Showing posts with label sumber dari buku. Show all posts
Showing posts with label sumber dari buku. Show all posts

Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat


SYARAT WAJIB SOLAT

1. Beragama Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

Kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah disuruh mengerjakan solat dan setelah berumur sepuluh tahun bolehlah dipukul sekiranya masih belum bersolat.

Sabda Nabi SAW, yang bermaksud:
"Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh  tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."


SYARAT SAH SOLAT

  1. Mengetahui Masuknya Waktu Solat dengan Yakin.  Sekiranya seseorang itu solat tanpa meyakini masuknya waktu, maka solatnya tidak sah walaupun tepat pada waktunya.
  2. Menghadap Kiblat, semasa mengerjakan solat bagi orang yang boleh melakukannya.  Sekiranya orang yang uzur atau sakit yang tidak terdaya melakukan demikian, maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap ke arah yang dia boleh tetapi hendaklah mengulangi solat tersebut apabila dia telah sembuh daripada penyakitnya.  Menghadap kiblat yang dimaksudkan ialah dengan dada sahaja.
  3. Menutup Aurat, samada ketika bersolat di tempat yang sunyi ataupun di tempat awam.  Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut.  Aurat perempuan pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
  4. Suci daripada Najis, baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat.  Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki, tempat sujud, tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut.
  5. Suci daripada Hadas. Ertinya dia telah pun berwudhuk dan juga telah mandi hadas.

Wallahu'alam.


Sunnah bila berjumpa orang



Bismillahirrahmanirrahim

Antara Sunnah bila bertemu dengan seorang Muslim ialah....

  • Memberi Salam:
Rasulullah SAW telah ditanya; "Islam yang mana baik (dari segi perbuatan)?" Baginda berkata:"memberi orang makan dan memberi salam kepada mereka yang kamu kenal dan mereka yang tidak kamu kenali."

  • Memanjangkan salam:
Seorang lelaki masuk menemui Rasulullah SAW dan berkata:
"Assalamualaikum."
Rasulullah SAW menjawab salam.  Kemudian lelaki itu duduk dan Rasulullah SAW berkata, "Sepuluh."  
Kemudian seorang lelaki lain datang dan berkata: "Assalamu alaikum wa rahmatullah."  Rasulullah SAW menjawab salam dan kemudian lelaki itu duduk.  Rasulullah SAW berkata:"duapuluh."  
Seorang lagi lelaki datang dan berkata: "Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh."
Rasulullah SAW menjawab salam kemudian lelaki itu duduk dan  Rasulullah SAW berkata, "tiga puluh."

Lihat betapa banyak seseorang itu telah kehilangan pahala dengan hanya sekadar memberikan sebahagian daripada salam yang penuh.  Seseorang itu sepatutnya mengucapkan salam dengan penuh agar dia memperolehi tiga puluh kebaikan.  Pahala yang paling sedikit bagi perbuatan yang baik adalah sepuluh kali ganda;  Oleh yang demikian dengan memberikan salam dengan penuh, seseorang boleh mendapat tiga ratus kebaikan atau lebih.  Biasakan diri memberikan salam sehingga "Barakaatuh" untuk mendapatkan pahala yang besar ini.  Orang Muslim memberikan salam banyak kali pada siang hari..Di-ucapkan salam apabila masuk ke masjid pada orang yang duduk dan apabila meninggalkan mereka, masuk dan keluar dari rumah dan sebagainya. Sesiapa yang ingin beredar  meninggalkan seseorang ucapkanlah salam yang penuh.   

  • Senyum
Sebagaimana Rasulullah SAW berkata, Jangan anggap mana-mana perkara kebaikan sebagai tidak penting malah walaupun kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.

Daripada Abdullah bin Shomit daripada Abu Dzar katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : “Janganlah meremehkan kebajikan sedikit pun, walaupun dengan hanya senyum kepada saudaramu”

(pautan: Mulakan Hari Dengan Senyuman)


  • Bersalam(berjabat tangan)
Sebagaimana Rasulullah SAW berkata:  Tiada dua orang muslim yang bertemu dan bersalam, kecuali yang mereka diampunkan sebelum mereka berpisah (daripada satu sama lain)

Imam An-Nawawi berkata:  Ketahuilah bahawa bersalam ini digalakkan dalam setiap pertemuan. (namun tidak dibenarkan bersalam dengan orang yang bukan mahram).

