Jumaat, 13 Ramadhan..
wallahu"alam...

hari ini check balik, terus screenshot alhamdulillah..



Wajib Haji:Niat Ihram di Miqat dan Larangan Ihram

 


....bersambung dari SINI

Alhamdulillah hadir dalam Kursus Haji minggu ke-6 pada 10/12/23.

.............................

Kita mula dengan istighfar.


Susuli dengan...
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Allah-lah Yang Maha Besar


اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ
Allah , Allah , Allah , Ya Allah


حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.


تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal
di atas apa yang telah kami lakukan


Dan mari kita ucap Talbiyah...

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ

LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa sharikalakalabbaik, 
'innal-hamda, 
wanni'mata, 
laka walmulk, 
laa sharika lak

Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.

Al-Bukhari, Muslim 2/841.


MOGA ALLAH PILIH KITA MENJADI TETAMU-NYA...Aamin
........................


WAJIB HAJI

Objektif:
  • mengetahui pengertian wajib haji
  • memahami pengertian miqat makani dan zamani
  • mengetahui 13 perkara larangan ihram
  • mengetahui pengertian dam dan jenis²nya
  • memahami maksud bermalam di Muzdalifah (masa dan tempat)

Pengertian Wajib Haji
Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib  dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat²nya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

WAJIB ini kalau tak buat, hajinya sah. Sebab tu dia ada dam. Gantinya, dam. Wajib haji ini kalau tak buat, maka kena dam.
Cth:
#tak melontar
#tak berada di Mina pada waktunya

Jika ada sebab tak melakukannya, tak berdosa. Tapi tetap kena dam. Kalau tiada sebab, maka berdosa dan kena dam.


6 WAJIB HAJI
  1. Niat ihram di miqat
  2. Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
  3. Bermalam(mabit) di Muzdalifah
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
  5. Bermalam(mabit) di Mina pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  6. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik


