Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Hilang Beg di Airport

Ini kisah setahun yang lalu(balik dari umrah musim sejuk)..kiranya nak throw back la ni..hi hi

Kisahnya bermula masa masing² sedang menunggu beg di tempat bagasi penerbangan dari Madinah. Tunggu punya tunggu satu² beg yang keluar, tertanya² kenapa macam takde nampak la pulak beg kecil saya tu. Beg² lain dah siap susun atas troli, tunggu nak cari yang tu je.


Hah ssudah! Dah dapat rasa, dalam hati duk berkata², "hilang ke...hilang ke.... " Aduhai😢

Masih tak putus asa, tunggu lagi sambil tanya² petugas airport.."Encik, ada lagi tak beg yang tak keluar?" "Dah keluar semua puan..", jawabnya.

Dalam tengah mengenang nasib tu, baru tau rupa²nya ada seorang lagi rakan jemaah yang senasib dengan saya. Dia pun hilang satu beg, beg bagasi besar pulak tu.. yang siap ada logo TA lagi...aduhhh🤔 Wajah masing² dah berubah jadi tak ceria bila sedar beg kami berkemungkinan besar telah tertinggal di Madinah.


Okay lepas bagitau mutawif apa yang berlaku, encik mutawif membawa kami berdua ke tempat membuat laporan beg hilang. Tapi waktu itu sebenarnya saya dah mula redho, dah rasa takpe lah kalau dah bukan rezeki saya. Barang² dalam tu kira niat sedekah saja lah. Tak nak pikir dah pasal beg, pikir nak balik rumah je time tu. 

So lepas tu bila ahli keluarga tanya² pasal beg, saya sambil senyum² kata, "takpe la, mama okay je"

Tetapi, miracle...sungguh rasa satu keajaiban bila esoknya tiba² dapat call dari mutawif kami, kata alhamdulillah beg dah sampai Malaysia.."nanti saya hantar ke rumah petang ni"... Allah Allah..

Terkesima sekejap😲



Tqsm buat encik mutawif kami yang bersusah payah ke airport ambil beg dan sanggup pula datang hantar ke rumah kami yang agak jauh ni...huuu.. 🥺

Syukron Ustad Idham Syuhadam dari Andalusia Travel yang memang sangat baik hati dan begitu komited dengan tugas beliau. Moga Allah memberi balasan yang baik buat beliau dan para petugas Andalusia Travel yang terlibat dalam penemuan beg saya dan beg rakan umrah..Jazakallahu Khoiron🌱

Setiap yang berlaku mengandungi hikmah. Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini iaitu bila kita redho menerima apa jua keadaan baik maupun buruk, inshaaAllah Allah akan beri yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah tidak akan beri ujian yang tak mampu kita tanggung. Wallahu'alam.

Astaghfirullah hal azim. Ampuni dosa² hamba ya Allah..amin



Perjalanan Umrah 12 Hari

Bismillahirrahmanirrahim

Saja nak throwback😘
Genap setahun berlalu saat pergi buat Umrah 8Januari - 20Januari 2023 bersama group yang dibimbing oleh Ustad Idham Syuhadam melalui pakej TA Andalusia Travel. Ada tulis di SINI tempohari. Umrah kali ini tak duduk di hotel Safwa, sebagaimana umrah pertama dulu(di SINI) di tahun 2019 bersama TA Tiram Travel. Perjalanan kali ini Allah rezekikan menginap di Makkah Tower yang jarak dalam 60m ke Masjidil Haram. 

Kenangan manis terpahat di ingatan saat mula keluar untuk solat Subuh di dataran Masjidil Haram. Baru saja sampai Makkah, kenal sangat pun belum lagi dengan rakan² sebilik, namun kami berlima tetap bersama² dalam kumpulan keluar bilik dan turun lif menuju ke dataran untuk Solat Subuh.

Di hening pagi, sungguh sayu menahan sebak bila dengar laungan azan di tanah suci. Allahu...terimakasih ya Allah atas jemputan-Mu dapat datang lagi ke Makkah. Alhamdulillahi Robbil Alamin.

