Bismillahirrahmanirrahim
Ustad mulakan tazkirah dengan membaca Surah Al-Baqarah ayat 185;
yang bermaksud:
Al-Baqarah:185 - (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Ustad lalu menyapa dengan ucapan..
Ramadhan Kareem...
Kata ustad, bila orang ucap pada kita "Ramadan Kareem" (Ramadan yang mulia) maka kita jawablah dengan ucapan "Allahu Akram".(Allah yang lebih Mulia)
Kenapa Ramadhan tu menjadi sangat hebat....
Kata ustad, macam² keseronokan/keterujaan orang menyambut Ramadhan.
Ada orang seronok, bila Ramadhan tiba , anggap dah jadi adat sambut puasa. Ada oramg seronok masuk Ramadhan ada makan free, dapat pergi teraweh. Ada yang kata, ini lah peluang untuk i nak kuruskan badan.
Sebab apa rasa begitu? Sebab minat dia hanya di situ. Takpe, tak salah, kata ustad.
NAMUN kalau hanya sekadar begitulah niatnya, maka rugi lah, tuan tuan ...
Kalau kita pandang Ramadhan sebagai satu hadiah buat kita, MasyaAllah kita akan buat yang terbaik. Buat tuan-tuan, yang penting kita buat.
Bila Allah letakkan kita di bulan Ramadhan, pulun buat ibadah sehabis baik. Allah bagi peluang dan ruang untuk kita.
Kita ni lemah. Minggu pertama memang semangat. Lepas pada tu, tinggal. Kita tak mau macam tu, tuan-tuan. Kena istiqamah. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia.
Lailatul qadar berlaku bila? Ramadhan. Alquran mula² turun di bulan Ramadhan. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Maka, baca al-quran, banyakkan baca walaupun tak faham makna.
Kalau kita nampak pahala, pasti berebut² semua. Jadi wali semua , kalau pahala tu boleh nampak. Astaghfirullahal adzim.
Nabi SAW syarat kat kita kena banyak baca alquran di bulan Ramadhan ini. Nak cerita Imam Shafie rahimullah khatam alquran 60x di luar waktu solat. Kita ini kalu dapat 6juzuk pun jadi lah..tuan tuan.
Jangan kita umur dah 60 tapi tetap takat baca surah qulya dan qulhuwallah dalam solat. Upgrade sikit.
Dan imarahkan masjid, sedaya upaya kita. Masjid² yang penuh di awal Ramadhan jangan makin susut bilangannya pada pertengahan Ramadhan. Jangan semua makin lengang. Jangan nanti masjid terpaksa adakan mission mencari jemaah yang hilang...
Ada 4 bulan haram, bulan yang Allah mulia dan dituntut perbanyakkan ibadah iaitu; Zulkaedah Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Namun tak disebut dengan jelas di dalam alquran, jadi tugas Nabi SAW spesifikkan. Sebab itu kita kena tengok hadith sama. Cth: sembahyang: dalam quran sebut, tapi tugas Rasulullah SAW yang menerangkan cara² bagaimana. Jadi kena hidup berpandukan kedua² al-Quran dan as-Sunnah. Berpegang teguh pada kedua-duanya.
Wallahu a'lam
1 comment:
Tazkirah yg bermanfaat. So betulkan niat utk jadi manusia bertaqwa.
Post a Comment