WAJIB HAJI 1: NIAT IHRAM DI MIQAT

** niat ihram hendaklah di miqat atau sebelumnya

**ingat setelah niat ihram mestilah jaga larangan dalam ihram

~~~~~~~~~~~~~~~

WAJIB HAJI 1
MIQAT
Erti miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat Ihram atau Umrah.

#Miqat Zamani
(Sempadan masa)

#Miqat  Makani
(Sempadan Tempat)

Miqat Zamani 
- bagi haji ialah bermula 1 Syawal hingga seketika sebelum terbit fajar hari yang ke 10  Zulhijjah. Inilah yang dinamakan bulan² Haji.

Tidak sah ihram haji jika dilakukan di luar bulan haji, sebaliknya terjadi ihram umrah.

Miqat tempat (Makani)
Jemaah dari luar Makkah
miqatnya:
- Qarnul Manazil
- Bir Ali
- Yalamlam
- Juhfah
- Zatul Irqin

Bagi jemaah yang dalam Makkah,
untuk Haji miqatnya:
-Tanah Haram/tempat tinggal di Makkah

Sebaliknya miqat bagi jemaah yang dalam Makkah, untuk Umrah miqatnya:
- Ji'ranah
- Tan'im
- Hudaibiyah
- Syumaisyi
- Tanah Halal

Peringatan:
Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang perjalanannya terus ke Makkah ialah Qarnul Manazil.

Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang perjalanannya dari Madinah ialah Bir Ali
~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom kita tengok pelaksanaan Rukun dan Wajib Haji;
  • Niat ihram (Rukun Haji 1)
  • Niat di miqat (Wajib Haji 1)
  • Larangan ihram (Wajib Haji 2)
  • Wuquf (Rukun Haji 2)
  • Mabit di muzdalifah (Wajib Haji 3)
  • Melontar jamrah kubra  (Wajib Haji 4)
  • Bergunting/bercukur (Rukun Haji 5)
  • Mabit di Mina (Wajib Haji 5)
  • Melontar ketiga-tiga jamrah (Wajib Haji 6)
  • Tawaf (Rukun Haji 3)
  • Saie (Rukun Haji 4)
  • Tertib pada kebanyakan rukun(Rukun Haji 6)

Harus difahami, mabit atau bermalam bukannya tidur. Manfaatkan keberadaan kita mabit, dengan amal² soleh.

Kena perbetulkan sikap tanya diri, kita nak pergi haji ni sebab apa... Duduk dalam suasana khemah yang padat, rehat, tidur dan makan sama², memerlukan jiwa yang kental. Kena buang sikap keakuan dalam diri. Kena berlapang dada.

Kerja haji ini hanya 6 hari saja.
8 zulhijjah bergerak ke Arafah.

TH akan hentikan penerbangan di saat akhir. KT terakhir biasanya seminggu sebelum wuquf.

Orang yang buat haji Tamattu', niat ihram(Rukun Haji 1) pada 8 zulhijjah.
Niat haji dia kena buat di hotel penginapan Makkah(Wajib Haji 1)

Bila dah niat, diri dah termasuk dalam 13 pantang larangan ihram. (Wajib Haji 2) Pakaian ihram ingatkan kita yang kita akan kembali pada Allah.

Bergerak dengan bas menuju Arafah. Jarak Mekah ke Arafah 22km.

9 zulhijjah
Arafah - Wuquf(Rukun Haji 2)
Syarat sah haji - mesti berada di Arafah waktu tergelicir matahari.
2 juta orang berada di Arafah, semua berkumpul dalam satu masa.

Kemudian berangkat keluar dari Arafah, lepas Maghrib 10 zulhijjah sampai Muzdalifah.
Jarak Arafah ke Muzdalifah 8km.

Muzdalifah - Nak kena ada di sini tengah malam.(Wajib Haji 3)mabit

Bergerak ke Mina selepas tengah malam. Jarak Muzdalifah ke Mina 8km.

Mina - 10 Zulhijjah: melontar di Jamrah Kubra (Wajib Haji 4)

Mabit di Mina -11 zulhijjah, 12 zulhijjah dan 13 zulhijjah(Wajib Haji 5)

Melontar di ketiga² jamrah(Jamrah Kubra, Jamrah dan Jamrah pada hari² Tasyrik :11 zulhijjah, 12 zulhijjah dan 13 zulhijjah)(Wajib Haji 6)

Balik ke Mekah untuk Tawaf(Rukun Haji 3) dan Saie(Rukun Haji 4)
Jarak Mina ke Mekah 7km.

Kerja haji ini hidup. Kena bangun walaupun sakit. Di Arafah tidur dalam suasana sempit, panas simulasinya ibarat di dalam kubur. Semua kemungkinan keadaan kena hadapi.

Dalam bas nak buat apa? Sepanjang kita dalam perjalanan hendaklah kita banyak bertalbiyah. Perjalanan dari Makkah ke Arafah, bayangan ibarat meniti titian sirat. Talbiyah main peranan buat kita menangis, mengalirkan air mata. Maka kena hadap.

Duduk 2 juta orang di Arafah dalam satu masa, boleh kah?
Sesungguhnya bukan senang nak uruskan manusia seramai itu. Namun Alhamdulillah dengan bantuan Allah Taala, jemaah haji pergi selamat; balik selamat.

Di muzdalifah orang yang ambil pakej ada yang tak nak turun dari bas. Mereka duduk dalam bas sahaja.

Kita berada di mina pada 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah.

Yang mencabarnya dalam masa 6 hari itu lah. Susahnya dalam tempoh itu. Haji ini satu pengorbanan. Jadi kena lalui.

Ujian dengan rakan sebilik pun satu hal juga. Jadi kena banyak² doa yang baik² agar dapat rakan yang baik², yang boleh bertoleransi.

