Showing posts with label Umrah 2019. Show all posts
Showing posts with label Umrah 2019. Show all posts

Rindu Masjidil Haram


Teringin nak ke Mekah lagi. Maqbulkanlah ya Allah. 

Sesungguhnya daku rindu Masjidil Haram.


Sesungguhnya daku rindu Kaabah. 







Terkenang rakan² sebilik sepanjang keberadaan kami di sana..huuu

Ana, Laila dan Sha

..............................................

Dapat forwarded video dari seorang sahabat umrah ku.. Terima kasih kakros. Aduhh.. sedih sungguh bila tengok video ini yang tunjuk keadaan dan suasana di sana sekarang ini. Moga Allah angkat wabak covid 19 dari terus berlarutan di mukabumi. Semua dengan izin Allah.. Aamiinnn ya Robbal 'alaminn... 




Hari Terakhir di Jeddah

....sambungan dari SINI


Tiba-lah masa untuk meninggalkan Madinah. Kami akan pulang ke Malaysia dari Jeddah.  Jadi semasa dinner, yang terakhir kali di Madinah, en suami dah siap2 hulurkan duit dekat anak saya untuk turun beli Kebab buat bekalan kami dalam perjalanan ke airport Jeddah.. Boleh tahan murah, hanya 15rial untuk 3 kebab alhamdulillah. Tapi tak sempat makan pun atas bas. Semua tidur kepenatan, tau2 dah sampai airport.  Di airport pun sambung lagi terlelap.

Bila terjaga, baru makan bekal kebab yang beli di Madinah. Jadi terlebih makanan lah pulak sebab rupanya kami dapat lagi sekali nasi iaitu satu pack nasi lemak, sebiji apel dan sebotol air minuman. Kiranya itu last pack makanan untuk pakej umrah kami di sana sebelum naik flight.


Di airport Jeddah dek waktu menunggu nya agak lama, ramai jemaah kita beli dan makan megi sementara tunggu flight sampai. Saya agak terliur tapi tak dapat nak beli sebab  kami 3beranak dah kehabisan duit rial.

Satu benda lagi yang saya terliur nak beli tapi tak dapat beli ialah chip kentang. Nampak sedap jemaah kita duk krup krap krup krap makan. Rasa segan pulak kalau nak mintak tukar duit rial dengan rakan group. So tengok je la orang makan.

Semasa di atas flight, kami order air milo dan nescafe sampai  2 kali. Kira mampu dan boleh beli la sebab nak bayar tu pakai rial boleh, rm pon boleh..he he..
Naik Air Asia ni, kalau nak order minuman panas kena beli, deorang provide makanan dua meal dan air kosong spritzel je.  Yang meal mula2  nasik lemak, second time satay ayam. Boleh tahan  sedap.. Alhamdulillah.





Sepanjang penerbangan balik, saya acapkali terlelap. Tapi tiapkali terjaga, Subhanallah ingat diri masih tengah buat tawaf lagi. Aduhh... hiba-nya hati... Terkenang suasana dalam Masjidil Haram, rindu Kaabah, terkenang suasana dalam Masjid Nabawi. Moga Allah pilih lagi untuk dapat sampai ke sana...ya Allah pilih lah lagi daku menjadi tetamuMu.. Rezekikan lah lagi hamba ya Allah... Aamiinnn ya Rabbal Alaminn

Selamat tinggal bumi Anbiya. Aku pasti akan sentiasa merinduimu...

Rindu laluan ini.. Laluan berulang-alik ke Masjidil Haram


...bersambung lagi di SINI

Buat Ziarah Wada' Sebelum Meninggalkan Madinah

...bersambung dari SINI

Hari terakhir di Madinah, saya, ana dan shilah terlewat  untuk ikut mutawif dan lain2 ahli group untuk melakukan ziarah Wada'. Maka kami dalam tergesa-gesa pergi sendiri ke kubah hijau untuk mengucapkan selamat tinggal pada Rasulullah SAW. Dalam perjalanan bertemu dengan ahli2 group yang dah selesai buat ziarah wada'.
Sesampai di kubah hijau yang mana di bawahnya terletak makam Rasulullah SAW, saya berdoa minta Allah sampaikan dan rezekikan saya untuk dapat datang lagi menziarahi Rasulullah SAW.
Moga daku beroleh syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti... Aamiinn ya Allah





...bersambung di SINI


Tunggu Saya Datang Lagi Madinah


  ..bersambung dari SINI)


Hari terakhir berada di Madinah tempohari ialah hari Jumaat. Esoknya dah nak balik Malaysia. Jadi banyaknya rasa perkara nak buat hari tu. Malam itu jam 11.00 dah nak kena berkumpul tunggu bas untuk ke Jeddah.  Pukul 9.00 rencananya dah kena keluar untuk buat ziarah wida'.  Jadi selepas solat isyak, saya ambil peluang capture suasana di dalam dan di luar Masjid Nabawi. Sedihnya rasa nak tinggal pergi. Boleh ke saya sampai sini lagi ni.. Boleh ke... Ya inshaaAllah, saya akan kembali ke sini lagi dengan izin Allah.. Aamiinn

Tunggu saya datang lagi, Madinah al-Munawwarah.





Ramai yang singgah minum air zam-zam sebelum dan selepas solat.





Semasa menuju jalan keluar, Subhanallah begitu ramainya orang masa tu...














..bersambung; Buat Ziarah Wada (di SINI)

Sekitar Hotel Elaf Grand al-Majeedi, Madinah

...bersambung dari SINI


Alhamdulillah di Madinah kami menginap di hotel Elaf Grand al-Majeedi. Hotelnya betul2 di luar gate Masjid Nabawi bernombor 16 dan 17. Dari gate pula, sangat dekat jaraknya dengan pintu Umar al-Khattab bernombor 17 khusus bagi ruang solat wanita.



Entrance kedua Elaf Majeedi

Makanan buffet di hotel Elaf Majeedi alhamdulillah boleh tahan sedap cumanya tak banyak pilihan sebagaimana buffet di hotel Mekah. Makanan di masak di tempat lain, dibawa  dan dihidangkan secara buffet di dewan makan hotel. Ada partition untuk ruang makan group lain, mungkin caterer pun berbeza. Caterer kami orangnya dari Pattani Thailand, saya sempat interview tanya...
Nasi Lemaknya.. Terbaik








Selama lima hari berada di Madinah, ada la beberapa kali kami  3beranak meluangkan masa berjalan melihat2 kedai di sekitar hotel Elaf Majeedi dan kawasan berhampiran. Jenuh round sebab di bawah hotel saja pun dah banyak kedai. Belum melintas pergi bangunan lain lagi. Jubah2 banyak dijual dengan harga mampu milik, ada yang semurah 20rial, ada yang mahal. Saya beli tak banyak pun, hanya beberapa helai untuk diri sendiri dan anak menantu.


Seronok masuk supermarket dia di tingkat bawah sebab ada banyak coklat dan biskut buatan sana yang sedap2 belaka. Ada satu tu biskut inti kurma Maamoul, agak sedap. Jadi saya beli serba sikit campur2 untuk bawak balik Malaysia. Harga murah2..ada yang semurah  0.50 sen satu pek, 1 rial dsb.
Nama supermarketnya Bin Dawood.



...bersambung di SINI


Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