Sambutan Hari Lahir


Alhamdulillah tarikh hari lahir datang lagi  tahun ini. Makin berkurang usia dengan bertambahnya angka umur.. MasyaAllah

Terharu dengan ucapan selamat dari ahli keluarga serta beberapa orang sahabat. Rasa ada taman dalam hatiku... tqsm all..jazakallah🤍



Antara ucapan yang terungkap...

Hepi bezday isteri tercinta

Smoga sihat sejahtera

Bahagia dan diberkati usia

Meniti hari tua bersama

#HepiBezday

................................

Happy Birthday mamaku yang terpaling cantik! Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat2 selalu~ i love you, mom 🫶🏻😘

.............................

Happy birthday ma. Abg doakan mama sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindungan Allah. Love u ma ❤️😘

....................................

happy birthday mamaku❤️❤️❤️❤️semoga mama sentiasa dalam rahmat Allah..semoga mama dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dikabulkan segala hajat...amiinnn..Happy Birthday Syurgaku😘

.....................................

Happyy birthday mama 💐🎂 

Rin doakan semoga mama sentiasa dalam jagaan Allah, dikurniakan kesihatan yang baik,  di limpahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah selalu.. ♥️♥️

.....................................


Kedatangan tarikh bezday kali ini tak jauh dari tarikh hadirnya 1 Rejab 1447H. Allahu..dah nak dekat Ramadan rupanya kita. Dunia berputar, rasa baru je sambut puasa tahun ini, ni dah nak jumpa balik dengan bulan Ramadan yang mulia. Ya Allah, moga ada rezekiku bertemu dengan bulan Ramadan kali ini.. inshaaAllah..aamiinn  

Moga Allah berkati kita di bulan Rejab dan Syaaban dan Allah pertemukan kita dengan bulan Ramadan..Aamiinn







♡♡♡♡♡

Bercuti ke Hatyai (part 2)

 .... bersambung dari SINI


Saat beransur tinggalkan Pantai Samila, hujan mula turun. Dalam iternerary sepatutnya dari sana akan ke Masjid Songkla atau dikenali juga dengan Masjid Tajmahal. Tapi hajat tak kesampaian. Dan kata-nya akan singgah juga ke tempat gajah yang popular di hatyai iaitu Chang Puak Elephant Camp Hatyai. Di sana, khabarnya kami nanti akan dapat pengalaman naik gajah, beri makan gajah, dan melihat pertunjukan gajah..

Tapi tu lah. Tak dapat rasa pengalaman tu.. takper lah kan🤗

Lagi pun, hujan makin lebat. Rasa saspen juga bila tengok cermin depan bas, nampak tak berapa clear jalan. 

Allah tak izin, pasti ada hikmah. Kita hanya merancang. Yang menentukannya, Allah jua.

Kami lantas ke Restoran Khlong-hae Buffet iaitu kedai steamboat untuk makan buffet seafoodYESS! Rasanya elok sangat lah, sebab masa tu pun dah hampir jam 4ptg waktu Thai. Perut pun dah berbunyi.

Restoran Khlong-hae Buffet menawarkan pengalaman makan yang luar biasa dengan harga yang berpatutan. Dengan konsep buffet, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan laut segar, ayam, daging, dan sayur-sayuran. Harga buffet adalah 299 baht (sekitar RM40) bagi setiap orang, harga yang sangat berbaloi. 

Restoran ini ada sijil Halal, jadi kita inshaaAllah dapat menikmati makanan dengan tenang dan yakin.🫠 🫠


Semua fokus menjamu selera dengan makanan laut yang begitu banyak tersedia. Kita kena masak sendiri pakai dapur yang disediakan di atas meja. Satu dapur untuk memanggang, satu lagi untuk steamboat. Kiranya macam di kedai Seoul Garden atau Sakiya la kalau di tempat kita. Makanan 'ready to eat' pun banyak terhidang, tinggal pergi ambil je ikut selera masing². 