Sempena permulaan tahun baru 2024, nak kisahkan sedikit travelog umrah yang berlaku di awal tahun lalu ini buat kenang-kenangan.
♡
♡
♡
8Januari23 Ahad
Bertolak dari rumah bersama ahli keluarga ke KLIA. Berkumpul dengan ahli kumpulan dari group TA Andalusia, selesaikan urusan check- in dan mendengar taklimat dari para mutawif.
Terbang menuju ke Makkah untuk melakukan umrah dengan doa dan harapan agar Allah Taala terima dan permudahkan urusan ibadah ini.



9Januari23 Isnin
Sampai di Jeddah pukul 10 malam dan terus menaiki bas ke Makkah. Berada di dalam ihram, daku semampunya cuba berjaga² dalam tindakan dan percakapan. Pagi tu solat Subuh di dataran sahaja, belum masuk masjid.

Pagi² selepas bersarapan, kami berkumpul dan mendengar taklimat Ustad Idham sebelum semua sama² berjalan ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf. 




ALLAHU..terpaku sejenak takkala mata memandang Kaabah.   
الله أكبر   
الله أكبر
الله أكبر 
Alhamdulillah syukur ya Allah, daku dapat lagi ke sini. Terima Kasih Allah. Turun escalator menuju dataran Kaabah. Bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin. Selesai tawaf buat solat sunat tawaf kemudian minum air zam zam. Lalu bergerak ke laluan Mas'a untuk buat Saie. Berulang alik Bukit Safa - Bukit Marwah sebanyak 7x. Selesai Saie, bergunting.. maka selesai sudah Umrah daku alhamdulillah. Moga Allah kurnia umrah yang maqbullal buat kami semua InshaaAllah...aamiinn



10Januari23 Selasa

Berpagi² Tawaf Sunat wif kak Rokiah sebelum Subuh
Sempat bacakan kiriman doa anak² dan kawan² .
Alhamdulillah Azan pertama 4.48, kemudian berkumandang azan Subuh 5.47

Hari itu kami melakukan ziarah ke kawasan sekitar mekah termasuk lah bas melalui tempat pekhemahan Muzdalifah, Mina dan Arafah. Kemudian singgah ke Jabal Rahmah yang dalam sejarah dikatakan menjadi tempat titik pertemuan antara Adam dan Hawa. Dan Nabi SAW dikatakan menyampaikan khutbah terakhirnya di sini, usai mengerjakan haji. 




Kemudian kami ke Masjid Jaranah untuk bermiqat umrah kedua. Ustad cadangkan kami buat umrah kali ini dengan menaiki skuter. Ramai juga yang menyahut cadangan ustad dan ada juga yang prefer nak teruskan umrah dengan berjalan kaki. Itu yang lebih afdal sebenarnya tapi jika berhajat nak buat umrah dengan berkenderaan, hukumnya harus.
Hari tu kami naik skuter seat berdua dengan bayaran rm115 untuk setiap seorang. 
Alhamdulillah selesai sudah kami mengerjakan umrah kedua dengan menaiki skuter. 



Terus tunggu solat maghrib. Selepas solat, buat tawaf sunat seorang diri. Usai tawaf, just nice masuk waktu isyak. Selepas dah settle solat isyak barulah perlahan² dalam sesak orang ramai berjalan balik menuju hotel. Rasa nak rebah. Penat, flat... malam itu lepas bersihkan diri terus tidur.


11Januari23 Rabu
Bebas dengan aktiviti sendiri hari tu. Jadi saya berhajat ambil peluang itu untuk berulang alik ke Masjidil haram, niat beriktikaf dalam masjid. InshaaAllah kata ustad beribadat di Masjidil Haram berganda pahalanya 100,000 kebaikan berbanding solat di tempat lain..
Subhanallah!
Terimalah ibadah kami ya Allah..


Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100,000 (seratus ribu) solat di tempat lain.”

Riwayat al-Bukhari (1190)
..............................


Alhamdulillah pagi² sebelum Subuh sekitar jam 3.30 dah turun ke dataran kaabah buat tawaf sunat dengan kak Rokiah dan kak Jijah. Allahu dapat berdoa lama² di tebing Hijr Ismail.  Dapat pegang kaabah. Dapat berdoa lama di tepi Hijr Ismail. Kami bertiga  dengan gigih cuba menghampiri kaabah dan  alhamdulillah berjaya dengan izin Allah meletakkan tapak tangan kami para warga tua ini di dinding kaabah. Beriktikaf di Masjidil Haram sampai lah masuk waktu Subuh.


