Kembara ke Miri dan Brunai (Part 2)

Alhamdulillah sambung kisah pi jenjalan hari tu. Yang part 1 tu ada di SINI ya.



28/9/25

Hari ketiga bermusafir.  

Pagi tu bangun², "...wahhh daku kat negara Brunai rupanya"🤔... he he... datang obesi lagi gais🫠😍✌️... 

Turun breakfast. Alhamdulillah boleh tahan sedap walaupun sarapan di hotel Mega di Miri rasa lebih banyak pilihan dan terpaling sedapppp...hi hi




Okeh kami terus check out hotel untuk meneruskan edisi jelajah Brunai. Takde nak patah² balik untuk check out dah lepas tu. Destinasi di awal pagi itu adalah Royal Regalia.

Ia merupakan Muzium Di-Raja Brunai. Lokasinya terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunai Darussalam. Ia mempamerkan regalia dan lambang diraja, termasuk kereta kencana dan permata mahkota yang digunakan semasa pertabalan, serta hadiah-hadiah diraja dan pakaian. 






Kemudian kami ke Masjid Omar Ali Saifuddien. Sangat cantik masjid-nya yang dilatari perkarangan lanskap yang luas. Masjid Omar Ali Saifuddien adalah masjid kebangsaan Brunei Darussalam yang terletak di Bandar Seri Begawan. Ia dianggap sebagai salah satu masjid paling indah di rantau Asia Pasifik dan menjadi mercu tanda penting bagi negara Brunei. 







Kubah utamanya dilapisi dengan emas tulen. Dinding dan lantai masjid menggunakan marmar yang diimport dari Itali, granit dari China, dan permaidani mewah dari Arab Saudi dan Belgium.

Bahagian dalam masjid dihiasi dengan kaca berwarna, lampu candelier yang diukir dengan indah, dan pelbagai hiasan seni Islam. 

Selesai di situ, van singgah sebentar di hadapan gate Istana Nurul Iman. Kaum bapa je turun bergambar, kami yang kaum ibu ni tak berapa nak sanggup sebab time tu matahari dah tinggi dan bahangnya begitu terasa. Takpe lah kami tengok dari dalam van je ya..ehe..he..


Van terus meluncur masuk highway menghala ke Miri. Okay bye Brunai..sampai jumpa lagi. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua dalam rahsia Allah. Mana tau dapat datang lagi selepas ini ke negara Brunai Darul Salam.. InshaaAllah.

Di dalam perjalanan menuju je Miri, Kawi  berhenti sekejap di satu rumah perusahaan menjual kerepek/jajan². Alhamdulillah di sini semua pakat borong beli sedikit sebanyak barang makan untuk di bawa balik Malaysia. Made in Brunai tuuu...boley tahan sedap semua.

Dah nak sampai Miri, tiba² nampak orang jual durian..Hah apalagi...semua pakat turun sekejap nak pekena durian Miri pulak.. aduhh jauh datang makan durian.. sampai ke Miri☺️😂 Rasa durian okay laaa...dapat la merasa 3 - 4 ulas setiap seorang peserta trip..hahaha...jadi laaa




Dah sampai di bandar Miri dengan selamat.. alhamdulillah. Sesi mencari kek lapis Sarawak pula...he he.. Ikan Terubuk Masin dah siap² beli melalui kawan Rahmat. Kami singgah di Kedai Kek Lapis Siti Payung untuk beli bawak balik kek lapis.  Saya beli sikit je, buat ggaso²..hi hi




Dari kedai kek Lapis Siti Payung singgah posing sekejap di hotspot tepian tasik yang ada simbol mercu tanda Miri iaitu kuda laut tu. 
Kuda laut dipilih sebagai simbol Miri pada tahun 1994 untuk mewakili kekayaan marinnya.  Kuda laut melambangkan kekayaan sumber marin Miri dan juga sifatnya yang lembut dan anggun, mewakili keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik di bandar itu. 

Cantik view di situ cumanya bau agak kurang menyenangkan, mungkin sebab air tasik tak berapa berlari, nampak agak statik gitu. 


En zul dan kuda laut

Rahmat kemudiannya membawa kami ke Restoran RH Kopitiam untuk kami semua makan tengahari. Alhamdulillah Rahmat sampai kan hajat saya yang meminta dia bawakan kami ke kedai yang ada menu Laksa Sarawak. Nak makan sekali lagi sebelum balik Semenanjung🫠🫠 Alhamdulillah tqsm Rahmat, sedap sangat Laksa Sarawak kat situ.. Portion pun banyak.  Terbaek!! 




Sebelum ke airport singgah sekali lagi ke kedai souvenir untuk sesapa yang nak cari² barang cenderahati. Saya hanya tambah beli keychain untuk cucu²..🤭😁



.............................

