Alhamdulillah...Wow! tiba² je termasuk dalam list peserta nak ke Aceh. Perhatian: bukan ke kedai Aceh ya tapi ke Banda Aceh, Indonesia...gitew👋
Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah, inshaaAllah dapat kami bermusafir ke bumi Indonesia pula selama 4hari 3 malam.. Gi obesi kali ni gais😂😂
Bila dah confirm nak ikut pergi trip kali ni, dan dah mula bayar deposit @ booking tiket rm500, kemudian beberapa hari selepas itu selesaikan pula sepenuhnya belen rm700..maka bermula lah episod pencarian di google cerita² tentang Aceh. Kena tau² la sikit kan sebelum betul² pergi. Itinerary pun dah dapat, makanya perbualan setiap hari saya dan en suami pun tiada lain, asal berbual je timbul pasal Aceh...hahaha
10/7/25
Tadi, Hj Lan selaku pembantu setia Hj Ram(ketua rombongan) update tentang Tuan Anas yang hari ini duluan pergi ke Aceh bagi merangka persediaan untuk rombongan kami yang dijadualkan tiba di Aceh pada pagi Sabtu 12hb Julai, 2025. Memang sangat proper ek planning para urusetia, Terbaek!!
Kata Hj Lan, "nanti buat lapuran ya dari mula pergi hingga balik🤭"
Hahahaha.. "Boleh aja Pak..."😂
Dijangka port mula² sekali lawatan kami di sana, akan ke perkuburan korban Tsunami yang peristiwanya berlaku di Aceh pada 2004 di mana hampir 46 ribu mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad. Allahu Robbi😥
Innalillahiwa inna ilaihirojiun.
Khabarnya agen Travel Agensi yang akan menyambut ketibaan kami di airport nanti bernama En Fauzan. Manakala sepanjang trip kami di sana, dikatakan akan menggunakan pengangkutan Bas Pariwisata untuk bergerak ke sana sini. Wallahu'alam. Semoga Allah permudahkan urusan daku serta kesemua peserta rombongan di sana nanti..
Aamiin
11/7/25
Saya dan en suami ke Rawang tukar duit MYR ke IDR. Saya hanya tukar rm300 bersamaan 1juta++ rupiah dan en suami tukar rm200 bersamaan 752,000 rupiah. Mudah-mudahan cukup untuk beli serba sikit ole-ole dari Aceh.
12/7/25
Kami berkumpul di perkarangan Masjid AsSalam Bukit Sentosa jam 2pagi, lalu mula bergerak menuju ke klia2 sekitar jam 2.30pagi.
Sepatutnya dalam tiket, berlepas jam 7.20pagi dari klia2, tapi kita hanya merancang yang menetapkan sesuatu perkara Allah jua. Flight delay, makanya tertunda lah penerbangan ke 10.30pagi. Pihak penerbangan memohon kemaafan atas kelewatan tersebut lalu mungkin atas dasar simpati kami terpaksa menunggu lama, maka pihak pengurusan penerbangan mengagihkan Nasi Lemak Pak Nassir FOC buat kami para penumpang satu penerbangan. So nak marah pun tak jadi marah..hahaha..🤫😂
Alhamdulillah akhirnya sampai jua kami ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh kuranglebih jam 12tengahari.
En Anas ajk lawatan kami beserta wakil TA AcehLandTours En Fauzan menunggu ketibaan kami di airport.
Bas Pariwisata lalu membawa rombongan kami singgah ke destinasi pertama iaitu ke Kuburan Massal tempat di mana korban tsunami yang terkorban seramai hampir 46k dikebumikan beramai² dalam satu liang lahad. Angka tidak rasmi korban yang meninggal dikhabarkan berjumlah kira² 250k, namun jiwa dan jasad sekelian arwah ramai yang tidak ditemui @ tidak dapat dikesan.. Allahu Akbar.
Setelah itu bas menghantar kami ke Pondok Dayah Al-Furqan, Serambi Malaysia, Kebun Intan di mana setibanya kami di sana telah disambut dan dijamu dengan makan tengahari. Jazakallah Ustaz Bakri serta seluruh warga Pondok yang meraikan kami. Teruja dapat merasa juadah masakan Aceh buat pertamakali nya.. alhamdulillah.
Seterusnya Allah rezekikan mendapat sedikit kefahaman ilmu hasil tazkirah Ustad Bakri usai solat Zohor berjemaah para muslimin. Kami yang lain² alhamdulillah solat jamak qasar setibanya di hotel penginapan.