Hari itu selitkan juga masa keluar bersama en suami pergi berjalan tengok² kedai berhampiran hotel. Dapat lah beli tasbih kayu kaoka, minyak wangi dan jumpa jubah yang cantik untuk anak menantu. En suami sendiri pun sempat shopping 2 helai jubah yang agak elok dan bermutu buat pakai solat. 



Sebelum berpecah balik rehat ke bilik masing², saya dan en suami singgah sekejap pekena teh tarik di Restoran D'Saji(restoran Malaysia) yang terletak di tingkat 3 bangunan Safwa. Boleh tahan best teh tarik nya👍😊

12Januari23 Khamis

Alhamdulillah...

wif roommates


Pagi² jam 3.30 berlima kami rakan sebilik turun untuk buat tawaf wida. Perlu buat tawaf wida untuk ke Thoif kerana jarak mekah ke Thoif melebihi 2 marhalah. Jadi kena buat tawaf selamat tinggal bumi mekah.  Selesaikan 6 pusingan dulu, selepas solat Subuh sambung lagi pusingan yang ke-tujuh, selesai alhamdulillah. 

Pagi itu sebelum Subuh sempat  bacakan beberapa doa yang dikirim alhamdulillah. Dapat port terbaik Allahu, mengadap pintu Kaabah. Berdoa penuh kusyuk, mudah-mudahan Allah makbulkan..aamiinn.


Selepas sarapan, beramai² kami ahli group bas no.4 berkumpul di lobi hotel seterusnya menunggu bas di perhentian under ground untuk bertolak ke Thoif.  Sepanjang perjalanan ke Thoif, saya ikut je rasa mengantuk... kejap tidur kejap terjaga. Perjalanan dengan bas mengambil masa kurang lebih dua jam Makkah - Thoif.

Singgah melawat Taman Ros yang  merupakan tempat memproses bunga ros menjadi perfume.  Ramai juga lah jemaah dari group kami pakat² beli minyak wangi, sabun dan spray badan dalam pelbagai wangian yang  dijual.

wif sahabat umrah,Yasmin


Ustad bawa singgah makan nasik dulang di pertengahan perjalanan sebelum sampai Thoif. Nasi Arab yang super sedap..Allahu..pasti teringat² bila dah balik Malaysia.

Singgah pula di Masjid Abdullah bin Al-Abbas di Thoif yang mana banyak jualan buah² delima, kurma dan pelbagai barangan cenderahati di sekitar luar kawasan masjid.


Setelah itu bas meluncur menuju ke miqat Qarnul Manazil untuk kami berniat Umrah.



Teruja waktu berada sendiri di bumi Qarnul Manazil kerana selama ini hanya berniat umrah dalam kapal terbang semasa kapalterbang  melalui ruang udara atas Qarnul Manazil. Alhamdulillah maka hari tu dapat berniat sendiri di miqat. Usai bermiqat kami segera meneruskan perjalanan pulang ke Mekah. 


Alhamdulillah buat umrah ketiga beriringan dengan suami, namun terpisah dari ahli group lainnya. Bila masuk ke mataf, tergamam bila tengok keadaan yang begitu sesak. Mungkin sebab malam jumaat, jadi semua keluar buat umrah untuk rebut pahala beribadah di malam Jumaat.  Sangat ramai orang di mataf(dataran kaabah) hinggakan kami gigih berasak dalam orang ramai mengerjakan tawaf.  Lagi terkejut bila memasuki lorong Mas'a untuk buat Saie. Sepanjang laluan hingga ke Bukit Safa, berpusu² sarat dengan orang ramai. Allahu Akbar.




Di pertengahan pusingan ketiga Safa -> Marwah, saya dan en suami ambil keputusan berehat sebentar di tepi dinding. Rasa nak rebah dan kaki pun dah mula sakit. Bila dah rasa ok sikit, kami sambung buat pusingan ketiga dengan undur beberapa langkah dari tempat berhenti tadi dan berjalan terus hingga selesai saie di-ikuti dengan bertahalul. 

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah umrah kami yang ketiga untuk trip umrah kali ini.