Dari Huzaifah bin Yaman r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin yang lain, hendaklah dia memberi salam kepadanya dan berjabat tangan (untuk bersalam), dosa-dosa mereka berguguran seperti daun-daun berguguran dari pohonnya. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

Perhatikan jika kita bersalam dengan sesiapa yang kita temui, kemudian mengucapkan 'salam' dan senyum pada mereka, maka tiga sunnah telah dipenuhi sekaligus. Alhamdulillah.


  • Ucapkan kalimah tayyibah
Kalimah tayyibah merupakan sedekah.  Kalimah tayyibah termasuk mengingati Allah, doa, salam, memuji seseorang kerana sifat mereka yang baik, peribadi yang mulia, adab dan perbuatan yang baik.

Kalimah tayyibah mempunyai kesan yang kuat pada seseorang - ia membawa keamanan dan ketenteraman pada jiwa seseorang dan kedamaian pada hatinya.  Ianya merupakan bukti apa yang berada di dalam hati orang yang beriman itu cahaya, hidayah dan berada pada jalan yang benar.

Pernahkan kamu terfikir, wahai saudaraku, untuk mengisi hidupmu dari pagi ke petang dengan perkataan yang baik-baik pada pasangan kamu, anak-anak, jiran, kawan-kawan, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kamu berurusan dengannya, yang mungkin memerlukan kata-kata sedemikian?

Wassalam.

- petikan buku terjemahan(bersaiz poket) dari tulisan Sheikh Khalid Al-Husaynaan
Judul Asli: Akhtar Min Alf sunnah Fi A-Yaum Wal Al-Laylah
Kumpulan Doa, Zikir dan Amalan Seharian Nabi Muhammad SAW
24 jam Bersama Rasulullah SAW

Ulam Sambung Nyawa - Rawatan herba penyakit Kencing Manis

Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak atau nama saintifiknya Gynura Procumbens berkesan dalam mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.  Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, diabetes, kanser dan masalah buah pinggang.

Bahagian yang kerap digunakan dalam rawatan herba adalah daunnya.  Daun pokok Sambung Nyawa boleh dijadikan ulam dalam menu makanan harian.  Boleh juga dimakan terus selepas dipetik dan dibasuh bersih.  Makanan manis tidak sesuai di-ambil bersama-sama dengan tumbuhan ini.  Biar ada tempoh masa sebelum makan makanan manis selepas makan Sambung Nyawa.

Alhamdulillah saya banyak menanam pegaga dan ulam sambung nyawa ini di persekitaran laman rumah.  Pegaga ditanam terus atas tanah manakala ulam sambung nyawa ditanam dalam beberapa pasu.  Alhamdulillah kedua-duanya tumbuh subur.  Kami suami-isteri konsisten ambik petik makan ulam sambung nyawa sekurang-kurangnya 3 helai atau sebanyak2nya 7 helai daunnya setiap pagi. Alhamdulillah. 

Tapi awas jangan kita taksub pada nama ulam ini iaitu Sambung Nyawa.  Anggaplah ia hanya sekadar nama, kerana yang menentukan waktu expired-nya nyawa kita hanya Allah Ta'ala.  Kita hanya melakukan ikhtiar dalam usaha menjaga kesihatan diri dan merawat penyakit.  Mohon agar diberikan kesihatan oleh Allah Ta'ala... ameenn



Pegaga - Rawatan herba penyakit Kencing Manis

Sejak dulu lagi, ramai orang telah menggunakan tumbuhan herba untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ahli perubatan yang termasyhur di dunia iaitu Ibnu Sina telah cuba mengkaji pelbagai tumbuhan yang boleh dijadikan penawar penyakit. Terapi herba untuk rawatan penyakit kencing manis atau Diabetis Mellitus boleh disediakan dengan ramuan herba yang berkhasiat daripada pelbagai jenis tumbuhan ubatan termasuklah Pegaga dan Akar Sebiak(ada yang menggelarkannya sebagai Ulam Sambung Nyawa).  
Fungsi tumbuhan2 herba ini ialah:
  • dapat mengawal diri dari gangguan penyakit(tindakan pencegahan terhadap penyakit)
  • boleh mengubati penyakit
  • boleh menghilangkan lapar
  • dapat menyihatkan tubuh dan penerusan hayat(dengan izin Allah)
  • harganya murah
  • mudah didapati
Pegaga 
Pegaga mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan.  Ia sesuai dijadikan makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan(stress). Ia dapat meningkatkan tindakbalas, di samping menambahkan kekuatan fizikal dan mental.  