Sedap sangat makan ratah² seafood, kami makan sampai kenyang. Alhamdulillah syukur ya Allah. Saya dan en suami kongsi masak dan makan bersama-sama dengan Ida dan en Halim. Tambah meriah meja kami bila duduk bersebelahan dengan dapur Hj Kamaluddin dan Hj Ramli ketua rombongan..ehe he



Selesai di situ hari pun dah gelap, hujan pun dah berhenti. Bas meneruskan perjalanan balik ke hotel. Ada peserta yang nak singgah jalan² lagi di Lee Garden dan Asean Night Market, dan sebahagian lagi nak terus balik hotel... termasuklah saya, hjh Siti dan Ida.. dah berhajat nak balik rehat dan rawat jeh. Faktor umur gitew....😂


20/11/25

Pagi² kami dah check-out🤗




Pagi itu Zack bawa pergi makan sarapan di Restoran Ban Hang. Erm..sekali lagi saya macam tersilap pilih menu, makan nasi kerabu... Erm, ngapa ek pilih nak makan nasi kerabu? Padahal selalu je buat nasi kerabu kat rumah😇😇 

Rasa nasi kerabu-nya okay jer, mungkin sebab tak berapa kena dengan saya pagi tu..huhu🫠.. Apa²pun, rezeki alhamdulillah syukur. Menu² lain alhamdulillah boleh tahan, nampak sedap belaka terutamanya Pulut Ayam(cikgu Yati kasi try) Wow! Rasa sangat Osem!!


Lepas makan kami terus ke Pasar Kim Yong.  

Pasar Kim Yong di Hatyai adalah pasar Thai yang merupakan salah satu destinasi utama untuk shopping. Banyak dijual pelbagai jenis barang, termasuk makanan jajan², baju² dan barang souvenir. Di sini saya beli beras pulut susu 2kg dan tambah beli kacang², untuk menambah lagi berat beg.. 😂😂






Selesai di Pasar Kim Yong, destinasi terakhir kami ialah Central Hatyai



Central Hatyai adalah mall terbesar di Hatyai. Saya dan en suami sempat makan Pulut Mangga selepas naik escalator ke tingkat 4. Sangat sedap pulut mangga ni rupanya, first time rasa😍Alhamdulillah.




Saya kemudiannya tapau Nasi Patkapao untuk kami suami isteri makan atas train nanti. Beli bekal siap² bimbang nanti tak jumpa kedai makan yang menarik di Stesen Padang Besar untuk beli makanan.

...........................................

Tiba lah masa untuk kami meninggalkan bumi Hatyai. Perjalanan dari Central Hatyai dalam hujan renyai² mengambil masa kurang lebih 2jam untuk sampai ke border.

Alhamdulillah, bagi saya perjalanan pergi balik menaiki Ets ke hatyai, menarik dan okay sangat. Namun kalau ada rezeki ke Hatyai lagi selepas ini, inshaaAllah mungkin kami akan ke sana dengan menaiki bas. Rasa agak serik kena berjalan jauh heret beg semasa merentas border🫠... hi hi

Btw, terimakasih banyak buat pasangan suami-isteri Taufik dan Hanis yang tolong angkat beg² kami yang senior citizen ini, semasa turun dan naik jejantas di border. Terharu acik tau! 🙂‍↔️🙂‍↔️





Terimakasih buat Zack dan pemandu bas yang banyak berjasa sepanjang 3hari 2malam kami di Hatyai.  Juga buat rakan² trip yang sama² bermusafir dalam pengembaraan kali ini, Jazakallah. Kami 19orang peserta terdiri daripada my en suami, Hj Ramli, Hj Kamaluddin, en Azhari, Hj Yusuff, en Halim, en Zul, Taufik, Hanis, Hjh Siti, Ida, Mashitoah, cikgu Yati, kak Hawa, Kak Zah, Siti, Kasih, Medina dan saya. Kenangan manis terpahat di ingatan Alhamdulillah😍


Sekian Wassalam.