13Januari23
Jumaat di Makkah 

Alhamdulillah bangun pagi jumaat tu rasa begitu bersemangat untuk ke masjid. Namun Subuh terpaksa solat di bilik saja sebab rasa sakit sangat tapak kaki dan atas kaki luka² melecet mungkin over berjalan seharian ke Thoif bersambung pula mengerjakan umrah ketiga.

Makanya selepas bersarapan di dewan makan dengan en suami, gigih keluar seorang diri ke masjid. Abaikan kaki yang sakit. Buat tawaf sunat. Dapat berdoa di tepi Hijr Ismail dan kemudiannya menghampiri Kaabah. Letak kedua² tapak tangan dan lekapkan dahi dan hidung di dinding Kaabah.. Allahu🥺😭😭😭.. Alhamdulillah TQ Allah... syukur ke hadrat-Mu atas nikmat ini.


Tengahari pula, ikut bersolat Jumaat. Alhamdulillah dapat tempat untuk solat betul² mengadap pintu kaabah. ALLAH ALLAH.




Keadaan sangat sesak sewaktu berjalan keluar dari Masjidil Haram selepas solat Jumaat. Subhanallah.





14Januari23 Sabtu
Keluar ke masjid berlima dengan roommates. Berganding buat tawaf sunat wif Ina, Mai, kak Kiah dan kak Jijah. Pastu macam biasa terpisah dek orang ramai. Kami yang regular bersama tinggallah saya, kak Kiah dan kak Jijah kekal bergandingan meredah kesesakan hingga selesai tawaf. Dapat menghampiri tebing hijr Ismail dan berdoa di sana. ALHAMDULILLAH.



Buat Tawaf Wida sebanyak 7pusingan sebelum nak tinggalkan Makkah. Allahu, rasa sedih hati ini nak tinggalkan Kaabah. Moga Allah jemput lagi daku menjadi tetamu -Nya.. aamiin amin ya robbal alamin




MADINAH

Maka tibalah masa untuk berangkat ke Madinah. Sayu rasanya hati nak tinggalkan bumi Makkah, tinggalkan Masjidil Haram, tinggalkan Kaabah. Namun hati kembali teruja bila mengenangkan mahu ziarah Rasulullah SAW di bumi Madinah. Kami pun meninggalkan Makkah dan meneruskan perjalanan ke Madinah. 

Singgah solat jamak qasar Zohor dan Asar di satu perhentian R n R kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi. Berhenti di satu lagi R n R untuk solat jamak qasar maghrib dan isyak kemudian makan hidangan nasi Arab yang disediakan. 

Alhamdulillah boleh tahan sedap. Di sana sebelum meneruskan perjalanan sempat ditawarkan untuk beli madu yaman dan habbatus sauda. Setelah kurang lebih 6 jam perjalanan, maka tiba lah kami di Madinah Munawarah alhamdulillah

Assalamualaika ya Rasulullah. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ







Di Madinah cuaca agak lebih sejuk berbanding Makkah. Jadi setiapkali ke Masjid Nabawi, saya menyarung jaket di luar jubah untuk selesa meredah kesejukan. Sungguh nikmat dapat beriktikaf dalam masjid di hari² berbaki sebelum balik Malaysia. Teringat ustad sering memperingatkan pahala beribadat di Masjid Nabawi digandakan 1000 kebaikan berbanding solat di masjid lain kecuali masjidil haram...Subhanallah

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali masjid al-Haram”.
[Riwayat Muslim 1394)




Ada beberapa waktu terutama waktu Subuh jika terlambat, saya terpaksa solat di dataran sahaja. Allahu, sejuknya time tu tak dapat nak cerita bagaimana...huuu



Sepanjang berada di Madinah, alhamdulillah dengan izin Allah dapat 2 kali ke Raudhah. Sekali pergi dalam kumpulan di-iring oleh Ustazah dan para petugas TA Andalusia, dan sekali lagi pergi sendiri dengan dua orang rakan umrah; Mala dan Rusiah. 