Jam dah tunjuk pukul 4.15ptg, bilamana kami tiba di Airport Miri... beransur² dah nak tinggalkan Miri...huuuu🤧



Pengalaman 3 hari 2 malam percutian di Miri dan Brunai alhamdulillah sangat terkesan di hati bilamana banyak melalui adegan pengembaraan yang happening dan menghiburkan. Alhamdulillah tqsm buat  Rahmat our tour guide, terimakasih buat Kawi pemandu van kami yang komited, tq juga Hj Lan urusetia yang banyak tolong ² hingga kami dapat sampai ke Miri dan Brunai, terpaling TQ buat Hj Ramli ketua rombongan serta rakan² trip yang semuanya support member😂😂... Terbaek aah!!.hahaha. Kami peserta trip terdiri dari 11 orang kesemuanya;  Hj Ram, en Zul, hj Din, en Halim, Ida, Lina, cikgu Yati, Ju, Nani, en suami dan saya. Jazakallah💌


Sekian.

Wassalam.


Kebaikan Berjalan Kaki 30 Minit Sehari


Kebaikan Berjalan Kaki 30 Minit Sehari

1)Aktiviti berjalan kaki membantu membakar kalori dan mengawal berat badan. 

2)Ia adalah senaman yang boleh menguatkan tulang (sistem rangka) dan otot badan. 

3)Berjalan kaki secara konsisten dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko sakit jantung. 

4)Senaman berjalan dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit diabetes. 

5)Berjalan kaki melepaskan hormon endorfin, yang dapat meningkatkan mood dan membantu mengurangkan tekanan mental. 

6)Aktiviti fizikal ini dapat meningkatkan tahap tenaga dalam diri anda. 

7)Berjalan kaki boleh membantu melapangkan fikiran dan meningkatkan fungsi kognitif otak. 



Cara Memulakan

1)Jadikan ia kebiasaan: Jika sukar mencari masa khusus, anda boleh menjadikannya amalan berkala, seperti naik tangga berbanding lif atau meletakkan kenderaan lebih jauh untuk berjalan kaki. 

2)Lakukan dengan konsisten: Lakukan senaman berjalan secara konsisten untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang optimum. 

3)Jalan laju: Untuk keberkesanan yang lebih baik, berjalanlah pada kadar yang laju atau brisk walk. 

...................................

Hanya 30 minit yang diperlukan dalam sehari untuk anda kekalkan kesihatan tubuh badan melalui senaman berjalan. Senaman ini nampak mudah, tapi ia memerlukan kekuatan mental untuk kekal konsisten. Kuatkan semangat, tekadkan iktizam.

👟🏃Berjalan sesuai untuk semua peringkat umur.

Berjalan kaki selama 30 minit sehari mampu membakar sehingga 150 kalori bergantung kepada berat badan dan kelajuan berjalan. 

Cuba selesaikan berjalan kaki selama 30 minit sekurang-kuramgnya 5 pagi seminggu.

إن شاء الله

Kerabu Mangga


Rezeki Allah, alhamdulillah ramai jiran dan sahabat dapat ikut rasa buah mangga yang lebat berbuah. Selang sehari en suami ambik galah jolok ambil buah mangga.




Buah Mangga yang belum masak tapi yang dah besar, sedap sangat dibuat kerabu. Boleh kata kerap juga lah saya buat Kerabu Mangga. Jadi tambah berselera makan nasi kalau ada menu tambahan kerabu ni. Tak pasal² menambah makan nasi..hi hi🤭


RESEPI KERABU MANGGA YANG SEDAP

Bahan yang perlu ada:

  • Buah mangga disagat kasar/dihiris
  • 1 bunga kantan(dihiris)
  • 1 biji bawang merah sederhana besar @ separuh bawang Holland(dihiris/mayang)
  • 2 cili api(ditumbuk/hiris) 
  • Udang kering(ditumbuk)
  • Ikan bilis segenggam untuk digoreng - optional
  • Kelapa parut disangai kemudian (ditumbuk manja²) atau sedikit kerisik(jika ada) - optional
  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau nipis @ limau kasturi @ lemon


Cara membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis, angkat.
  2. Tumbuk udang kering.
  3. Mayang bawang merah atau bawang holland, hiris bunga kantan, hiris cili api
  4. Mangga sagat kasar/hiris.
  5. Gaul semua, perisakan garam gula, air asam limau nipis/limau kasturi. Campurkan kerisik/kelapa parut sangai. Tabur ikan bilis goreng. Dah sedia untuk dihidangkan alhamdulillah.🤗


Kalau tak letak kelapa sangai, macam ni kejadiannya..yang ni isi mangga dah kuning tapi masih keras👇..sedap juga..he he



Tapi pakai mangga yang masih putik(isi belum kuning)...lagi uumpph!🫠



Blog Archive