Bercuti ke Hatyai

 Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas, kami dikejutkan dengan berita banjir di Hatyai. ALLAHU AKBAR. Baru je balik dari sana. Seriau betul! Dengar ramai yang masih berada di sana terkandas di hotel masing² dek bawah hotel penuh air. Innalillah. Syukurlah, Allah rezekikan group kami sampai balik Malaysia sehari awal sebelum musibah banjir melanda Hatyai. Allahu. Moga cepat surut airnya, moga dipermudahkan urusan semua di sana..aamiin

......................

Apapun tetap nak cerita kisah cuti² kami di Hatyai, Thailand  ~

Kami peserta trip seramai 19orang yang diketuai oleh Hj Ramli dibantu oleh Cikgu Yati bermusafir ke Hatyai menaiki ETS, bercuti selama 3hari 2 malam 18hb - 20hb November 2025, Selasa hingga Khamis.


18/11/25

4.47pagi ~ saya dan en suami gerak dari rumah.

Sampai² di masjid As-Salam Bukit Sentosa, bas dah sedia  menunggu untuk menghantar kami ke Stesen ktm Sg Buloh.

7.47pagi ~ ETS bertolak dari Stesen ktm Sg Buloh menuju ke Padang Besar.


Semangat berjalan kemain lagi. Jadinya awal² perjalanan dalam train duk sibuk catat masa, bilamana sampai di mana² stesen..hahaha

Cth:

Tasek gelugor 11.19pagi

Alor Setar 12.02tghri

🤗🤗


Speed ETS yang saya sempat jeling kat skrin, terpapar kelajuan 134km/hr..uish! boley tahan la laju..


Duduk dalam train lama, tah berapa kali terlelap. Lepas terjaga, terlelap balik. Ada la sekali saya bangun untuk ke bilik air. Sempat jenguk suasana cafe, saja tinjau²..hi hi

Alhamdulillah... selamat sampai di Padang Besar kira² jam 12.30 tghari.


Jika menaiki ETS rupa²nya kena berjalan jauh sikit untuk ke border. Jenuh jugak la melalui jejantas yang panjang kemudian turun tangga yang tinggi dengan menjinjing beg bagasi 7kg. Kemudian jalan kaki lagi kira² 300meter sambil tarik beg sebelum menempuh 2 tempat imegresen(Malaysia & Thailand). 



Selesai di situ baru jumpa bas yang sedang menunggu. Zack pemandu pelancung kami dah siap² menanti kedatangan kami. Ramah mesra orangnya dan sentiasa tersenyum. Antara briefing Zack yang sempat singgah di fikiran saya;

□Hatyai salah satu daerah dalam negeri Songkla. 2juta orang ada di seluruh Songkla.

□75% penduduk Thailand beragama buddha.

□Thailand ada 77buah negeri.

Lain² isi info dari Zack, banyak yang lalu je dalam kepala, tak sempat singgah🤭..tak tahu dah apa Zack cerita yang lain² tu..😂 mungkin sebab dah penat jalan jauh seret beg kat border...huuuu


Destinasi yang mula² sekali... singgah makan. Intro makanan lunch kat situ tak berapa nak kena dengan tekak, mungkin saya silap pilih lauk. En suami okay je makan, lauk sup daging.


Lepas makan, kami ke Erawadee..tempat di mana dipamer serta dijual pelbagai ubat-ubatan herba. Ubat sakit lutut, sakit pinggang, ubat slip-dis, resdung semua ada. 