Terasa begitu dekat dengan Rasulullah SAW takkala berada di ruang Raudhah. Timbul azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW selagi nyawa dikandung badan.  Dan daku akan kembali sambung membaca Sirah Nabi SAW untuk lebih kenal dan lebih cinta terhadap baginda Rasulullah SAW.. InshaaAllah

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ












@@@

**update
Allahu Akbar....sampai² Malaysia, hilang satu beg pulak dah di airport😮‍💨.. Innalillah..
Kisahnya di SINI💼


Buat Umrah Musim Sejuk

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah




Dengan izin Allah Alhamdulillah daku dan en suami sekali lagi Allah rezekikan dapat mengerjakan Umrah pada 8/1/23 - 20/1/23.. Syukur ya Allah atas rezeki dapat kembali menjadi tetamu-Mu.. Redhai daku ya Allah, moga umrahku kali ini Maqbul...aamiin amin ya robbal alamin.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ

LabbaikAllaahumma labbaik, labbaika laa shariikalakalabbaik, 
'innal-hamda, wanni'mata, 
laka walmulk, 
laa shariika laka.

Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.

Al-Bukhari, Muslim 2/841.

~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah perjalanan umrah kali ini melalui pakej TA Andalusia dibantu mutawif Ustad Idham Syuhadam dengan menaiki penerbangan MAS, masuk Mekah dahulu. Bermakna daku mengerjakan umrah terlebih dulu kemudian selepas 6 hari di Mekah baru lah berangkat ke  kota Madinah melakukan ziarah. Ya Allah selama 3 tahun ini  daku sentiasa rindu untuk dapat lagi mengunjungi junjungan Nabi Rasulullah SAW. Syukur alhamdulillah terimakasih Allah. Assalamualaika ya Rasullah.💌


Mekah dan Madinah waktu itu ada masanya cuaca sangat sejuk. Sebab nya sekitar januari hingga februari sememangnya di sana musim sejuk. Lebih-lebih lagi di Madinah, sejuknya boleh mencapai 14°C terutamanya di waktu petang hari dan awal pagi. Jadi sebelum Subuh jika tidak sempat masuk ke dalam masjid (bilamana pintu masuk dah disekat) dan terpaksa solat di dataran(di luar masjid) aduhai...maka tersangat lah terasa sejuknya. Walaupun dah pakai inner jubah dan ditambah dengan jaket di luar jubah, masih sangat terasa dinginnya.

nota: perjalanan umrah 12 hari ada di SINI

Alhamdulillah.


Kursus Umrah Tiram


Alhamdulillah, hari Sabtu lalu saya dan en suami berpeluang untuk ikut serta dalam pengisian Kursus Umrah yang dibawa oleh Ustad Fadzrien dari agensi umrah Tiram Travel Rawang. 


Alhamdulillah sepertimana sebelumnya, perkongsian ustad sangat padat dan begitu bermanafaat buat kami sebagai peserta kursus. Jazakallah ustad, moga ilmu yang dikongsi mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah SWT ..aamiinn


Syukur alhamdulillah dapat hadir ke majlis ilmu. Syukur Allah rezekikan untuk dapat mengulang-kaji ilmu berkaitan umrah. Ustad pesan agar kita sentiasa doa moga² Allah beri kelapangan waktu untuk ke Masjidil Haram. Untuk nak ke sana, mesti nak kena dapat jemputan dari Allah. Jadi kena mohon Allah beri waktu, kena mohon Allah beri kesihatan.  Bulan 1 dan 2 adalah musim sejuk di Mekah dan Madinah.  Moga² dapat buat umrah dengan sempurna. Semua memerlukan persediaan fizikal yang banyak. Jadi kena konsisten melakukan senaman dan berlatih berjalan kaki supaya lebih mudah untuk kita melaksanakan ibadah umrah dalam keadaan bersedia.


Perbanyakkan  ucap Talbiyah. Mohon Allah pilih kita jadi tetamu-Nya..aamiinn



UMRAH adalah mengunjungi Baitullah al-Haram dengan mengerjakan ibadah tawaf, saie dan bergunting/bercukur menurut syarat² sah-nya serta wajib-nya.


Syarat² wajib umrah:

  • Islam
  • Baligh
  • Merdeka
  • Berakal
  • Berkuasa/mampu


Persediaan fizikal

✔️Tubuh badan yang sihat dan cergas

✔️Ubat-ubatan /supplement/alat bantuan yang sesuai dan cukup.

✔️Pakaian yang sesuai

✔️Wang belanja yang cukup dan halal.