~~~~~~~~~~~~~~~~
(Sambungan lepas break 11.05pagi)


SUNAT IHRAM
Amalan sunat sebelum niat ihram:
  • Mengerat kuku
  • Merapikan janggut, misai dan rambut
  • Menanggalkan bulu ketiak, Ari-ari dsb
  • Mandi Sumat Ihram
  • Mengambil wudhuk
  • Memakai wangian pada badan(bukan pada kain ihram
  • Memakai minyak rambut
  • Memakai kain ihram berwarna putih
  • Solat sunat Ihram

Amalan sunat semasa niat ihram
  • Mengadap ke arah kiblat
  • Berada dalam keadaan wudhuk

Amalan sunat selepas berniat
  • Bertalbiyah, berdoa, bacaan al-Quran, zikir
  • Elak dari berbual kosong (lagho)


WAJIB HAJI KE 2: LARANGAN IHRAM

Larangan Dalam Masa Ihram
  1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum(lelaki)
  2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  3. Menutup muka(wanita)
  4. Memakai sarung tangan(lelaki dan wanita)
  5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan minuman atau menghidunya ke dalam hidung
  6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi
  7. Menanggalkan rambut atau bulu
  8. Mengerat atau memotong kuku
  9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di tanah haram
  10. Memburu binatang buruan
  11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
  12. Melakukan pendahuluan persetubuhan
  13. Melakukan persetubuhan

Perkara larangan ihram terbahagi kepada dua ketegori:
TARAFFUH DAN ITLAF

Taraffuh bererti perkara kebiasaan, kesukaan, kegemaran dan keseronokan bagi seseorang(pakaian, berwangi-wangian dan hubungan jantina)
Jika dilakukan dengan sengaja dikenakan dam. Sekiranya dengan sebab lupa atau tak sengaja, maka tidak dikenakan dam.

Itlaf  bererti perkara² yang jika dilakukan boleh menyebabkan perkara itu menjadikan rosak atau binasa atau bercerai tanggal. (Kecantikan - rambut/kuku atau bulu dan alam sekitar)
Jika dilakukan dengan sengaja(berdosa) atau jahil atau tidak sengaja(tidak berdosa) tetapi tetap dikenakan dam




WAJIB HAJI KE 3
~ MABIT DI MUZDALIFAH

Mabit di Muzdalifah 
Erti mabit -
Berada di bumi Muzdalifah walaupun seketika mulai separuh malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut.


Amalan sunat sewaktu bermalam (mabit) di Muzdalifah:
  1. Talbiyah
  2. Berdoa
  3. Berzikir
  4. Sembahyang sunat
  5. Mengutip anak² batu

Pengecualian mabit jika uzur termasuk:
  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa cth: ditinggalkan kenderaan
Jika meninggalkan mabit tanpa uzur syarie adalah berdosa dan diwajibkan dam.
Jangan fahamkan 'bermalam' itu tido. Muzdalifah bukan masa kita nak tidur. Banyakkan talbiyah, zikir, doa dsb.


Wallahu'alam.




......bersambung di SINI

Rukun Haji; Saie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun


 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
... bersambung dari SINI

Kursus Haji bersiri minggu ke 5 ini, alhamdulillah berpeluang mendapat pencerahan ilmu daripada ustaz jemputan iaitu Ustaz Muhammad Hasnil. Jazakallahu Khoiron.

...sambungan RUKUN HAJI

Rukun Haji
Tidak dapat tidak, mesti ada.

RUKUN HAJI (4) - SAIE
Membawa maksud
  • berjalan berulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat²nya.

Berjalan bermula dari Bukit Safa(kaki bukit Safa) ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali berulang alik.


Syarat Sah Saie
  • Dilakukan selepas tawaf samada tawaf haji/tawaf qudum(ifrad/qiran)/umrah
  • Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit  Marwah.
  • Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira satu kali daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali daripada Bukit Marwah ke Bukit Safa.
  • Hendaklahlah sampai ke penghujung tempat Saie di kaki bukit Safa dan di kaki bukit Marwah(ada papan tanda)
  • Hendaklah Saie di tempat yang termaklum.
  • Mengekalkan niat Saie.