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.  Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di Barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan daya ingatan.  Kajian terbaru menunjukkan pegaga menampakkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur pembuluh darah dan kapilari serta berupaya mengubati diabetes.  Ia telah menunjukkan kesan yang memberansangkan apabila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Seluruh bahagian pokok pegaga sesuai dijadikan ramuan dalam penyediaan ubat herba.  Pegaga boleh dijadikan ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang mampu menambahkan selera.  Selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak atau dijadikan kerabu.

>>>>>>>>>>>>
sambungan Akar Sebiak atau Ulam Sambung Nyawa


Sombong Takbur

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah malam tadi berpeluang mengikuti kuliah Maghrib yang menyambung perihal peringkat pertama penciptaan manusia.  Ustaz sambung menceritakan tentang Nabi Adam as yang telah diajar nama semua jenis benda.  

Jelas bahawa mengajar dan belajar ilmu adalah satu perkara yang penting.  Ilmu dapat membezakan di antara suatu makhluk dengan makhluk yang lain.  Dengan ilmu, kita ada kekuatan berfikir untuk sentiasa berjaga-jaga agar tidak membuat dosa.  Jangan banyak kitab bersusun di rumah, namun tak beramal dengannya, tak ikut.  Hendaklah beramal dengan ilmu  kerana bila manusia itu diberi ilmu, bergerak pula atas landasan yang benar maka itulah sebenarnya orang yang maju.  

Allah sebut azab kubur ada, neraka ada... namun ramai yang tak nampak hakikat ini seolah-olah ada pendinding atau hijab dalam diri.  Dalam dunia hari ini kita bagaikan tak rasa pelik bila tengok orang yang tak menutup aurat, rasa biasa-biasa saja bila tengok orang yang tak solat. Sepatutnya perkara ini menjadi suatu yang luar biasa bagi kita kerana kita ini adalah barang yang dicipta yang sepatutnya ikut perintah Pencipta bukan ingkar terhadap perintah-Nya. Inilah kesilapan manusia dalam memahami agama. Ambil agama separuh-separuh. Ramai yang langgar perintah Allah, ramai yang tak mahu buat suruhan Allah.  Yang lebih dasyat lagi dah lah tak mahu buat, ada pula sifat sombong.  Rasa dia lebih cerdik, lebih tahu dari Allah Taala. 


indahnya alam ini.. Subhanallah

Nak sombong apa sebenarnya...  Kita ini hanyalah hamba yang dicipta oleh Allah Yang Maha Pencipta, kerdil sangat sebenarnya kejadian kita sebagai manusia.  Buka mata, buka hati kita, buka pemikiran kita. Kalau tengok dari atas contohnya, bumbung rumah pun kecil sahaja, apalagi kita seorang manusia... lagi lah tak nampak apa-apa di atas mukabumi Allah yang terbentang luas ini.  Maka jangan sombong, jangan tiru perangai iblis sebagaimana Allah telah berfirman menceritakan tentang iblis yang terkutuk dalam ayat yang bermaksud: 


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, 
dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.   
(Surah al-Baqarah: 34)

Sombong dan takbur, itulah penyakit yang ada yang boleh mengheret manusia masuk ke neraka.  Dalam ilmu fekah kita ada belajar tentang tiga jenis najis iaitu najis mughallazah (najis berat), najis mukhaffafah (najis ringan) dan najis mutawassitah (najis sederhana). Kesemuanya masih boleh dibersihkan termasuklah dengan tanah dan air.  Namun najis yang lebih besar sebenarnya adalah najis yang ada dalam hati manusia.  Jenis yang ini lebih berhajat kepada taubat, zikir dan bermunajat kepada Allah. Astaghfirullah.

Doa orang2 yang bersih ialah doa selepas wudhuk iaitu:

yang bermaksud:

“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh.”

Berjayalah orang-orang yang membersihkan diri kemudian dia beribadat kepada Allah.  Banyakkan zikir untuk membersihkan hati. Kita berzikir ibarat seperti membersihkan karat yang ada pada besi. Zikir2 kita umpama kita ketuk hati agar dapat mengeluarkan karat-karat yang melekat pada hati.  Hati jangan dibiarkan diselaputi dengan sombong.