Persediaan Rohani

✔️Perbetulkan niat. Biar niat kita nak buat umrah semata² kerana Allah Taala.

✔️Perbanyakkan istighfar

✔️Perbanyakkan taubat

✔️Tingkatkan ilmu berkaitan perjalanan dan perlaksanaan ibadah umrah. Contoh: tengok dalam youtube (tapi kena pandai pilih takut berlainan mazhab).


Makanya:

  • Kena bersenam untuk bersedia.
  • Kena banyak berjalan kaki.
  • Bawak ubat paracetamol, ubat batuk dsb. Kalau pergi farmasi biasanya deorang akan tahu dan beri kit ubat-ubatan yang mana perlu dibawa oleh jemaah umrah atau haji. 
  • Bawak baju yang tebal supaya dapat tahan sejuk. Sebabnya musim sejuk Januari dan Februari memang sejuk buat mereka yang tak tahan sejuk. Mudah untuk nak rasa demam. Jadi kena bersedia.
  • Kena pergi dengan ilmu, baru kita dapat buat ibadah dengan yakin. Kena ada ilmu sebelum kita jadi tetamu Allah.


Persiapan Sebelum Berlepas

  1. Telefon pintar
  2. alamat e-mail
  3. Applikasi NUSUK 

Apps ini wajib untuk setiap orang yang mengambil visa pelancong kerana ia perlu untuk permit masuk Raudhah. Setiap orang dia akan check apps ini. Untuk daftar apps Nusuk perlu ada e-mail. Satu e-mail untuk seorang individu, tak boleh kongsi e-mail untuk apps orang lain. Apps Nusuk tetap perlu bagi yang ambil visa umrah untuk permit masuk Raudhah kali ke2 dan ke3. 

Kena check dah dapat visa ke belum. Kena check, pastikan muka, nama dan butiran di visa sama dengan di paspot.

Kalau dah ada visa, dah boleh daftar NUSUK. Nak daftar kena pakai alamat e-mail. Mesti daftar semasa di Malaysia jangan semasa kat sana baru nak daftar NUSUK.

Check blacklist, dikhuatiri ada sekatan.

Kalau pergi dengan MAS, kena check-in secara individu. Dia nak tengok seorang demi seorang.

Jangan terlepas waktu dalam apps NUSUK nak masuk Raudhah. Nak masuk Raudhah elok pergi satu jam sebelum waktu yang ditetapkan sebab kena beratur. 


Jemaah yang ambil visa umrah kena ada e-visa biometrik - >>  jadi kena scan jari. Bagi yang ambil visa pelancong, tak perlu.


RUKUN UMRAH

(1)Niat

(2)Tawaf

(3)Saie

(4)Bercukur/bergunting

(5)Tertib


Rukun umrah datang dalam satu set 5 perkara itu. Walau berulang kali buat umrah sekalipun mesti melalui set ini. Rukun umrah kena buat. Kalu tak buat, tak sah umrah/BATAL.


WAJIB UMRAH

(1)Niat ihram di Miqat

(2)Meninggalkan perkara² larangan dalam ihram.


Kena buat, kalau tak buat tetap sah umrah tapi ada lompong². 

Jadi nak ganti lompong tu maka kena bayar DAM. Contoh1: niat umrah selepas melepasi miqat. Sah umrahnya tapi kena  DAM. Analoginya kata ustad, orang yang solat tapi tertinggal buat tahiyyat awal. Sah solat nya tapi kena ganti dengan buat sujud Sahwi.

Boleh berniat di Malaysia dan tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Tapi tu lah, jadi lama lah tempoh duduk dalam ihram. 


NIAT

Niat itu lintasan hati. Boleh buat di mana², bila² masa. Tapi yang menyempurnakan niat umrah kita, kita berniat di Miqat.


CARTA PERLAKSANAAN UMRAH

✔️Niat ihram


✔️Niat di miqat


~miqat: sempadan untuk berniat.

Cth; (Bir Ali - dari Madinah), (Qarnil manazil - niat atas kapalterbang dari Malaysia). Boleh niat ihram di madinah, tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Boleh niat ihram di hotel mekah tapi kena dam sebab dah melepasi miqat.



Tak boleh batal niat ihram sesuka hati. 