Saie haji dan Saie umrah dari segi amalannya sama tapi yang membezakannya adalah niat dan masa bila dilaksanakan.

Kiraan Saie; dari kaki Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira 1, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira 2..dan seterusnya.
Jarak Bukit Safa ke Bukit Marwah +- 420m. Keseluruhan 7x berulang alik menghampiri kira² 3km.
Saie tak perlu ada wudhuk. Namun sunat ketika Saie dalam keadaan berwudhuk.

Bagi lelaki sunat berlari² anak tiga pusingan pertama di kawasan lampu hijau, 4 yang terakhir berjalan macam biasa. Orang yang ada masalah kesihatan, elok jangan berlari.
Sunat bagi lelaki beridtiba pada semua pusingan.

Tawaf dan Saie jika naik skuter(kenderaan) hukumnya harus. Namun jika sihat, lebih afdhal berjalan kaki kerana sunat mengerjakan saie dengan berjalan kaki.

Nak pergi haji ni, kalau boleh minimumkan 'terasa hati'. Bincang dengan suami/isteri moga dapat memberi sokongan antara satu sama lain dalam bab menjaga hati ini. Kalau suami taknak dengar, doa je pada Allah.

Saie ini tempat mustajab berdoa. Banyakkan berdoa sepanjang mengerjakan Saie. Boleh doa dalam bahasa kita, bahasa Malaysia.
Tidak ada yang sia² dalam perkara ibadah.

Boleh berjalan berulang alik sambil berzikir.
Cadangan zikir cth:
Pusingan 1: Astaghfirullah
Pusingan 2: Subhanallah
Pusingan 3: Alhamdulillah
Pusingan 4: Allahu Akhbar
Pusingan 5: La ilaha illallah
Pusingan 6: Allahumma Solli Ala Muhammad
Pusingan 7: La haulawala quwata illa billah




Pekerjaan Saie ini bersandarkan pada kisah Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim a.s. Kisah Hajar ini,  di sebaliknya menceritakan tentang hikmah pengorbanan seorang isteri dan ibu kepada anaknya mencari air. Hajar berulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air untuk memberi minum anaknya Nabi Ismail a.s

Pekerjaan Saie ini, jika terlupa pakai stokin bagi wanita, sah Saie nya tapi dia berdosa. Maka kena beristighfar. Hendaklah sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

Jika berhenti minum air zam zam, bila nak sambung balik bersaie berdiri di tempat mula² berhenti kemudian undur beberapa langkah ke belakang sebelum mulakan langkah sambung bersaie.

Tidak ada niat iktikaf sebab kawasan Saie bukan dalam masjid. Wanita yang sedang dalam haid boleh berada di kawasan Saie.

Tidak ada ibadah Saie Sunat.

Semasa bersaie, kena sampai ke check point. Jangan pula belum sampai dah buat u-turn.
Jemaah perlu  berhati² untuk permulaan dan pengakhiran di Safa dan Marwah jika Saie di bawah tanah( lower ground).


RUKUN HAJI(5) BERCUKUR/BERGUNTING
maksudnya
  • Menanggalkan/menghilangkan sekurang²nya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat² sahnya.
-  masuk waktu
-  rambut di kepala
-  tidak kurang 3 helai rambut

Waktu bercukur/bergunting
-  ia dilakukan selepas separuh malam, pada malam 10 Zulhijjah bagi orang yang mengerjakan haji.

Wanita hendaklah sentiasa menjaga aurat takkala bergunting. Elakkan menerima pelawaan orang asing/kumpulan yang boleh tolong menggunting rambut kita sebab dikhuatiri mereka itu scammer yang akan minta bayaran yang mahal. Bercukur/bergunting ini menghasilkan Tahallul Awal. Ia merupakan check-out dari larangan dalam ihram.