Orang yang menyombongkan diri sangat dibenci oleh Allah Taala sebagaimana telah dinyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur." (Surah An-Nahl:23)


“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."(Surah Luqman:18)


Sesiapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu dia menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orangnya yang sombong terkutuk.  
Di antara tanda-tanda sifat sombong pada diri manusia ialah:
  • merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain
  • suka menonjolkan diri terhadap orang lain
  • minta dikedepankan di majlis-majlis keramaian
  • bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan
  • membantah teguran orang lain, meskipun percakapannya salah.
  • tidak mengendahkan nasihat atau teguran orang
  • suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah
  • kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah
  • suka memuji-muji diri 
  • bermegah dengan datuk-nenek yang kenamaan atau yang ahli agama
  • bermegah dengan keturunan

Sabda Rasulullah SAW; yang bermaksud:
"Barangsiapa yang merendah diri, niscaya Allah akan mengangkatnya.  Dan barangsiapa yang menyombong diri, niscaya Allah akan merendahkannya."


Dari Abdullah bin Mas'ud ra meriwatkan bahawa Nabi SAW bersabda:  Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga.  (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika seseorang telah berkata: Telah binasa manusia, maka dialah yang paling binasa diantara mereka (kerana dengan mengatakan demikian itu dia terjerumus di dalam dosa takabur disebabkan dia menganggap orang lain hina). (HR Muslim)

Mari kita renung2kan.. wassalam.

Pergi ke Masjid

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila hendak ke masjid,
  • pergilah awal sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:  Jika manusia mengetahui apa(pahala) pada panggilan(laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama dalam solat berjemaah) dan tidak mendapati cara lain untuk mendapatkan nya(pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian.... dan jika mereka mengetahui apa(pahala) yang diperolehi bagi solat Zuhur pada awal waktu(tahjeer) mereka akan berlumba-lumba untuknya... dan jika mereka mengetahui balasan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, mereka akan datang untuk menunaikannya walaupun mereka terpaksa datang merangkak. Imam an-Nawawi berkata perkataan 'tahjeer' bermakna awal untuk solat. 
dengan doa yang bermaksud:
    "Ya Allah, berikanlah cahaya pada hatiku dan cahaya pada lidahku, dan cahaya pada telingaku, dan cahaya pada mataku dan pada bahagian belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di atasku cahaya dan di bawahku cahaya.  Ya Allah kurniakanlah aku cahaya." 
    • Berjalan dengan Sakeenah dan Waqaar.  Jika mendengar iqamah, kemudian berjalan untuk solat dengan Sakeenah dan Waqaar.  Sakeenah adalah bergerak dengan tenang dan mengelak daripada berlengah; dan Waqaar adalah menundukkan pandangan dan merendahkan suara, dan mengelak daripada melihat sekeliling dengan berlebihan.
    • Berjalan ke masjid.  Para ahli fiqh telah menetapkan bahawa untuk memperbanyakkan pahala, disarankan dalam sunnah supaya pergi ke masjid berjalan kaki dan tidak tergesa-gesa.  Banyak kelebihan berjalan ke masjid.  Rasulullah SAW berkata:"Mahukah kamu aku tunjukkan kamu sesuatu yang mana Allah mengampunkan kesalahanmu dan menaikkan darjatmu(dalam syurga)?" Para sahabat ra berkata,"ya, wahai Rasulullah."  Rasulullah SAW menyebutkan yang daripadanya adalah memperbanyakkan langkah ke masjid."
    • Berdoa apabila masuk ke masjid.  Apabila salah seorang di kalangan kamu masuk ke masjid, baca selawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa dengan doa                                                اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
    yang bermaksud;
    Ya Allah, bukakanlah kepadaku pintu rahmat-Mu 
     
    • Masuk dengan kaki kanan
    Daripada Anas bin Malik ra: Di antara perkara sunnah ialah jika kamu masuk ke masjid masuk dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar, keluar dengan kaki kiri.
    • Solat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke masjid
    Apabila salah seorang di kalangan kamu masuk ke masjid, janganlah duduk sehingga kamu solat dua rakaat.  Imam Al-Syafie berkata:  Tahiyaat Al-Masjid adalah dibenarkan walaupun pada waktu yang dilarang solat.
    • Menuju ke arah saf pertama:  Jika manusia mengetahui apa (balasan) yang ada pada panggilan (laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama bagi solat berjemaah) dan mereka tidak mendapati cara lain untuk mendapatkannya (pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian....
    Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.

    Juga diriwayatkan oleh Abu Daud, dengan tambahan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.



    Jom Masjid!

     

    Blog Archive

    KURSUS HAJI 2023

    Minggu 1

    Pergi Haji

    Minggu ke 9

    Minggu ke 12

    Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

    Umrah♡