Kemudian Zack membawa kami ke Kaysorn, tempat menjual pelbagai barangan cenderahati. Sebelum masuk tengok² apa barangan yang ada, kami selesaikan dulu solat jamak Takhir Zohor dan Asar.  Di Kaysorn pelbagai barangan dijual, tapi saya cuci² mata je dulu, survey² harga dulu...gitew




Sebelum menghala ke Asean Market, singgah dulu di kedai Renu yang menjual pelbagai snek makanan dan kacang². Kat sini semua pakat shopping..he he.. Saya pun tak terkecuali, sama sibuk dengan en suami pilih-pilih kacang dan kerepek. Pes tomyam untuk anak menantu pun beli di sini. Total berbelanja di kedai Renu 1620bath.. Aduhh! Dah surut duit bath yang tukar...🙂‍↔️🙂‍↔️..Caner niii🤭🫡

..........................................

Hari dah malam, kami kemudiannya ke Asean Market cari² makan untuk dinner



Benda² makan terletak di tingkat 2, semua nampak sedap, rasa tak tentu arah nak decide nak makan apa. Saya akhirnya tertarik nak rasa Sup Ekor Lembu..nampak sedap yang Hj Kamaluddin order, jadi tunjuk kat tuan kedai nak sama macam tu..hi hi... Sedap makan nasi putih berlaukkan Sup Ekor Lembu. En suami pula makan nasi putih lauk Sup Perut bulat. Sedap sangat bagi saya pilihan menu malam itu, memang terpaling superb!! 




Kemudian saya dan Ida tak lepaskan peluang nak rasa Lempeng Pisang pulak. Lama tunggu kat gerai lempeng pisang dek panjang Q. Rasanya macamana? Jawapannya biasa biasa je rasa dia...ehe he... 🫠🫠 Tapi sedap tu memang la sedap. Kita boleh buat sendiri nanti di rumah untuk breakfast.. Kan Ida kan!🤭😬 Bila dah siap masak lempeng pisang, kita boleh tabur milo atau sapukan atas dia dengan susu pekat, kaya, nutella atau apa² je lah untuk menambah sedap lempeng tu. 


Okay malam pun dah lewat, bas beransur² menghantar kami ke ATK Garden Hill Hotel untuk check in. Aduhai baru nak check in, semua time tu dah kepenatan dan saya dah terbayang nak tidur je...penat dan mengantuk dah takleh bawak bincang dah..hu hu

Bilik alhamdulillah bersih, luas dan selesa.

 

19/11/25

Esoknya seawal jam 7pagi dah turun berkumpul untuk pergi breakfast. Kami ke Restoran Chabura Dimsum. Di sana saya dan en suami pekena menu Nasi Patkapao Daging. Ya Allah best sangat!! Pau Kacang dia pun sangat kena dengan tekak..alhamdulillah.



Dah kenyang, hati pun senang.. kami pun meneruskan perjalanan ikut tentetif hari kedua trip iaitu ke Nora Plaza, tempat eksklusif menjual barangan kulit. Di sana saya hanya meninjau² je, takde jatuh hati nak beli apa².


Selepas itu kami ke Bee Garden, tempat khusus menjual barangan herba seperti Propolis, madu Asli, ubat² sapu seperti Balm, sabun madu dan lain².  Di sana, saya beli balm dan sabun madu je..he he...rakan² peserta lain ada yang shopping sakan beli madu lebah serta ubatan herba lainnya.




Lalu dari Big Bee garden, bas meluncur membawa kami ke Masjid Baanhuaion sebagai acara ukhwah dan silaturrahim dengan jemaah di sana.




Usai solat jamak rombongan kami masuk melawat ke kawasan pusat pelajar² tahfiz dalam jarak kira² 300m dari tapak Masjid Baanhuaion. Sejuk hati bila memandang wajah suci pelajar² tahfiz. Moga Allah permudahkan pencarian ilmu anak² tahfiz sekelian di sana...Aamiinn





Setelah itu kami singgah mengambil angin di Pantai Samila. Angin kuat ketika itu. Rasa suspen pun ada bila lihat ombak besar menghempas pantai... agak scary laa...





...bersambung inshaaAllah

Di SINI



Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12