Tahallul ialah melepaskan diri dari larangan dalam ihram.
Tahallul haji terbahagi kepada 2 iaitu (1) tahallul awal  (2)tahallul thani




Talbiyah bermula buat jemaah haji ketika lepas berniat  haji. Talbiyah ini kalau boleh sehingga menangis(mengalir air mata)


RUKUN HAJI(6) TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
Maksudnya:
Yang dahulu di dahulukan
Yang kemudian di kemudiankan.
Buat pada masa dan pada tempat yang betul/tepat.

Ustad sambung memberi pencerahan tentang ketiga-tiga cara buat haji iaitu haji Tamattu', haji Ifrad dan haji Qiran.

Haji Tamattu' - buat umrah dahulu baru buat haji. Ia untuk jemaah yang datang penerbangan awal.

Haji Ifrad - masuk ke Makkah dengan niat haji. Selepas selesai haji baru buat umrah. Jemaah yang buat haji Ifrad berpeluang buat tawaf Qudum. Ia biasanya untuk yang datang penerbangan akhir)

Haji Qiran - niat serentak haji dan umrah. Jarang orang buat haji Qiran ni tapi kiranya ada pilihan jika nak buat. Orang yang bertugas sibuk bantu jemaah, mereka ini boleh buat haji Qiran. Cth: doktor, jururawat atau petugas.

Walaupun ada tiga cara buat haji, namun realitinya kita hanya akan buat satu jenis haji sahaja. Tapi sekurang²nya kita kena ada pengetahuan atau kefahaman ilmu tentangnya.

Cth: sepasang suami isteri iaitu En Osman dan Puan Minah sampai ke Makkah pada 5 Zulhijjah. Puan Minah nak buat Haji Tamattu' sedangkan suaminya En Osman berhajat nak buat Haji Ifrad jadi mereka berbeza niat (semasa berniat di qarnul manazil di atas kapal terbang). Kedua² mereka sama² buat tawaf di mana Puan Minah buat Tawaf Umrah sedangkan En Osman buat Tawaf Qudum. Selesai tawaf mereka mengerjakan Saie di mana Puan Minah buat Saie Umrah sedangkan En Osman buat Saie Haji. Selesai bersaie Puan Minah bergunting dan dah lepas dari ihram sedangkan En Osman tidak bercukur/bergunting dan masih kekal dalam ihram.

Kalau datang 1 Zulkaedah penerbangan awal, haji Ifrad terang² tak sesuai. Jadi kalau berhajat nak buat haji Ifrad, kena usahakan datang penerbangan akhir.
Yang datang penerbangan awal boleh buat haji Tamattu'.

Kerja haji terlengkap dalam 6 hari:
8 zulhijjah - hari talbiyah
9 zulhijjah - hari wuquf
10 zulhijjah - mabit di muzdalifah 
11 zulhijjah - hari Tasyrik
12 zulhijjah - hari Tasyrik
13 zulhijjah - hari Tasyrik


Pada 8 zulhijjah, jemaah akan berniat haji di hotel penginapan dan kemudiannya akan naik bas menuju ke Arafah untuk berwuquf.


Haji Tamattu' - Kebanyakan jemaah buat haji yang ini.
  • Niat ihram haji
  • Wuquf
  • Bercukur/bergunting (selepas melontar di Jamrah Kubra)
  • Tawaf Haji
  • Saie Haji

Ya betul bulan haji bermula 1 Syawal. Tapi kita delay-kan niat haji. Cth: Penerbangan kita 20 Zulkaedah, jadi kita delay-kan niat pada masanya.

Apabila selesai berwuquf di padang Arafah, petangnya kita naik bas menuju ke Muzdalifah.

Haji Tamattu' dan haji Qiran kena bayar dam manakala haji Ifrad tak perlu bayar dam.
Orang yang buat haji Ifrad, dirinya agak lebih lama berada dalam pantang larangan ihram. Cth: sampai Makkah 5 zulhijjah, 9 zulhijjah baru hari wuquf.


Wallahu'alam.


....bersambung di SINI