~ Lafaz niat ihram dan di galakkan niat bersyarat.

Lafaz Niat: Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 

Jika aku terhalang dengan apa² halangan, maka halal lah aku.


DAM

Dam ada yang boleh dipilih dan ada yang tak boleh dipilih.

Contoh: yang boleh pilih seperti memberi makan 10 fakir miskin, boleh menyembelih kambing dll

*tak semua kesalahan kena dam, jadi rujuk mutawif


✔️Menjaga larangan ihram


Larangan ihram:

(1) Taraffuh

Perkara yang boleh patah balik. Jika sengaja melakukannya kena dam. Namun jika tak sengaja, maka tak kena dam.

Contoh: 

~dalam bab pakaian - cth pakai baju biasa bagi lelaki

~pakai bau-bauan

~hubungan jantina


(2) Itlaf

Contoh:

~bab kecantikan

~alam sekitar.


Yang melibatkan kemusnahan. Tak boleh patah balik. 

Jika sengaja, berdosa dan kena dam. Jika tak sengaja, tak berdosa tapi tetap kena dam.

Cth: cabut bulu kening, tak dapat nak letak balik. cabut pokok, tak dapat sambung balik.  Bunuh belalang, tak dapat hidup balik belalang tu.

Makanya,  jika sikat rambut dan atas perbuatan itu rambut luruh ~》 kena dam. Jadi sebaiknya elakkan menyikat rambut semasa dalam ihram.



✔️Tawaf 


Nak buat tawaf mesti ada wudhu. Mesti suci dari najis. Kena tutup aurat. Kedudukan tempat kita mula bertawaf (dalam linkungan 90° Hajarul Aswad bertentangan isyarat lampu hijau), itu lah tempat selesai kita bertawaf. Jangan terkurang 4 atau 5 langkah kita dah berhenti atau berjalan keluar dari garisan tawaf contoh: bilamana kita nampak mutawif dah selesai dan sedang berjalan keluar dari dataran kaabah kita pun nak ikut keluar sedangkan kita belum sampai di tempat kita bermula. Jadi kena selesaikan dulu, baru keluar dari garisan kita tawaf.







▪️Beridtiba'(lelaki buka bahu kanan)


▪️Sampai di Rukun Yamani..baca lah..' Rabbana atina fiddunnia hasanah wafil akhirotihasanah waqina azabannar..'


▪️Pandang hajarul aswad baca lah, 'Bismillahi Allahu Akbar 3x disertai dengan Walillah hilham'


▪️Tiada satu pun bacaan yang wajib sepanjang tawaf dan saie sebenarnya. Tak baca apa pun tak apa namun seeloknya kita  bacalah atau ucap kan apa² zikir yang inshaaAllah moga² ibadah kita lebih mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT..aamiinn


**💌Alhamdulillah saya mengira pusingan tawaf dan saie sebanyak 7 pusingan dengan yakin melalui zikir

Astaghfirullah hal adzim ~ Pusingan 1 

Subhanallah ~ Pusingan 2

Alhamdulillah ~ Pusingan 3

Allahu Akbar ~ Pusingan 4

Lailaha illallah ~ Pusingan 5

Allahummasolli ala muhammad wa ala ali muhammad ~ Pusingan 6

La khaulawala quwata illa billah ~ Pusingan 7


Terserah pada kehendak atau keyakinan masing² untuk mengira 7 pusingan ini.. Ada yang mengira dengan jari, tasbih, helaian buku kecil dan sebagainya.


Boleh tawaf beralih² garisan asalkan bahu kiri tetap mengirikan kaabah. Jangan berpusing badan.


.....................................

Saya ada bertanya pada ustad tentang bolehkah pakai kasut (yang bersih dan suci dari najis) untuk ganti pakai stokin tawaf yang pernah saya guna sebelum ini.  Kata ustad boleh. Alhamdulillah. 



Dan saya juga bertanya untuk mendapat kepastian, bolehkah pakai sunskrin dan sunblock selepas berwudhu sebelum mula melakukan tawaf. Ustad kata boleh. Alhamdulillah.

.......................................


Setelah selesai tawaf, bergerak keluar dari garisan mencari ruang untuk Solat Sunat Tawaf. Selepas solat, pergi ke tempat minum air zam zam. Niat lah apa² yang kita hajatkan semasa minum air zam zam.


