Alhamdulillah hari ini berkunjung lagi ke Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Shah Alam. Banyak yang menarik di sini, itu yang buat hati jadi tertarik untuk datang lagi. Bangunan 6 tingkat yang di setiap tingkatnya luas mata memandang. Ada surau di setiap tingkat. Banyak disediakan kerusi dan sofa yang lebih dari cukup untuk menampung para pengunjung. Kerusi sofa yang pelbagai, yang sangat selesa untuk duduk² sambil membaca buku atau tengok laptop.
Alhamdulillah ini merupakan kali ketiga kami mengunjungi library awam ini. Rasa tenang, relax dan healing habis...itu la yang boleh cakap..ehe he
Kita sekarang berada di pertengahan bulan Syaaban. Dah tak lama lagi dah nak sambut Ramadhan InshaaAllah. Sepertimana tahun2 lepas, tiapkali hampir tibanya Ramadhan, macam² azam dan tekad timbul dalam diri. Semuanya tidak lain hanyalah dengan harapan agar amalan dan ibadah akan jadi lebih baik, agar nanti dapat markah penuh sepanjang 30hari Ramadhan..Allahu, niat baik tu, moga2 Allah dah tanda ( ✔️)... Aaminn
..................................
Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda mengenai apa yang dicatat oleh Malaikat:
"...Barangsiapa yang berhasrat (berniat) melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya, nescaya Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna..."
— (Riwayat al-Bukhari, No. 6491)
.
.
.
Ini hadis nya yang lengkap ...
Dari Ibnu ‘Abbas RA, dari Rasulullah SAW tentang hadits yang beliau riwayatkan dari Rabb-nya Tabaraka wa Ta’ala. Beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu tidak mengerjakannya, maka Allah menulis itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna, dan jika dia berniat mengerjakan kebaikan lalu mengerjakannya, maka Allah menulis itu di sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus lipat hingga perlipatan yang banyak. Jika dia berniat melakukan keburukan lalu tidak jadi mengerjakannya, maka Allah menulis itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna, dan jika dia berniat melakukan keburukan lalu mengerjakannya, maka Allah menulis itu sebagai satu keburukan.”
(HR. Bukhari, no. 6491 dan Muslim, no. 131 di kitab sahih keduanya dengan lafaz ini).
- Selalu memperbaharui wudhuk..biar kita sentiasa dalam wudhuk
- banyak² kita baca quran dan baca terjemaham maknanya.
- Selalu kita buat solat sunat
- Istiqamah solat malam kerana solat malam salah satu ubat untuk hati kita. InshaaAllah beroleh hati yang bersih..aamiin
- Banyak² kita berselawat ke atas Nabi SAW
- Sentiasa kita beristighfar kerana begitu banyaknya kebaikan yang akan terhasil dari asbab istighfar kita InshaaAllah.
- Rajin² kita bersedekah kerana sedekah itu akan kembali pada kita😭
- Buat baik, selagi mana masih ada kesempatan



No comments:
Post a Comment