...........................
#Sedikit sedutan tazkirah ustad Bakri untuk sama² kita bermuhasabah diri;
Apa yg kita tanam hari ini, akhirat nanti dapat. Tiap² perbuatan yang kita perbuat yang tak beri manafaat buat akhirat kita sebelum kita meninggal, itu adalah dunia. Namun jika tiap² perbuatan itu baik dan memberi manafaat buat dunia jua paling utama baik untuk akhirat kita, maka itu lah akhirat. Jika kita menyenangkan hati orang lain, Allah pasti menyenangkan urusan kita inshaaAllah.
Setiap sedekah menjadi pahala.
Amalan seorang wanita solehah dalam satu kisah yang ustad ceritakan:
1.selalu jaga air wuduk. Kalau hilang wudhu ambil lagi.
2.tidak merasa sakit hati pada orang lain
3. Kalau orang ada hajat, disampaikan hajat itu dan senang hatinya..
Maka menjadi amalan bermanafaat baginya di dunia jua bagi akhiratnya.
Barangsiapa yang berhutang lalu dia berniat untuk mudah bayar hutang, maka malaikat inshaaAllah akan mendoakan dia agar Allah murahkan rezeki baginya; agar Allah panjangkan umurnya agar dapat dia melunaskan hutang tersebut. InshaaAllah sentiasa dalam pemeliharaan Allah Taala. Aamiin
Wallahu a'lam.
................................
Semua dah kepenatan, maklum lah kami keluar rumah seawal jam 1.30pagi dan lagi pula 95% yang ikut rombongan terdiri dari warga yang bukan muda lagi.. ehe he...🤭😬 Jadi saya yang salah seorang daripadanya sangat lah looking forward untuk dapat berehat sebentar.
Pucuk di-cita ulam mendatang, maka bas pun menuju ke hotel untuk kami check-in alhamdulillah. Penat dia takleh bawak bincang..hahaha. Jadinya berehat dulu lah kami selama 2 jam sebelum kembali naik bas pada jam 5ptg.
Destinasi seterusnya ialah melawat satu perkampungan di mana telah tersadainya sebuah Kapal di atas Rumah. Allahu Akbar. Rasa terharu, kisah tragis kapal atau bot nelayan yang tersangkut di atas bumbung rumah ini dapat kami dengar sendiri dari Wak Kolak iaitu salah seorang mangsa yang terselamat, yang berada di atas bot tersebut sewaktu kejadian tsunami melanda. Allah Maha Besar. Allah panjangkan umur Wak Kolak bilamana beliau dapat menceritakan kepada kita semua detik² kejadian meskipun sudah 20 tahun peristiwa tsunami berlalu pergi. Pada masa kejadian, umur Wak Kolak 55 dan sekarang usia beliau hampir 76 tahun. Subhanallah.
Melangkah naik bas dengan seribu macam perasaan bila mengimbas penceritaan Wak Kolak. Termenung hiba sambil mata melihat pemandangan ke luar tingkap bas. Hari dah mula gelap bilamana kami singgah untuk solat Maghrib serta jamak di Masjid Jamik Baitul Rahim.
Selepas itu, kami dibawa ke satu kedai makan di Kuala Cangkoi untuk makan malam. Allahu, terkejut dengan juadah yang tersedia..banyaknya lauk! Alhamdulillah boleh tahan sedap menu masakan Aceh. Subhanallah.
Begitu lah.. berlalu sudah sehari pengembaraan hari pertama kami di Banda Aceh. Jam 10mlm semua balik ke hotel berehat dan inshaaAllah recaj tenaga untuk perjalanan hari esoknya.
.....bersambung
6 comments:
Kembara yg mengimbas bencana tsunami 21 tahun yg lalu dan suasana bumi acheh kini. TQ atas perkongsian ini.
Alhamdulillah..KakTi😘
Terbaik!..tulisan perjalanan ke Banda Aceh.Luas berjalan,luas pengalaman.
Terima kasih..
kongsi cerita..
wahhh Alhamdulillah rezeki dapat siggah ke sana
Bila bulih nok baca next pulok ni k tie
subhanallah bestnya kembara Banda Acheh😍 tak sabar nak baca episod seterusnya! mungkin juga boleh selitkan cerita Wak Kolak di posting seterusnya❤️
Wah menarik nya pengisian lawatan ke Banda Aceh, menunggu posting next trip Cik Ti !
Post a Comment