Masa pakai ihram jangan pergi kucup kaabah sebab di kelambu kaabah ada bau wangi-wangian. Selesaikan dulu umrah. Selepas selesai bergunting boleh pergi balik ke kaabah.


Mesti muhasabah selepas buat tawaf, tanya diri adakah sempurna tawaf ku tadi, adakah cukup bilangan pusingan tawaf, adakah masih kekal dalam wudhu semasa tawaf tadi... Bila yakin sempurna baru boleh buat Saei. Tidak sah Saei jika tawaf tidak sah.


✔️Saie


Berjalan berulang-alik sebanyak 7x iaitu dari Bukit Safa ke Marwah(angka ganjil pusingan 1, 3, 5, 7), Marwah ke Safa(angka genap pusingan 2,4, 6). Jadi laluan terakhir iaitu laluan ke 7 ialah Safa ke Marwah. Saie kita akan berakhir di Marwah.


Satu²nya lorong untuk ke tempat Saie ialah bertentangan dengan Rukun Iraqi. Jadi kalau terpisah dari ahli kumpulan, apa² pun inshaaAllah akan jumpa juga di lorong tersebut.


Berbeza dengan tawaf, saei tidak wajib ada wudhu. 






Tawaf ~ jarak lebih kurang 1.5 km (7pusingan)

Saie - jarak lebih kurang 3.4km(7x berulang-alik)


✔️Bergunting/bercukur


Selesai Saie, boleh terus bergunting di kawasan Marwah(jaga² aurat) atau boleh balik bergunting di hotel. Lelaki boleh terus bergunting di Marwah atau boleh bercukur di mana² kedai gunting. (Di bawah hotel Safwa underground banyak terdapat kedai gunting)


✔️Tertib


Sunat Sebelum Ihram

  • Memotong kuku
  • Menanggalkan bulu ketiak, ari²
  • Mengandam misai, rambut
  • Mandi sunat ihram
  • Memakai minyak wangi/bau-bauan(tapi di badan sahaja bukan di pakaian)
  • Memakai pakaian ihram

Lelaki: dua helai kain yang tidak bersarung/berjahit yang bercantum. Tak boleh pakai kopiah. Tak boleh pakai sarung tangan.

Perempuan: tak boleh tutup muka dan pakai sarung tangan.


  • Solat sunat ihram.


................................................


Selagi keberadaan kita di Masjidil Haram, perbanyakkan mengerjakan Tawaf Sunat. Sangat afdal kerana kita berada di Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah. Tawaf tidak ada di tempat lain melainkan di Kaabah sahaja. Banyakkan memandang Kaabah. Pandang Kaabah saja pun dah dapat pahala InshaaAllah. Cuba untuk sentiasa solat fardhu dan solat sunat di masjid. Rugi lah kalau dah datang ke Mekah, tapi hanya solat di bilik hotel atau di surau hotel. 


Kena ada ilmu untuk solat jenazah.. kena belajar, biar lebih sempurna. Kerana di sana sentiasa ada kematian. Jadi biasanya kita akan ikut bangun untuk solat jenazah usai solat fardhu.


Nak buat apa² semasa tawaf dan saie, kena berhenti dulu dari berjalan. Nak cari suami/anak/kawan kena berhenti dulu baru pusing belakang atau kiri kanan mencari. Selepas itu, undur 3 hingga 4 langkah, sambung balik tawaf atau Saie. Sebab kita buat Tawaf  hanya untuk tujuan tawaf semata² kerana Allah, bukan tujuan perkara lain.


Sebelum meninggalkan Mekah, kena buat Tawaf Wada'. Iaitu tawaf selamat tinggal.




Ustad ingatkan sekali lagi, ubat yang dibawa jangan cukup², tapi kena cukup.


DI masjid Nabawi, tempoh dapat berada dalam Raudhah biasanya hanya dibolehkan 15minit sahaja. Atas rezeki masing² jika dapat duduk lebih lama, wallahu 'alam.


Selamat mengerjakan umrah buat semua Tetamu Allah. Moga beroleh Umrah yang Maqbullah..InshaaAllah.. Aamiinn


💌💌💌💌💌💌💌


Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